5 Sebab Sudio Nio Wireless Earphone Menjadi Pilihan Pengguna

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

5 Sebab Sudio Nio Wireless Earphone Menjadi Pilihan Pengguna

Zaman serba moden sekarang ini, kalau boleh semua orang nak cepat dan mudah.  Tambahan lagi bila kita semua saling mengejar untuk mengikut arus teknologi yang ada.  Mahu atau tidak, teknologi jugalah yang sedikit sebanyak mengurangkan dan meringankan kerja kita selari dengan kepesatan dunia masa kini.  Cx pon buat kerja menggunakan segala teknologi yang ada seperti telefon semestinya.  Tambahan cx ini seorang blogger, jadi, telefon pon dah menjadi satu kemestian untuk ada kelebihan dan segala features yang boleh membantu cx dalam menyelesaikan tugasan.  

sudio review
Sudio Earphones Review

Selain telefon, earphone juga penting untuk cx.  Mana tidaknya, kalau nak rekod video, cx suka guna earphone yang ada mikrofon supaya suara lebih jelas.  Earphone juga membantu cx ketika memandu.  Sekurang-kurangnya, kita boleh jawab panggilan sekiranya keadaan terdesak dan kecemasan.  Alarh! cx guna earphone dari Sudio Nio sahaja.  Nak tahu tak sebab apa cx suka guna earphone Sudio Nio?  Haa, jom cx kongsikan lima sebab Sudio Nio Wireless Earphone menjadi pilihan pengguna 

  1. 4 Saiz Pilihan Wing Tip Mengikut Keselesaan
  2. Teknologi Dual Mikrofon 
  3. Jangka Hayat Bateri 20 Jam
  4. Kawalan Panel Sentuh dan Pemasangan Automatik
  5. Perlindungan IPX4 yang Dipercayai

Kelebihan Sudio Nio Wireless Earphone 

  • Empat Saiz Pilihan Wing Tip Mengikut Keselesaan Pengguna


Sudio Nio kali ini direka khas dengan kehadiran empat saiz wing tip yang boleh dipilih dan ditukar.  Wireless earphone Sudio Nio lebih fokus untuk pengguna rasa selesa ketika menggayakannya.  Wing tip yang ada empat jenis saiz ini boleh ditukar mengikut keselesaan telinga kita.  Kalau macam earphone yang lain cx guna, memang bila pakai akan rasa telinga macam sakit sebab tak sesuai dengan saiz telinga.  Barangkali telinga cx saiz kecil kot. Bila earphone saiz tak sesuai, memang akan mengganggu jugalah ketika buat kerja menggunakannya. 

Tetapi tidak bila cx menggayakan dengan Sudi Nio ini.  Sejujurnya sudio nio review pada cx adalah terbaik.  Sudio bijak dan tahu kerumitan pengguna dia bila menggunakan wireless earphones.  Jadi, wing tip empat saiz ini memang rekaan dan idea yang tepat dan sempurna!

sudio nio review
5 Sebab Sudio Nio Wireless Earphone Menjadi Pilihan Pengguna

  • Teknologi Dual Mikrofon


Wireless earphone sudio nio didatangkan dengan teknologi dual mikrofon.  Fungsi teknologi dual mikrofon ini menarik sangat sebab dia bantu untuk tapis suara latar belakang ketika kita membuat panggilan.  Jadi, kita akan mendengar suara utama dengan lebih jelas.  Tidaklah sekejap kita dengar kuat, kemudian kurang jelas pula suara kan? Mod pembatalan hinggar dia memang terbaik sangat.  Korang bayangkan bila kita buat panggilan, orang sebelah pon tak boleh dengar apa yang sampai dekat telinga kita.  Dia umpama penyerap bunyi yang paling baiklah.  

  • Jangka Hayat Bateri Boleh Menjangkau Sehingga 20 Jam


Kalau kita dah seronok dan meleka buat kerja, mana mungkin untuk guna sekejap sahajakan?  Mestilah kita akan guna lama.  Bila cx dapat tahu jangka hayat bateri wireless earphone sudio nio ini boleh pergi sampai 20 jam, memang cx kagum sangat!  Kualiti bateri wireless earphones ini adalah 35mAh, manakala bateri bersama tempat simpanan adalah 400mAh. Kalau dicaj bersama bekas ianya mengambil masa sehingga 90 minit untuk pengecasan penuh. Tak salah cx pilih sudio nio wireless earphone sebagai pelengkap kerja harian.  Tempoh 20 jam itu cukup sangat untuk cx sentiasa dengan sudio earphones di telinga.  Taklah kita jenuh kejap-kejap nak dicajkan. Betul tak? 

  • Kawalan Panel Sentuh dan Pemasangan Automatik


Sudio Nio kelebihan dia pada kawalan panel sentuh.  Senang kita nak guna, mudah dan sangat praktikal.  Cx cakap sangat praktikal sebab bila pakai wireless earphone bagi yang berhijab, dia tidak akan mengganggu sikit pon.  Maksudnya tidaklah bila tergesel dengan anak tudung, tiba-tiba fungsi wireless earphones berubah.  Jadi dengan adanya kawalan panel sentuh, kita boleh buat perubahan melalui telefon dan juga wireless earphones itu sendiri.  

Paling cx suka, bila nak guna sahaja, dia akan terus automatik pasang atau pairing.  Tak perlu nak susah-susah setting sana sini.  Kita guna sahaja kawalan panel sentuh yang direka dan kemudian akan automatik pairing.  Menarik kan? Mudah kerja! Tak rumit. Pantas dan praktikal. Cara penggunaan seperti berikut;

Single press – play/pause
Double press – previous track (left earbud) / next track (right earbud)
Triple press – reduce volume (left earbud) / increase volume (right earbud)
1-sec press – Answer calls
2-sec press – Decline calls
3-sec press – Hang up call 

  • Perlindungan IPX4 yang Dipercayai


Ini paling cx suka sebab sudio nio wireless earphones dia ada perlindungan IPX4 yang boleh dipercayai.  Perlingungan IPX4 ini best sebab bila kita berpeluhkan, atau kita guna wireless earphones sudio nio ketika dalam hujan, ianya sedikit pon tidak menjejaskan.  Waima kena percikan air, dia tidak terhenti dengan sendiri atau alami sebarang masalah.  Perlindungan IPX4 inilah yang menyelamatkan keadaan. Canggihkan?

wireless earphones
Sudio Nio Review

Sudio Nio Review : Best Wireless Earphones

Secara jujurnya, sudio nio review cx adalah, ianya merupakan wireless earphones yang terbaik.  Sudio Nio juga dilengkapi dengan kabel USB-C pendek untuk mengecasnya casingnya. Direka khas dengan empat jenis warna berlainan: Black, White, Sand and Green.  Disebabkan Suio Nio wireless earphones ini sangat eksklusif, jadinya cx nak kongsi dengan korang diskaun 15% ! Masukkan PROMO KOD : CXO15 bagi mendapatkan diskaun sebanyak 15%. Jadi korang boleh dapatkan seunit Sudio Nio hanya dengan harga MYR306 sahaja.  Penghantaran adalah percuma dan warranty selama tiga tahun dengan Sudio Sphere.  Boleh beli dekat sini okay:  https://www.sudio.com/my/


Post a Comment

0 Comments