Touch 'N Go Je Bayar Zakat Online ! Lagi Mudah Dan Selamat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Touch 'N Go Je Bayar Zakat Online ! Lagi Mudah Dan Selamat

Zaman kita sekarang dah modern dan canggih.  Kalau dulu nak bayar zakat, kita kena cari 'Amil atau pusat-pusat zakat yang disediakan.  Kadang-kadang masa dan keadaan menjadi penyebab kita culas dalam melaksanakan tanggungjawab yang satu ini.  Lagi-lagi apabila dah sibuk sangat dengan tugasan dunia, asyik tangguh dan akhirnya terlupa nak bayar zakat.  Haa, tak payah nak pening- pening lagi sekarang untuk bayar zakat.  Touch 'N Go je bayar zakat korang! Lagi mudah dan selamat tau.

Touch 'N Go Je Bayar Zakat Online ! Lagi Mudah Dan Selamat
Bayar Zakat Touch n Go Online

Touch 'N Go Kaedah Pembayaran Zakat Secara Online

Pembayaran melalui kaedah Touch 'N Go terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.  Antara bank yang boleh membuat bayaran melalui e-zakat pay secara Touch 'N Go adalah seperti : 

Touch N Go Je Bayar Zakat Online! Lagi Mudah dan Selamat
Bayar Zakat Touch N Go Online

Langkah-langkah Pembayaran Online E-Zakat Touch 'N Go E-Wallet

Mudah sangat cara nak bayar zakat touch n go online tau.  Hanya beberapa langkah sahaja dan siap! Bayar zakat touch n go hanya perlu layari portal e-zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay.  Paling penting, pembayar zakat kena ada akaun bank sedirilah ya.  Korang boleh tengok antara bank-bank yang terlibat sebelum nak bayar zakat okay.  Nah! Ini cara-cara nak bayar zakat touch n go online. 

bayar zakat touch n go online
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Step 1
Isikan maklumat bayaran seperti nama, kad pengenalan, nombor telefon dan jenis zakat yang kita nak bayar serta tunaikan.

Touch 'N Go Je Bayar Zakat Online !
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Step 2
Pilih kaedah bayaran melalui Touch N Go

Baca Lagi: Mudahnya Bayar Zakat Melalui Pembayaran FPX

touch n go je bayar zakat online
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Step 3
Popup Pembayaran Zakat Secara Touch 'n Go eWallet akan Keluar

touch n go je bayar zakat online
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Step 4
Payment Detail untuk pembayaran step akhir

Kelebihan Bayar Zakat Touch 'N go Online

Banyak kelebihan kalau bayar zakat secara touch n go.  Selain mudah dan selamat, terdapat beberapa lagi kelebihan bayar zakat touch n go online.  Jom tengok di bawah;

  • Tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay
Pembayar zakat tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui touch n go. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut

  • Tiada bayaran tambahan dikenakan
Tidak, pembayar tidak dikenakan sebarang cas tambahan sekiranya membuat bayaran zakat menggunakan kaedah touch n go ini, akan tetapi terdapat had minimum iaitu RM 10 bagi setiap pembayaran

  • Tiada pemasangan aplikasi untuk pembayaran zakat
Pengguna tidak perlu memasang apa jua bentuk perkakasan untuk menggunakan sistem ini. Walaubagaimanapun, pihak MEPS akan menyediakan pihak merchant (Lembaga Zakat Selangor) dengan "Seller plug-in" iaitu satu perisian keselamatan yang akan letakkan di dalam portal LZS (MAIS) bagi menjamin keselamatan pembayaran yang dilakukan.

Peraduan Jom Tunai Zakat: Menang & Kongsi

Korang jangan lepaskan peluang okay untuk sertai peraduan jom tunai zakat: menang dan kongsi.  Hanya dengan menunaikan zakat, korang dah layak untuk turut serta.  Hadiah yang ditawarkan sangatlah menarik dan lumayan.  Mana tahu kotlah rezeki kitakan? Jom tunai zakat sekarang, menang dan kongsi !

bayar zakat touch n go online
Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi"

E-Zakat Pay Touch 'N Go :  https://fpx.zakatselangor.com.my
Webiste Rasmi : https://www.zakatselangor.com.my/
Talian Rasmi : 1300-88-4343

bayar zakat touch n go online


Post a Comment

1 Comments

Moha said…
Alhamdulillah… Bagusnya sekarang ni dah ada banyak cara & banyak platform yang diyakini dan dipercayai untuk tunaikan zakat. Terbaik!