Richworks Anjur Live Session 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Richworks Anjur Live Session 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik

Pengenalan Richworks

Umum tahu bahawa Richworks International merupakan sebuah syarikat multinasional yang menganjurkan seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan. 

Makluman, syarikat Richworks telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia sejak penubuhannya pada 2008. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam serta luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Dr Azizan Osman Richworks Group
Richworks Anjur Live Session 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik


Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. Hanya dalam beberapa tahun sahaja, Richworks berjaya menjadi syarikat pembangungan peribadi dan kejurulatihan serta Latihan profesional terbesar di Malaysia. 

Membantu mengubah dunia supaya menjadi tempat yang lebih baik dengan membangun keupayaan dan potensi manusia ke tahap maksimum merupakan sasaran Richworks dalam menjadi pengamal luar biasa untuk memberi bantuan.  

Sumbangan Richworks Terhadap Masyarakat

Richworks bukan sahaja membantu para pembisnes dan usahawan, bahkan sumbangan Richworks terhadap masyarakat juga tidak kurang hebatnya.  Melalui program "Richwell", Richworks terus membantu dan memberikan sumbangan kepada yang memerlukan.  Usaha murni ini sangat dipandang baik dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Antara sumbangan "Richwell" adalah membantu keluarga dan mangsa banjir yang terjejas baru-baru ini.  Selain itu, tidak lupa kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan.   Usaha murni Richwell ini sedikit sebanyak meringankan beban masyarakat dan memberi mereka nafas baru dalam meneruskan kehidupan masa kini yang penuh cabaran dan onak duri.

Pengenalan Datuk Wira Dr Azizan Osman

Datuk Wira Dr. Azizan Osman merupakan Mentor Usahawan & Pakar Pemasaran No.1 Asia.  Beliau seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana.  Kini Datuk Wira Dr. Azizan Osman diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Dr Azizan Osman Richworks Group
Richworks Anjur Live Session 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik

Aura luar biasa yang dimiliki mampu mempengaruhi perubahan positif terhadap individu.  Sejak 2008, beliau telah membantu lebih 1.5 juta peserta program secara langsung melalui syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International.  Lebih daripada 10 buah buku mengenai perniagaan, pemasaran, dan penguasaan potensi diri telah ditulis.  Antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon adalah 'Beat the Curve' yang dikarang bersama Brian Tracy.

Lebih 700 usahawan jutawan telah diberikan bimbingan sejak 2015 menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.  Manakala pada tahuan 2020, jumlah tahunan untuk kumpulan usahawan ini telah mencecah RM2.2 bilion. 


10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik

Bisnes bukan semakin mudah menjelang tahun 2022 dan ini adalah 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang! Selepas pandemik 2022 yang melanda, mentor usahawan, DAtuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan tentang 10 cabaran bisnes dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, jam 0800 pagi. 

Dr Azizan Osman menyatakan dalam perkongsiannya; kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Ini merupakan antara perkara yang dikaji beliau dalam tempoh dua minggu lalu.  Antara sentimen yang terlibat adalah pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah dijangka malah disebut pada Ogos tahun lalu lagi. 

Disebabkan itu, Dr Azizan menyatakan bahawa bukan mudah bagi mereka menjalankan bisnes pada tahun sekiranya tiada kesedaran kritikal dalam diri mereka semua.  

Dr Azizan Osman Richworks Group
Richworks Anjur Live Session 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik

Banyak Syarikat Tutup dan Lingkup

Dr Azizan Osman sebelum ini berpeluang bersama kumpulan syarikat dan peniaga Cina dan mereka menyatakan bahawa kini tidak lagi nampak jelas apa yang perlu dibuat serta tidak pandai soal pemasaran.  Hal ini telah memberi kesan terhadap banyak syarikat yang telah tutup dan lingkup.  

Apabila ditanya bisnes apakah yang bagus ketika ini, Dr Azizan Osman turut tiada jawapan yang tepat untuk itu.  Namun ini yang dinyatakan beliau bahawa mereka yang mempunyai bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, makan mereka akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti biasa.  

Dr Azizan Osman Richworks Group
Richworks Anjur Live Session 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik

Buat Lebih Baik dan Agresif Lagi!

Gara-gara pasaran yang perlahan masa kini dan orang lebih berjaga-jaga dalam membeli.  Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan Dr Azizan Osman, jika anda slow dari pasaran makan tunggu saja untuk 'mati'.  Hargai apa yang dimiliki sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.  Bagi yang mulakan bisnes baru, atau sudah ada bisnes dan tahu pasaran cuma 'malas' nak engage, anda perlu lebih pantas untuk gunakan semua platform yang ada.  Jangan takut-takut kerana itu akan menggagalkan dan ketinggalan!

Sertai Dr Azizan Osman pada Ahad ini, khas untuk bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tidak nampak jalan ketika ini.  Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang!


Kesimpulan

Cx sangat setuju dengan apa yang Dr Azizan Osman buat dalam memberi galakan dan bimbingan untuk para usahawan masa kini.  Almaklum bisnes masa kini agak mencabar dengan keadaan pandemik yang tidak berkesudahan.  Jadi, sedikit sebanyak perkongsian Dr Azizan Osman mampu membuka mata ramai usahawan untuk terus bangkit dalam menghadapi dan membangun bisnes mereka ke mata dunia. 

Website: Richworks
Facebook: RichWorksGroup

Post a Comment

1 Comments

mamapp said…
Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan