Tips Mendapatkan Kulit Wajah Cantik dan Glowing


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips Mendapatkan Kulit Wajah Cantik dan Glowing

Setiap wanita di dunia ini, cx gerenti kebanyakkannya akan pandang serius akan keadaan kulit wajah mereka.  Tipulah kalau kata perempuan tak suka akan kecantikan wajah.  Betul tak?  Waima peruntukan bulanan untuk membeli produk wajah berbeza-beza mengikut keperluan dan kemampuan, cx pasti kita akan titik beratkan rutin asas harian.  Apa pon cara dan pilihan, kulit wajah kita adalah satu aset untuk rasa lebih yakin dan percaya kepada diri sendiri.  Jadi, kali ini cx nak kongsikan tips untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan glowing. 


AKARI Treatment Essence Membantu Mencantikkan dan Menyerikan Kulit Wajah

Apa itu AKARI Treatment Essence? 

AKARI Treatment Essence 2-dalam-1 toner dan pelembab dengan pH yang sesuai untuk semua jenis kulit.  Menggunakan bahan raw diimport khas dari Korea dan Sepanyol dirumus khas untuk rakyat 96% Galactomyces dalam Essence membantu untuk mengantikan semula sel-sel kulit kita untuk kelihatan lebih muda, licin, cerah dan glowing.  
Tips kulit glowing
Tips Mendapatkan Kulit Wajah Cantik dan Glowing

Menggunakan Formula Asas Rumusan Bahan Tambahan Bermanfaat untuk Kulit

Kenapa cx cakap yang AKARI Treatment Essence boleh membantu mencantikkan dan menyerikan kulit wajah?  Inilah yang cx nak korang tahu bahawa AKARI Treatment Essence menggunakan formula asas rumusan dengan bahan tambahan yang sangat bermanfaat untuk kulit.  Terdapat empat jenis bahan asas rumusan formula yang digunakan dalam AKARI Treatment Essence iaitu;

  • Daun Pegaga: Membantu menghasilkan sel kulit baru sebab ianya antioksidan.  Daun Pegaga juga melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari.
  • Niacinamide (Vitamin B3):  Membantu melambatkan tanda penuaan pada kulit wajah kita.  Selain itu, ianya membantu meredakan keradangan dan kemerahan kulit dan merawat jerawat.  Penghasilan minyak di wajah juga lebih terkawal dan mengecilkan liang pori.
  • Ceramides: Mengurangkan kerengsaan kulit dan kemerahan serta ianya mengekalkan kelembapan kulit wajah  kita. 
  • 4 jenis Asid Hyaluronik: Menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat dan memudarkan noda bekas jerawat.  Ia juga mampu meningkatkan kelembapan pada tiga lapisan kulit serta mencerahkan kulit wajah. 
Tips kulit glowing
Tips Mendapatkan Kulit Wajah Cantik dan Berseri

AKARI Treatment Essence 100% Selamat Digunakan

Pemilihan produk kulit wajah yang betul hendaklah memastikan ianya selamat digunakan dan tiada bahan terlarang atau bahaya.  Tapi ada juga yang tidak kisah atau tidak cakna akan bahayanya jika menggunakan produk yang mengandungi bahan terlarang.  Yalah, bahan terlarang kan boleh membahayakan kulit dan juga kesihatan kita.  Jadi, kalau nak beli sesuatu produk, pastikan korang baca dulu label dengan teliti.  Satu lagi, jenis dan kepekaan kulit setiap orang adalah berbeza-beza tau, jadi, korang kena ambil tahu bahan yang sesuai untuk kulit muka sendiri. 

