Sinopsis Penunggang Agama Filem Seram Malaysia

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sinopsis Penunggang Agama Filem Seram Malaysia

Musim pandemik gelombang ketiga seperti biasa apa benda nak buat dekat rumah kan? Macam biasa, antara aktiviti yang menjadi pilihan orang ramai adalah menonton telemovie. Cx pon bukan selalu layan dah drama atau movie sekarang ini. Tak menyempat. Kalau dah hari biasa pon tak sempat, apatah lagi musim PKP. Jangan tak tahu tau musim lockdown merupakan waktu paling tak menang tangan. Kalau tak percaya, pergi tanya para ibu dekat luar sana. Atau korang sendiri seorang ibu di rumah? Betul tak?

filem seram malaysia
Sinopsis Penunggang Agama


Jadi, kali ini cx ada rezeki dan berkesempatan untuk menonton filem seram Malaysia iaitu penunggang agama telemovie. Penunggang agama telemovie ini cx dapat tahu melalui perkongsian di instagram. Cx jadi tertarik sebab cerita filem 2021 mistik agama macam ini memang seronok tengok waima takut. hahah! Jika dulu filem seram Malaysia Kurafat cx tonton, apa lagi eh? Tak ingat pula. Jadi, jom cx kongsikan dengan korang filem seram Malaysia penunggang agama telemovie review.

Sinopsis Penunggang Agama Filem Seram Malaysia 2021

Filem Seram Malaysia Penunggang Agama Mengisahkan tentang Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz), pasangan suami isteri.  Mereka berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria (Sabrina Ali) telah mengalami gangguan makhluk halus.

Dato' Hafsyam (Jalaluddin Hassan), iaitu bapa Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji (Nasir Bilal Khan). Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato' Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato' Hafsham pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. 

filem seram malaysia
Sinopsis Penunggang Agama Filem Seram Malaysia

penunggang agama review
Sinopsis Penunggang Agama Filem Seram Malaysia


Filem: Penunggang Agama
Arahan: Syafiq Yusof
Terbitan Bersama: Skop Productions
Tayangan: 25 Mac 2021 (Astro Shaws)

Barisan Pelakon
Zul Ariffin sebagai Amir
Nasir Bilal Khan sebagai Tok Haji
Azira Shafinaz sebagai Anna
Puteri Nurqaseh sebagai Sarah
Jalaluddin Hassan sebagai Dato' Hafsham
Sabrina Ali sebagai Datin Maria
Salina Saibi sebagai Puan Huda
Johan As'ari sebagai Hafiz

Penunggang Agama Filem Seram Malaysia Review

Pada cx, filem seram Malaysia bertajuk Penunggang Agama ini agak menarik.  Plot cerita dia juga santai dan ringan.  Maksud cx di sini, kita tak rasa macam agak stress memikirkan siapa sebenarnya penunggang agama.  Filem seram Malaysia Penunggang Agama ini awal-awal lagi dah tunjuk siapa watak utama penunggang agama.  Jadi, kita tengok filem seram Malaysia ini santai-santai dan kurang debaran.  Ianya ada juga kejutan jelmaan makhluk tetapi masih dalam keadaan tenang. 

filem seram malaysia 2021
Sinopsis Penunggang Agama Filem Seram Malaysia 2021

Filem seram Malaysia Penunggang Agama memang satu-satu plot dia mengikut kisah yang terjadi dalam realiti.  Kebiasaan berlakunya perjanjian dengan syaitan dan keinginan untuk membalas dendam.  Tapi cx jadi tak faham bila Isteri si Penunggang Agama ni kemain taat lagi.  Yalah, mungkin dah sesat, jadinya dia taknak derhaka agaknya dengan si suami waima dah kurafat perginya.  Perasaan sayang yang kuat dekat suami pon punca dia ikut sahaja telunjuk. 


Selain itu, Syafiq Yusof juga mengetengahkan tentang hijab terbuka atau kasyaf seseorang dalam filem seram Malaysia Penunggang Agama ini.  Memang ada dalam kalangan masyarakat kita yang boleh nampak semua benda-benda halus.  Syafiq Yusof juga menyampaikan satu mesej dalam filem ini yang cx rasa bagus.  Dimana kita manusia ini yang dah ada agama dan belajar lagi tambah ilmu tuhan tetapi kita tidak mengamalkannya.  Kita tidak endah untuk terus jadikannya satu amalan dan kebaikan dalam kehidupan.  Jadinya, pengakhirannya, kita juga yang rugi.  Cx bagi filem seram Malaysia penunggang agama 3.5/5 bintang sebab kita boleh baca dan teka jalan cerita sepanjang menonton.



Post a Comment

1 Comments

Aisya Ismail said…
Dah tengok movie ni. Pada Ai tak seram tapi sakit hati. Kalau dah taksub, yang baik pun nampak jahat yang jahat nampak baik.