Review Luca Movie 2021

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Review Luca Movie 2021


Haritu cx berkesempatan untuk menonton cerita Luca iaitu animasi kartun yang dikeluarkan oleh Disney Pixar.  Kartun animasi Disney Pixar kali ini yang diberikan tajuk Luca.  Luca movie 2021 ini dikeluarkan dan dipertontonkan kepada umum sejak 16 Jun 2021 di Netherland.  Direktornya adalah Enrico Casarosa.  Kalau korang nak tahu, cerita Luca Movie 2021 ini telah mendapat capaian box office sebanyak 23.7 billion!  Memang terbaik sungguh cerita Luca Movie 2021 ini.  Korang kena tonton juga nanti okay.

luca movie 2021
Review Luca Movie 2021

Sinopsis Luca Movie 2021

Luca movie 2021 berkisahkan tentang sebuah persahabatan antara seorang budak lelaki yang berusia 13 tahun.  Kisah Luca Paguro atau dipanggil Luca dan sahabat baik yang baru dikenalinya iaitu Alberto Scorfano. Mereka berdua merupakan seekor raksasa laut remaja yang suka sangat melakukan benda-benda baru dalam kehidupan.  Kisah persahabatan Luca dan Alberto bermula dan berlaku di pantai Riviera Itali.  Moment indah ini berlaku antara akhir 1950-an dan 1960-an. 

Luca ini raksasa laut yang baik, rajin dan mendengar cakap ibu bapa dia.  Tapi disebabkan keinginan dia memuncak untuk tahu macam mana kehidupan darat, jadi dia pon mula diam-diam bantah nasihat ibu bapa dia.  Biasalah anak remaja nak tahu dan cuba semua benda baru.  Tambah rancak bila dia dapat tahu ada lagi seekor raksasa laut yang sebaya dengan dia telah pon cuba hidup di atas darat. Lagi semangatlah Luca nak teroka alam darat. 

Waima pada mulanya Luca tidak berani untuk pergi teroka alam manusia.  Namun, Alberto sebagai senior yang telah menjelajah dunia manusia meyakinkan Luca untuk kembali mengikuti jejaknya.  Akhirnya kedua-duanya berjaya keluar dari laut dan meneroka dunia manusia. Bila di atas darat dunia manusia, Luca dan Alberto dapat berubah bentuk seperti manusia serta bergaul dengan manusia dalam keadaan 'kering'.

luca movie 2021
Review Luca Movie 2021

Tetapi mereka mesti mengelakkan percikan air agar kulit badan tidak terkena.  Jika kulit Luca dan Alberto terkena percikan air waima setitik, badan mereka akan mula berubah kepada warna kulit asal seekor raksasa laut.  Manusia memang takut dengan raksasa laut dan akan diburu untuk dibunuh.  Pada manusia, raksasa laut adalah makhluk yang menakutkan dan boleh mengganggu kehidupan manusia yang aman. 

Pengembaraan Luca dan Alberto lebih menggembirakan apabila mereka bertemu dengan seorang gadis bernama Giulia Marcovaldo, seorang gadis petualang yang berani dan rajin membaca.  Bermulalah kisah persahabatan mereka bertiga yang akhirnya membawa kepada keadaan yang tidak terduga. 

Review Peribadi Luca Movie 2021

Pada cx, cerita Luca movie 2021 ini sangat menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga.  Jalan cerita yang ringan dan ringkas.  Mudah untuk difahami oleh anak-anak.  Penceritaan yang menyeronokkan, penuh dengan warna-warni kehidupan dan kelucuan.  

Terdapat juga nilai-nilai murni dalam Luca movie 2021 seperti erti sebuah persahabatan.  Korang boleh ajak anak-anak tonton sekali.  Menariklah cerita dia, cx suka penceritaan dimana Giuliana setuju untuk membantu Luca dan Alberto untuk ketahui kehidupan manusia di atas darat.  Tetapi Luca dan Alberto kena tolong Giuliana dalam perlumbaan basikal.  Menariknya dekat sini bila Luca dan Alberto kena sertai pertandingan tersebut yang dimulakan dengan acara renang.  

Korang memang kena tonton Luca movie 2021 ini dan tengok sendiri berjaya atau tidak Luca serta Alberto untuk sertai pertandingan renang tersebut.  Tak bocor ke rahsia mereka yang merupakan seekor raksasa laut. 


Post a Comment

3 Comments

marsha said…
Comel kan luca dengan kawan dia tu. Siap buat moto nak terbang. Akak dah lama tengok memang best
dorsett pink said…
Wow! Baru tahu pasal movie ni. Nanti nak tengok la, nak bagi anak2 tengok