Tips Menguruskan Perbelanjaan yang Lebih Menjimatkan

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Mendapatkan Pulangan Ketika Pembelian dengan Rebat


Hai korang! Siapa suka membeli-belah? Cx rasa semua orang pon suka membeli-belah. Betul tak? Pada sesetengah orang, membeli-belah merupakan salah satu terapi untuk diri mereka. Cx pon suka juga membeli-belah waima benda biasa-biasa. Ianya jadi macam satu kepuasan. Tetapi tidaklah sampai membazir. Cx pastikan ianya mengikut keadaan semasa cx jugalah. Paling penting, bila membeli itu, cx suka untuk cari yang ada pulangan. Barulah berbaloi! Alarh! cx pasti yang korang pon sejenis macam cx kan? Nak yang ada dapat diskaun ke contohnya, hadiah percuma atau banyak lagilah. Yalah, kita kan masyarakat yang suka kepada keuntungan yang berbaloi. Siapa pula yang suka rugi?

Jadi, cx memang akan beli barang yang ada untung dua kali ganda. Barang dapat, harga pon elok, siap ada hadiah percuma lagi! barulah seronok nak membeli lagi! Lagipun, bila kita mendapatkan pulangan ketika pembelian dengan rebat macam ini, perbelanjaan kita akan jadi lebih jimat. Ianya juga lebih memudahkan untuk kita membeli dan cepat dalam membuat pilihan. Banyak kot orang kita sekarang suka dengan rebate. Cx rasa macam dah jadi kesukaan dan pilihan masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.


bagaimana cara untuk mendapatkan ganjaran menggunakan resit belian
Tips Menguruskan Perbelanjaan yang Lebih Menjimatkan


Rebate Menarik Minat Masyarakat untuk Berbelanja

Pada masa kini, masyarakat kita lebih tertumpu kepada segala jenis rebat tau. Contohnya jika beli dua barang, akan dapat diskaun. Ada pula yang menawarkan hadiah misteri lagi. Bila semakin besar tawaran yang ditawarkan, semakin tinggi nilai perbelanjaan yang diperoleh platform tersebut juga. Betul tak? Dia macam situasi yang menguntungkan kedua-dua belah pihaklah. Kalau cx, lebih suka dan tertarik dengan platform Supermall's punya tawaran dan ganjaran yang diberikan. Tawaran di aplikasi supermall lebih baik dan berbaloi untuk cx membeli-belah serta melabur di sana.

  • Apa itu Supermall?


Supermall adalah pelopor kepada platform (e-commerce) baharu pedangang dan pengguna. Platform ini saling beroperasi antara pengguna dan pedagang yang menguntungkan untuk jaminan ekonomi masa akan datang. Komitmen mereka adalah untuk mengintegrasikan pelbagai elemen seperti hiburan dan interaksi sosial ke dalam operasi e-dagang. Melalui model "hiburan dan e-dagang" ini, lebih ramai pengguna dapat kelebihan, berkongsi faedah serta menikmati rebat. Ianya umpama mendapat manfaat dan pengalaman membeli belah gaya hiburan baharu masa kini.

Menariknya, adalah ianya merupakan platform pembayaran balik yang mudah. Kita boleh imbas sebarang resit pembelian untuk menerima pembayaran balik dan setiap satunya akan dibayar setiap bulan, maksimum rebat sebanyak RM50 sebulan.

  • Keuntungan Berganda Diberikan Kepada Pengguna


Tambahan lagi, kita bukan sahaja boleh dapat kumpul coin bila dah imbas semua resit tau. Kita juga akan diberikan tawaran serta ganjaran istimewa bila menjemput kawan-kawan atau saudara mara untuk turut serta menggunakan platform ini. Memang satu keuntungan yang berlipat kali ganda jadinya !

Permulaannya, kita akan dapat rebat sehingga RM50 (5 silver coins) untuk maksima sebulan. Tapi, kalau berjaya menjemput seorang rakan, kita akan dapat peningkatan rebat sebanyak RM10 mewakili satu silver supermall coin (RM10 = 1 silver coin). Contohnya, cx menjemput seorang kawan, limit cx meningkat sebanyak RM10 (1 silver coin), makanya maksimum cx menjadi RM60 (6 silver coins). Tapi kalau bulan tersebut cx dapat ajak tiga orang kawan, ianya akan menjadi RM80 (8 silver coins) sebulan yang mana rebat cx mencecah maksimum RM960 setahun.

supermall apps
Bagaimana Cara untuk Mendapatkan Ganjaran Menggunakan Resit belian

Jadi, bulan-bulan seterusnya limit maksimum rebat cx akan kekal RM80 (8 silver coin) waima tiada undangan. Tetapi ianya bersyarat iaitu kenaikan rebat sehingga limit RM500 sahaja dalam sebulan. Maksimum setiap bulan sebelum jemputan adalah RM50 (5 silver coins) tetapi akan ditambah setiap masa bila adanya undangan rakan baru. Tetapi, maksimum akhir ialah RM500 (50 silver coins) sebulan selepas quota kawan yang diundang telah mencukupi seramai 45 orang. Jadi, had pembayaran supermall coins adalah sebanyak RM6,000 (600 silver coins) setahun.

  • Berpeluang untuk Sertai Cabutan Bertuah dan Super Contract


Korang boleh join super box dan super contract dengan mudah. Selepas imbas resit, penerima boleh dapat coin precuma iaitu silver coin dan gold coin yang membuka peluang untuk pengguna sertai cabutan bertuah dan super contract. Acara cabutan bertuah diberi kebenaran kepada pengguna untuk guna silver coin dan gold coin. Tetapi, untuk super contract, pengguna hanya boleh guna gold coin sahaja. Paling seronok bila hadiah setiap minggu akan ditukar dan berbeza. Kalau daftar sebagai membership, pengguna boleh menikmati pertukaran 10 silver coins kepada 1 gold coin yang membolehkan korang turut serta.

Paling teruja, pemenang cabutan bertuah dan super contract diberikan tiga pilihan untuk memilih sama ada menang hadiah, tukar dengan coins atau penukaran duit tunai. Pilihan terletak di atas tangan pemenang itu sendiri. Tiada paksaan. Kalau korang menang super contract contest, hadiah yang diterima itu boleh dijual kembali tau dalam platform diorang. Kita boleh letak harga lebih tinggi untuk pembeli lain. Dapatlah kita duit tambahankan? Berbaloi.

Rebat Platform Pembelian Atas Talian yang Berbaloi

Kesimpulannya, dengan berbelanja di atas talian di platform yang menawarkan rebat, ianya memang sangat berbaloi.  Lebih keuntungan dan ganjaran serta lebih jimat.  Perbelanjaan kita akan lebih terurus dan dalam masa yang sama amat menjimatkan bila dapat pulangan wang apabila muatnaik resit belian. Kita pon akan menjadi seorang pengguna yang lebih bijak dan efektif.

Post a Comment

3 Comments

Yanieyusuf.com said…
Wahh terima kasih sharing
Julia Johari said…
Ada rebat bg banyak benefit pada si pembeli. Kami pun suka nak beli lagi kalau ada rebat.
Atie Zieya said…
bestnya siap ada cabutan bertuah lagi