Eskayvie Phytax Membantu Pesakit Diabetes Kekal Bertenaga

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Eskayvie Phytax Membantu Pesakit Diabetes Kekal Bertenaga 

Siapa yang ada atau alami penyakit diabetes, atau mempunyai ahli keluarga yang menghidapinya, pasti korang tahu apa keadaan sebenar yang mereka rasa.  Setiap hari wajib ambil ubat yang berbiji-biji sehinggakan rasa jemu dan loya tekak untuk menelannya.  Bukan sekadar wajib ambil ubat ikut waktu, badan juga akan rasa lemah, penat, dan ada masa rasa sejuk melampau.  Boleh jadi bila kurang bacaan gula atau terlebih tinggi, pesakit boleh pengsan bila-bila masa sahaja.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.  

Cx sendiri ada ahli keluarga yang menghidapi masalah diabetes.  Ya, ianya adalah emak cx.  Ada kala, cx rasa sangat siksa bila mak paksa juga diri sendiri untuk telan ubat yang diberikan.  Waima emak cx bukan seorang yang cerewet makan ubat seperti cx.  Bila tengok mak loya telan ubat, rasa kasihan sangat.  Sehari dekat 10 biji ubat kena makan pagi dan malam.  Korang bayangkan.


phytax testimoni
Eskayvie Phytax Membantu Pesakit Diabetes Kekal Bertenaga

Diabetes Merupakan Penyakit Gaya Hidup Masyarakat

Pada tahun 2019 lebih daripada 3.9 juta orang dewasa Malaysia dianggarkan menghidap diabetes.  Korang bayangkan jumlah ini dan disusuli dengan statistik penyakit lain pula seperti jantung, buah pinggang dan banyak lagi.  Diabetes jenis dua merupakan paling lumrah dekat Malaysia ini .  Ianya mewakili 90 -  95% daripada jumlah keseluruhan yang menghidapnya.  

Menurut Dr,Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri (CEO Eskayvie Sdn Bhd), diabetes ini sebenarnya adalah penyakit gaya hidup masyarakat kita sendiri.  Ianya dikatakan sedemikian sebab diabetes bukan berpunca daripada kurang makan ubat atau suntikan insulin dan suplemen/vitamin. Punca utama adalah bermula daripada gaya hidup kita selama ini yang tidak cakna dalam memberikan yang terbaik.  Kiranya kita kurang nak ambil tahu pemakanan sihat ketika awal usia.  Semua benda kita makan dan rasa sedap sehingga alpa akan kesannya pada masa akan datang. 


phytax eskayvie testimoni
 Eskayvie Phytax

Apa yang dikatakan Dr.Syid ada benarnya.  Macam mak cx sendiri, pada mulanya rasa macam tak percaya bila doktor sahkan menghidap masalah kencing manis.  Banyak klinik mak pergi untuk dapatkan kepastian.  Namun keputusannya tetap sama, mak cx disahkan menghidap kencing manis.  Waima pahit untuk ditelan namun mak cx akhirnya akur.  Mak pernah cerita dengan cx, ketika usia mudanya, mak suka sangat makan nasi.  Nasi memang tidak boleh tinggal.  

Ditambah dengan pemakanan dan minuman tambahan lain yang tidak kita titik beratkan.  Tekak tengah sedap, semua benda kita makan..  Jadi, mak pon agak terkedu bila doktor kata nasi salah satu penyebab mak dapat kencing manis.  Kata doktor, kanji dalam nasi yang diambil berlebihan juga antara faktornya.  Kini sudah lebih 20 tahun mak hidup dengan ubat-ubatan yang diberikan bersama insulin.

Penderitaan Dialami Puan Sarimah Selama 16 Tahun  Diabetes Temui Keajaiban

Cx nak kongsikan kisah benar seorang ibu yang paksa diri untuk bebas diabetes.  Puan Sarimah yang ditemubual oleh PakNil berkongsikan pengalaman dan testimoninya sendiri selepas mengamalkan Eskayvie Phytax.  Puan Sarimah adalah suri rumah yang menjaga anak lelakinya separa lumpuh.  Kalau korang nak tahu, Puan Sarimah dah cucuk insulin ya dan hampir kehilangan penglihatannya.  Puan Sarimah sangat cekal waima tak mampu nak berjalan dan penglihatan semakin teruk, dia tetap jaga amanah membela anak lelakinya dengan penuh kasih sayang. 

