سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
BenQ Eye-Care Monitor Mudah Laras Membantu Dalam Penjagaan Mata Dan Meningkatkan Produktiviti Para Pelajar Serta Ibu Bapa
Pada zaman serba teknologi yang semakin canggih, kita memerlukan kemudahan terbaik untuk proses pembelajaran anak-anak dan juga melaksanakan tugasan hakiki sebagai seorang pekerja. Tambahan lagi kini kita lebih fokus duduk rumah untuk sesi pembelajaran dan juga bekerja. Memang cx pon akan menghadap skrin monitor setiap hari. Kadang-kadang ianya melebihi waktu untuk mata kita melihat skrin monitor. Sampaikan mata cx letih sebab terlalu memaksa demi menyiapkan tugasan mengikut waktunya. Ada masanya, mata cx juga jadi berair sendiri sebab terlebih penggunaan di hadapan skrin monitor.
Jadi, cx ambil satu inisiatif untuk membantu mata cx sendiri dan anak-anak dalam proses pembelajaran mereka di rumah. Cx ambil keputusan untuk menggunakan monitor yang ada ciri-ciri teknologi penjagaan mata dan memberikan keselesaan yang optimum ketika melihat. Monitor yang menjadi pilihan cx adalah BenQ Eye-care Monitor GW2780T yang mudah dilaraskan kedudukannya. BenQ Eye-Care Monitor GW2780T yang bagus untuk penjagaan mata kita. Lagipun BenQ Eye-Care Monitor membantu meningkatkan produktiviti anak-anak sebagai pelajar dan kita juga, ibu bapa yang bekerja dari rumah.
BenQ Eye-Care Monitor Mudah Laras Membantu Dalam Penjagaan Mata Dan Meningkatkan Produktiviti Para Pelajar Serta Ibu Bapa |
Konsep Rekaan Berteknologi Terbaik BenQ Eye-Care Monitor Yang Bagus Untuk Mata
Gara-gara kerana pandemik covid-19, gaya hidup kita juga telah berubah secara dramatik. Sebilangan ibu bapa juga perlu bekerja dari rumah. Demi meningkatkan produktiviti, cx fikir, kita perlu mempunyai monitor dengan ciri-ciri penjagaan mata yang baik untuk bekerja dan belajar di rumah. Jadi, konsep rekaan yang diketengahkan secara khusus untuk BenQ Eye-Care Monitor ini adalah dengan kehadiran dan adaptasi teknologi yang baik untuk mata kita.
BenQ Eye-Care Monitor GW2780T adalah monitor yang bagus untuk mata, mempunyai IPS 27-inci dengan teknologi penjagaan mata seperti BenQ Brightness Intelligence Technology (B.I.Tech,), Flicker-Free Technology, Low Blue Light Technology, Color Weakness Mode, and Height Adjustment. BenQ Eye-Care Monitor yang boleh disambungkan dengan mudah ke komputer riba, tablet dan telefon pintar sebagai paparan luaran. Selain itu, BenQ Eye-Care Monitor dapat membantu anak-anak dan ibu bapa merasa selesa untuk penglihatan mata ketika menggunakan skrin. Tambahan lagi, monitor yang bagus untuk mata ianya membantu mengelakkan diri kita daripada terjadinya rabun dan tetap fokus semasa belajar atau bekerja di rumah.
6 Ciri-Ciri Terbaik BenQ Eye-Care Monitor GW2780T
Monitor yang bagus untuk mata hendaklah adanya ciri-ciri terbaik seperti mana yang dilaksanakan oleh BenQ untuk Eye Care Monitor GW2780T mereka. Terdapat enam ciri-ciri terbaik BenQ Eye-Care Monitor GW2780T. Jom cx kupaskan di bawah mengikut turutan susunan bagi memudahkan korang nampak lebih jelas dan faham bagi setiap fungsi yang dilaksanakan kepada BenQ Eye-Care Monitor GW2780T.
