Pengurangan Kemudaratan Tembakau Demi Memperkasakan Kualiti Kesihatan Masyarakat Sejagat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pengurangan Kemudaratan Tembakau Demi Memperkasakan Kualiti Kesihatan Masyarakat Sejagat

Apa itu tembakau? Tembakau asalnya daripada pokok tembakau yang merupakan tumbuhan herba semusim.  Tembakau ditanam bertujuan untuk mendapatkan daunnya.  Tumbuhan ini termasuk dalam famili Solanaceae.  Daun-daun pokok tembakau inilah yang digunakan untuk membuat dan menghasilkan rokok serta cerut. -  Rujukan

heat-not-burn
Pengurangan Kemudaratan Tembakau Demi Memperkasakan Kualiti Kesihatan Masyarakat Sejagat


Kami sering menghubungkan rokok atau nikotin dengan penyakit-penyakit berkaitan dengan merokok.  Sebenarnya nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok dan yang memberikan kesan buruk kepada si perokok dan juga orang lain adalah asap rokok - Rujukan.  Asap rokok menyebabkan penyakit seperti kanser paru-paru.  Kesan sampingan terhadap orang lain yang dianggap sebagai perokok pasif waima mereka tida merokok. 

Pengurangan Kemudaratan Tembakau Dapat Dibendung Melalui Alternatif Bebas Asap Rokok

Pengurangan kemudaratan tembakau dapat dibendung melalui alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative) iaitu satu alternatif baharu untuk perokok tegar.  Contohnya, e-rokok (vape) dan produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product).  Produk tembakau yang dipanaskan menggunakan teknologi inovatif dikenali sebagai heat-not-burn (HNB) untuk memanaskan tembakau, bukan membakarnya. Bagaimana mereka berfungsi? Apabila ruang tembakau yang direka khas dipanaskan, ia mengeluarkan wap berperisa yang mengandungi nikotin dan memberikan penggunanya pengalaman tembakau tulen - tetapi tanpa asap dan tanpa abu. - Rujukan

heat-not-burn
Pengurangan Kemudaratan Tembakau Demi Memperkasakan Kualiti Kesihatan Masyarakat Sejagat

Penyelidik yang mengkaji kiraan risiko kanser seumur hidup mendapati pengguna produk tembakau yang dipanaskan mungkin sepuluh kali ganda kurang berkemungkinan mendapat kanser berbanding penghisap rokok. Kajian jangka masa panjang diperlukan untuk mengesahkannya, tetapi ia sedikit sebanyak membantu menyatakan ada kebaikan jika dibanding dengan menghisap rokok. - Rujukan

Pengalaman Peribadi Bersama Perokok Tegar Dalam Kehidupan Dan Kesannya

Secara peribadinya, cx juga ada pengalaman bersama perokok tegar dalam kehidupan.  Sepanjang hidup, tidak dinafikan keluarga cx juga merupakan perokok tegar untuk tempoh yang lama.  Apa yang berlaku antaranya adalah akibat pembakaran rokok, bara rokok pernah masuk dalam mata cx.  Ianya berlaku semasa cx duduk di tempat duduk belakang pemandu.  Tingkap dibuka dan apabila kereta berjalan, angin meniup bara api rokok dan ianya terbang masuk ke dalam mata cx ketika itu.  

Makluman korang, kesan daripada bara api rokok boleh membahayakan mata bergantung kepada seberapa luas dan dalam kerosakan akibat bara api rokok yang mengenai kornea mata.  Keadaan ini disebut sebagai trauma thermis, yang paling ringan kesannya menyebabkan pandangan mata kabur dan merah.  Lebih parah lagi, ianya boleh menyebabkan mata menjadi buta. - Rujukan 

heat-not-burn
Pengurangan Kemudaratan Tembakau Demi Memperkasakan Kualiti Kesihatan Masyarakat Sejagat

Tetapi dalam kes cx, tidak mengalami keadaan sedemikian sebab tak pernah periksa pon selepas kena.  Namun, lewat usia 20-an macam tu, cx disahkan mempunyai masalah kornea mata yang disebut sebagai keratokonus yang mana disebabkan oleh kekerapan menggosok mata dengan kuat.  Mungkin juga tiada kaitan dengan kesan bara api rokok termasuk dalam mata. Jadi, cx tak boleh nak ulas panjang. Tiada fakta dan kajian. 

Selain itu, saudara cx juga ambil inisiatif lain seperti vape, akan tetapi ia tetap boleh menurunkan tahap kesihatan manusia walaupun kemudaratan tembakau dapat dikurangkan.  

Pengurangan Kemudaratan Tembakau Boleh Diperkasakan Melalui Kesedaran Berterusan Terhadap Perokok Tegar

Kesimpulannya, pengurangan bahaya tembakau boleh diperkasakan dengan memberi kesedaran berterusan terhadap perokok tegar.  Namun cx akui juga bahawa nak berhenti merokok ini agak sukar dan payah.  Hal ini disebabkan perokok ketagih apabila menghisap rokok selama hidup mereka.  

Contoh macam keluarga cx juga, bertekad untuk berhenti merokok suatu ketika sebelum ini.  Tetapi badannya terus lemah dan jatuh demam seminggu.  Jadinya kalau nak berhenti merokok, memang kena secara perlahan-lahan.  Namun sedihnya tidak berjaya untuk berhenti rokok waktu itu sebab tiadanya kesedaran dan alternatif lain seperti heat-not-burn (HNB).  

heat-not-burn
Pengurangan Kemudaratan Tembakau Demi Memperkasakan Kualiti Kesihatan Masyarakat Sejagat

Kini apabila adanya kesedaran berkaitan pengurangan bahaya tembakau dan alternatif pilihan seperti tembakau yang dipanaskan, cx rasa dapat membantu ahli keluarga lain untuk berhenti merokok yang memudaratkan diri sendiri dan juga masyarakat.  Makluman korang, vape dan produk tembakau yang dipanaskan adalah dua benda berbeza ya.  Korang kena faham dulu apa itu produk tembakau yang dipanaskan merupakan satu alternatif yang menggunakan teknologi inovatif heat-not-burn untuk memanaskan tembakau, bukan membakarnya. 

Cubalah beralih kepada prduk dan alternatif bebas asap untuk mengurangkan kemudaratan. 

Senarai Rujukan :

Post a Comment

0 Comments