Puan Sarimah dah menghidap kencing manis selama 16 tahun sejak mengandungkan anak bongsunya.  Pada mulanya Puan Sarimah hanya menganggap sekadar pembawakan budak ketika hamil namun sangkaannya meleset.  Selain kencing manis, Puan Sarimah juga ada masalah darah tinggi dan kolestrol.  Tetapi Puan Sarimah sangat cekal dan kuatkan semangat demi anaknya sendiri.  Pn.Sarimah yang turut disahkan mempunyai katarak akhirnya diperkenalkan dengan Eskayvie Phytax oleh seorang rakan.

phytax testimoni
Puan Sarimah Pesakit Diabetes

Mulanya Puan Sarimah risau juga.  Yalahkan sebab takut tidak berkesan kepadanya dan tambahan lagi dia seorang suri rumah, mana mungkin dapat menampung pembelian Eskayvie Phytax?  Tetapi setelah melihat banyak testimoni berkesan terhadap para kencing manis, Puan Sarimah mencuba dan mengamalkannya mengikut panduan daripada perunding kseihatan.   Korang percaya tak bila cx cakap hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja, Puan Sarimah sudah merasai perubahannya? 

Perubahan yang sangat ketara tau.  Puan Sarimah kini badannya terasa lebih segar, bertenaga dan cergas.  Kalau nak dibandingkan sebelum ini,  dia kerap letih dan cepat sangat rasa mengantuk.  Paling menarik apabila kebas-kebas tangan juga tidak lagi terasa sakit.  Kini tidur malamnya lebih lena.  Tidak lagi kerap terjaga untuk membuang air kecil kesan penyakit kencing manis.  Lagi seronok bila doktor sudah berhentikan pengambilan ubat kolestrolnya.  Bacaan gula dalam darah juga di tahap terkawal.  Kini Puan Sarimah tidak lagi cucuk insulin dengan istiqamah mengambil Eskayvie Phytax dan melakukan intermittent fasting. 

Pengalaman Mak Kandung Selama Mengamalkan Eskayvie Phytax

Cx nak kongsikan sedikit pengalaman emak cx sendiri selama mana mak mengamalkan Eskayvie Phytax. Kalau korang baca kisah Puan Sarimah, apa yang dikatakan itu sama macam emak cx.  Mak selalu mengadu badan dia rasa lemah dan tidak ada selera makan.  Badan pon rasa berat sahaja macam orang sakit buat kerja buruh.  Kadang-kadang tangan kebas bila terlebih kawal pengambilan gula.  Bacaan jadi terlalu rendah sehinggakan mak kadang-kadang pening rasa nak pitam. 

Mak cukup menjaga pemakanannya semenjak disahkan menghidap diabetes.  Mak cx pon macam Puan Sarimah juga, ada kencing manis, darah tinggi dan kolestrol serta tyroid.  Korang bayangkan berapa banyak dalam sehari kena makan ubat pil? Ditambah lagi dengan cucuk sendiri insulin.  Memang mak agak serik tetapi nak buat macam mana? Terpaksa juga buat demi kesihatan sementara masih bernyawa.

phytax testimoni
Puan Sarimah Penerima Insulin, Pengamal Eskayvie Phytax

Tetapi selepas mak mencuba amalkan Eskayvie Phytax,  badan mak kembali bertenaga.  Tidaklah boleh berlari dan renyah kesana-kesini tetapi maksud bertenaga disini adalah mak tidak lagi rasa letih dan lesu sepanjang hari.  Tambahan lagi emak cx kini dah dikategorikan sebagai warga emas,  jadi bila ada diabetes ini, badan mak memang rasa berat dan tak kuat.  Tapi sungguhlah mak cakap, Eskayvie Phytax ini membantu mak rasa lebih bertenaga.  Kemudian badan mak rasa lebih ringan dan cergas.  Alhamdulilah syukur sangat.  

Setiap Penyakit Pasti Ada Ubatnya

Kita apabila diuji dengan sakit, sebenarnya Allah suka bila kita usaha dan ikhtiar dalam mengubatinya.  Kita cuba ikhtiar yang terbaik.  Mungkin satu penyakit itu ada satu sahaja ubatnya.  Ada juga satu penyakit itu, banyak jenis ubatnya yang ditemui.  Betul tak? Menurut Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua (mati)”
Kita manusia sedaya upaya ikhtiar dan usaha untuk mencari ubat yang tersembunyi. Atas izin Allah jualah kita akan menemuinya. InshaAllah. JIka kita berusaha pasti akan ada hasilnya. Selepas sudah berusaha, kita tawakal dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan jalan penyelesaian terbaik.

Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax . Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang. 

BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di Program Kawal Kencing Manis . Info lanjut, layari www.phytax.com.my ketahui lebih lanjut boleh layari 


Post a Comment

1 Comments