- Height Adjustment Stand
Apabila kita duduk di meja belajar, kedudukan dan postur badan kena betul tau. Kalau kedudukan kita tidak betul , dia boleh mengakibatkan masalah penglihatan serta mempengaruhi pertumbuhan tulang anak-anak. Kalau kita yang dewasa pon macam cx bila duduk tak betul, mulalah tulang belakang, pinggang dan pergelangan tangan menjadi sakit tidak selesa. BenQ Eye-Care Monitor GW2780T dengan Height Adjustment Stand yang boleh dilaraskan sesuai dengan ketinggian, kemiringan, pivot, dan mudah dipusingkan menjadikannya lebih sesuai untuk setiap ahli keluarga secara bergiliran untuk menggunakan BenQ Eye-Care Monitor.
BenQ Eye-Care Monitor Mudah Laras Membantu Dalam Penjagaan Mata Dan Meningkatkan Produktiviti Para Pelajar Serta Ibu Bapa |
- Brightness Intelligence Technology (B.I Tech)
Kebanyakan daripada kita semua tidaklah rajin untuk selalu melaraskan kecerahan paparan lampu skrin secara manual mengikut cahaya sekeliling setiap hari. Jadi, BenQ Eye-Care Monitor mengambil peluang ini dengan melaksanakan Brightness Intelligence Technology (B.I Tech) secara automatik. Brightness Intelligence Technology (B.I Tech) dapat menyesuaikan kecerahan monitor mengikut cahaya sekeliling. Sensor B.I Tech ini dapat kenalpasti kecerahan persekitaran kita sepanjang hari, dan secara automatik menyesuaikan kecerahan paparan skrin monitor untuk memberikan pengalaman melihat yang lebih selesa. Sensor akan kenalpasti persekitaran kita secara automatik.
BenQ Eye-Care Monitor Brightness Intelligence Technology with Cool Mode |
BenQ Eye-Care Monitor Brightness Intelligence Technology with Warm Mode |
- Low Blue Light Technology
Low Blue Light Technology yang dipancarkan daripada peranti digital dapat menurunkan pengeluaran melatonin. Hal ini mengganggu kualiti tidur kita yang acapkali menghadap skrin monitor. Oleh itu, BenQ Eye-Care Monitor GW2780T dengan Low Blue Light Technology menapis cahaya biru berbahaya (420-480nm) untuk kualiti tidur yang baik dan mata sihat.
Low Blue Light Technology |
- Flicker-Free Technology
Kerlipan skrin monitor boleh memberi tekanan tambahan kepada mata kita. Ia menyebabkan mata kita akan berkelip berlebihan dan kerap menggosok mata. Skrin LCD konvensional berkelip pada kadar 250 kali sesaat, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jika kita melihat skrin monitor selama lapan jam, mata akan melihat sekitar 5.8 juta kerlipan. Namun, apabila cx memilih untuk menggunakan BenQ Eye-Care Monitor GW2780T dengan Flicker-Free Technology, ianya dapat mengurangkan keletihan mata dengan berkesan. Jadi, mata cx lebih selesa dalam melihat skrin monitor dan kecekapan bekerja juga lebih baik.
Benq Eye-Care Monitor : Flicker-Free Technology |
- Color Weakness Mode
Bagi kanak-kanak yang suka mencipta seni, kelemahan warna mungkin mempengaruhi pengunduran warna mereka dan minat untuk belajar seni. BenQ Eye-Care Monitor GW2780T dengan Color Weakness Mode memberi para pelajar perrsepsi warna semula jadi yang lebih baik. Hal ini kerana, monitor yang baik untuk mata seperti BenQ Eye-Care Monitor menawarkan filter supaya kekurangan warna merah (atau protanomali) dan kekurangan warna hijau (deuteranomaly) dapat terjadi ketika skrin monitor digunakan.
