Koleksi Gambar Fotografi Macro Alam Semulajadi

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Koleksi Gambar Fotografi Macro Alam Semulajadi

Hola! Cx sangat suka ambil gambar tau.  Semua dan segala jenis keadaan cx suka ambil.  Ianya suatu kenangan dan memori buat kita.  Sejak dulu lagi memang suka tetapi cx tak perasan pon diri sendiri suka ambil gambar.  Namun sejak makin dewasa, cx mula perasan dengan minat yang satu ini.  Tambahan lagi, dulu cx tidak ada bajet sendiri untuk mulakan minat ambil gambar.  Tetapi sekarang syukur ke hadrat Ilahi.  

gambar macro
Koleksi Gambar Fotografi Macro Alam Semulajadi

Minat cx dapat sokongan baik daripada suami, mak dan adik beradik.  Tidak lupa juga kepada rakan photography.  Ya korang, jika dulu cx tak tahu pon sebenarnya ambil gambar ini ada teknik dia tersendiri.  Kini cx lebih tahu sebab dah join kelas yang sepatutnya untuk ilmu fotografi.  Alhamdulillah. 

Ambil Gambar Menggunakan Telefon Sahaja

Cx jadi lebih semangat dan seronok ketika ambil gambar sebab kita tak perlu pon dslr untuk dapatkan hasil gambar yang menarik.  Cx hanya gunakan telefon pintar sahaja.  Kami gunakan istilah phone photography untuk teknik yang dipilih.  Banyak sebenarnya cara dan teknik serta ilmu fotografi yang boleh kita belajar hanya menggunakan telefon.  Lagi pun telefon sekarang semua dah semakin canggih.  Berlawan-lawan masing-masing keluarkan edisi terkini.  Betul tak? 

Banyak sebenarnya cabang ilmu fotografi ni kalau korang nak tahu.  Ada istilah dia tersendiri.  Contohnya macam ambil gambar orang atau portrait photography.  Kalau gambar pemandangan segala tu semua kami panggil Street Photography.  Ada juga Food Photography, Bright Photography dan sebagainya.  Tapi kali ini cx nak kongsikan gambar macro yang cx ambil menggunakan macro yang sedia ada dalam kamera telefon cx dan juga yang menggunakan macro lense. 

Gambar Macro
Koleksi Gambar Fotografi Macro Alam Semulajadi

Gambar Fotografi Macro Menjadi Kegilaan Para Photographer

Sekarang memang cx sedikit addict dengan gambar macro.  Gambar macro ni adalah gambar serangga kecil. bunga-bunga kecil dan segala benda yang kecil.  Kita macro-kan dia supaya lebih jelas nampak.  Cx suka ambil gambar macro alam semulajadi.  Gambar serangga kecil masih belum berjaya sebaiknya.  Cx guna macro lense Sony 45mm saja .  Nak dapat gambar yang lebih padu kena guna yang 100mm punya.  Memang hasil dia terbaik.  Tapi cx tak mampu lagi.  Mahal oii ! hahaha 



Ohya, cx belanja sikit gambar saja dekat sini.  Kalau korang nak tengok lagi gambar-gambar hasil tangkapan cx, korang boleh ke instgram cx okay: @chazaxiaojie .  Dekat IG cx, semua jenis gambar fotografi ada cx ambil.  Korang boleh usha sana okay. 

Servis Ambil Gambar Produk Fotografi 

Kalau korang nak tahu, cx juga ada buat servis ambil gambar produk fotografi untuk client.  Kebiasaannya gambar produk makanan, kosmetik dan sebagainya.  Kalau korang memerlukan servis ambil gambar untuk produk korang, boleh roger cx okay.  InShaaAllah harga berpatutan.  

Selain cx ambil servis untuk mempromosikan produk client atau review di sosial media seperti blog, facebook, instagram dan youtube, servis produk fotografi juga cx buat sekarang.  Jika sebelum ini hanya sekadar blogger, tetapi kini cx boleh dikategorikan sebagai blogger photographer.  Boleh tak gitu? hehe. Okay, doakan cx ya. Terima kasih sudi singgah sini.  Love you all. 

gambar macro
Koleksi Gambar Fotografi Macro Alam Semulajadi


Post a Comment

3 Comments

Deo said…
Semua cantik² minat jugak seni macro.. Rasa mcm masuk alam kecik..
marsha said…
Semua cantik-cantik gambar CX ambik. Memang sangat berseni
dorsett pink said…
Cantik. Belajar dengan teachee Lini kan?