Kalau korang taknak salah dalam membuat pemilihan produk kulit wajah, cx nak syorkan untuk pilih sahaja AKARI Treatment Essence.  Faktor utama cx berani syorkan kepada korang sebab AKARI Treatment Essence sesuai untuk semua jenis kulit; sensitif, kering, berminyak hingga kepada normal.  Cukup hanya tambahkan AKARI Treatment Essence ke dalam rutin kulit harian dan pasti korang akan kagum akan kesannya.  Ini kerana 96% Galactomyces AKARI Treatment Essence 100% selamat digunakan! AKARI Treatment Essence  ini bebas daripada bahan berbahaya seperti:

Tips kulit glowing
AKARI Treatment  Essence 100% Selamat Digunakan


10 Kebaikan 2-In-1 AKARI Treatment Essence Pada Kulit dan Cara Menggunakannya

  1. Anti Penuaan
  2. Mencerahkan Tona Kulit
  3. Melembab dan Menghidrat Kulit
  4. Mengecilkan Liang Pori
  5. Merawat Jerawat
  6. Memudarkan Hipergimentasi
  7. Membaiki Kulit Sensitif dan Kering
  8. Mengawal Pengeluaran Sebum
  9. Mengandungi Efek yang Menenangkan
  10. Melindungi Kulit daripada Kerosakan Akibat Sinaran Matahari

Cara Menggunakan 2-in-1 AKARI Treatment Essence

Cara guna AKARI Treatment Essence sangat mudah dan sederhana.  Pastikan kulit wajah dibersihkan terlebih dahulu dengan pencuci muka.  Kemudian hanya perlu semburkan AKARI Treatment Essence ke wajah.  Biarkan ianya kering sendiri atau hanya dap dap menggunakan jari sehingga menyerap dengan baik ke dalam kulit wajah.  2-IN-1 AKARI Treatment Essence sudah lengkap sebagai toner dan juga pelembab.  Jadi, cx tak pakai lain dah selepas sembur AKARI Treatment Essence di wajah.  Kemudian, cx hanya sapukan serum pada waktu malam atau gunakan pelindung matahari jika waktu siang selepas semburan AKARI Treatment Esssence dilakukan. Mudah kan?


tips kulit glowing
Tips Mendapatkan Kulit Wajah Cantik dan Bersinar

Testimoni Selepas Penggunakan AKARI Treatment Essence

Sepanjang cx mengamalkan AKARI Treatment Essence ini, ada beberapa perkara yang cx perasan akan perubahannya dan cx suka.  Cx dah guna selama seminggu dan masih teruskan sebab suka dengan kesan yang diberikan.  Selepas cuci muka, cx memang akan terus spray AKARI Treatment Essence ke wajah.  Selepas spray, effect glowing akan terhasil tau.Cx suka betul tengok bila muka cx glowing.  Waima baru digunakan tetapi kesan dia menarik dan menakjubkan. Cx suka spray dan dap guna jari supaya terserap elok ke dalam kulit wajah. 

Kemudian, selain glowing, kulit wajah cx rasa lembut sahaja tau.  Almaklum, kulit muka cx ini sejenis kering, jadi nak rasa kulit muka lembut itu memang jaranglah.  Yalah, orang kulit kering ini kan kulit dia macam kasar sikit dan selalu rasa keringlah.  Bila dah guna AKARI Treatment Essence, memang rasa lembut sangat.  Kulit wajah cx juga kekal lembab tau korang! Cx cakap betul ni! 

Cx suka guna selepas cuci muka dan lagi sekali spray bila dah selesai berhias wajah.  Korang memang disyorkan untuk cuba sendiri tau! Tak rugi sebab memang seronok bila muka glowing macam korea . Eii! perasankan? hihi  Seronoklah bila ada tips kulit flawless dan glowing macam ini dengan menggunakan AKARI Treatment Essence.  Sangat jimat dan berbaloi sebab ianya 2in1, merangkumi toner dan moisturizer untuk kulit glowing. 

 



Post a Comment

5 Comments

Ombak Bergigi said…
1st time dgr produk ni, nanti nak cubalah.
Maria Firdz said…
Patut lah kulit dia cantik... Jji rahsianya ya...
ray said…
macam menarik je.
Pertama kali tahu jenama produk ni, nampak manrik untuk dicuba..
Siti Awadah said…
tak pernah dengar lagi jenama ni, baca info banyak juga kelebihannya. boleh la try nanti