Benq Eye-Care Monitor : Color Weakness Mode |
- HDMI, Display Port and D-sub
BenQ Eye-Care Monitor didatangkan khas dengan sambungan ke komputer riba yang lebih mudah. BenQ Eye-Care Monitor GW2780T menawarkan tiga port sambungan, termasuk HDMI, DisplayPort, dan D-sub untuk pelajar mendapat keselesaan melihat yang lebih baik semasa belajar atau bekerja.
BenQ Eye-Care Monitor Mudah Laras Membantu Dalam Penjagaan Mata Dan Meningkatkan Produktiviti Para Pelajar Serta Ibu Bapa |
Elemen Menarik Tentang BenQ Eye-Care Monitor GW2780T
Bukan sahaja enam ciri-ciri terbaik seperti di atas yang dilaksanakan terhadap BenQ Eye-Care Monitor GW2780T. Tetapi dekat sini cx nak kongsikan pula antara elemen menarik tentang BenQ dalam melaksanakan Eye-Care Monitor sebagai monitor yang bagus untuk mata. Jom cx kongsikan butirannya di bawah okay.
- TUV Certification
BenQ Eye-Care Monitors disahkan oleh TUV Rheinland, peneraju global dalam pensijilan teknikal dan keselamatan, untuk prestasi Flicker-Free dan Low Blue Light yang benar-benar memberi manfaat kepada penglihatan manusia.
- Audio Enjoyment Comfort
BenQ Eye-Care Monitor GW2780T digabungkan dengan pembesar suara untuk pengalaman audiovisual yang sempurna (IWx2). Sama ada pelajar menonton persembahan multimedia atau mendengar muzik, pembesar suara bersepadu yang kuat memberikan pengalaman yang mendalam.
- VESA Wall Mount Compatibility
BenQ Eye-Care Monitor GW2780T mempunyai corak pelekap dinding VESA 100x100mm di bahagian belakangnya. Ianya membolehkan untuk pelbagai pilihan dalam mengatur paparan pelajar.
Review Peribadi Berkaitan BenQ Eye-Care Monitor GW2780T
Secara jujurnya pada cx, BenQ Eye-Care Monitor GW2780T ini mempunyai paparan skrin yang sangat besar dan luas. Ianya memberikan keselesaan terhadap mata cx yang mempunyai tahap rabun jauh dan silau yang tinggi. Paparan skrin yang tidak berbelak apabila dengan adanya perlaksanaan Brightness Intelligence Technologi, mata cx lebih tenang dalam melihat. Cx tidak lagi mengalami masalah mata yang letih dan pedih acapkali menggunakan monitor dalam tempoh masa yang lama.
Tambahan lagi, kebolehlarasan BenQ Eye-Care Monitor GW2780T memudahkan cx dalam melaksanakan kerja. Cx hanya sambungkan BenQ Eye-Care Monitor GW2780T dengan laptop yang ada. Sambungan dia pon sangat mudah dan tidak terlalu sulit untuk memahaminya. Ketika cx menaip di keyboard laptop, cx lebih selesa melihat skrin BenQ Eye-Care Monitor GW2780T yang mudah untuk dilaraskan mengikut keselesaan mata cx.
Ternyata BenQ Eye-Care Monitor GW2780T ini sangat memberikan cx kemudahan dan keselesaan tahap penglihatan mata yang optimum. Cx sangat mengesyorkan sekiranya korang nak beli monitor yang bagus untuk mata, pilihlah BenQ Eye-Care Monitor GW2780T . InShaaAllah puas hati. Cx rasa sangat puas hati dengan BenQ Eye-Care Monitor GW2780T ini. Tak rugi memilikinya sebagai pilihan utama dalam memberikan tumpuan untuk kesihatan mata, fizikal dan keadaan kami sekeluarga. Boleh dapatkan BenQ Eye-Care Monitor di Lazada, Shopee dan Website mereka seperti di bawah
BenQ GW2780T: BenQ GW2780T
Shopee: https://bit.ly/2VHJXh0
Lazada: https://bit.ly/3CFkGor
0 Comments