5 Perkara Beza Whatsapp dan Telegram

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

5 Perkara Beza Whatsapp dan Telegram


Hai korang, sejak ada kes data pengguna bakal tersebar. Pengguna dipaksa untuk setuju bagi keizinan kepada founder whatsapp segala maklumat yang dikatakan boleh peroleh maklumat lain juga. Cx jadi agak risau dan membimbangkan. Cx tak pasti kesahihan berita ini tetapi telah tersebarnya video bicara mahkamah beliau. Tak tahulah, tetapi cx dah mula suka menggunakan platform lain. Tetapi itulah, masih ramai menggunakan whatsapp sebagai medium utama. Yalah, kita semua pon dah biasakan? Pastilah agak sukar untuk kita mengubah kebiasaan kita. 

Okay, taknak bincang hal tersebut. Cx cuma nak ajak korang untuk tengok sendiri apa yang menyebabkan cx cakap Telegram lagi banyak kelebihan berbanding whatsapp. Jom !


Cara guna telegram
Beza Whatsapp dan Telegram


Kelebihan Menggunakan Telegram


  • Boleh Sembunyikan Nombor Telefon


Kita tak perlu nak tukar-tukar nombor telefon sekiranya mahukan privasi.  Di telegram, kita boleh berhubung waima tanpa simpan nombor telefon.  Korang hanya perlu gunakan username sahaja. Mudah , privasi dan lebih selamat. Kita juga boleh set di ruang privacy and security sama ada nombor telefon boleh dilihat oelh siapa.  Macam cx, memang terus pilih tiada siapa. 

  • Simpanan Data Lebih Besar

Cx sangat suka guna telegram sebab simpanan data dia lebih besar.  Boleh simpan macam-macam dekat telegram.  Tiada limit pon.  Tambahan lagi, bila buka group, ahli boleh ramai-ramai tiada limit juga.  Meriah sikit dekat telegram.  Boleh hantar dan terima data penting juga seperti dokumen sehingga 1.5gigabyte.

  • Media Tidak Terus Auto Download

Ini cx suka.  Kalau dekat whatsapp, boleh juga kita set tida terus auto download media tau.  Tapi kita tkak boleh nak tengok media yang dihantar kalau tak tekan download.   Berbeza dengan telegram,  hantarlah seberapa banyak media yang korang nak, kita masih boleh tengok dan play tanpa perlu nak donwload masuk dalam simpanan telefon.  Yalah, kadang-kadang itu media yang tidak berapa nak pentingkan? Jadi lebih jimatlah storage telefon kita.  

  • Orang Baru Boleh Baca Mesej Sebelum

Ini antara ciri yang sangat menarik.  Tak perlu pon nak tanya ini group apa, nak buat macam mana sebab bila kita join sesuatu group atau channel, segala maklumat kita boleh akses sejak group dibuka.  Menarik kan?  Tak perlu pon nak kalut kalau terlepas info.  Scroll sahaja ke atas atau boleh tekan pinned post yang dibuat oleh admin group.

  • Boleh Tonton Cerita

Cx suka bila boleh tonton cerita dekat telegram.  Terubat sikit rasa bila jarang-jarang nak tengok televisyen.  Carilah cerita apa yang korang nak.  InshAllah ada. hihi. Bolehlah layan cerita yang korang dah lama tak tengok atau tak pernah nak layans ebelum ini.  


Cara Guna Telegram
5 Perkara Beza Whatsapp dan Telegram

Telegram vs Whatsapp: Mana Lebih Baik? 


Pada cx, cx suka lagi telegram.  Banyak benda kita boleh buat menggunakan telegram.  Telegram ini pada cx, ianya lebih seriuslah jika hendak dibandingkan dengan whatsapp yang lebih santai-santai.  Cuma yalah, setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan kekuranganya tersendiri.  Cumanya telegram ini tidak boleh nak video call group dan status haha!.  Itu sahaja.  Itu pada pendapat cx tau.   Tambahan lagi, tak ramai yang guna telegram lagi waima dah zaman 2021.  Mungkin dah terbiasa dengan whatsapp.  Apa-apa pon, mana jua yang menjadi pilihan kita, gunakanlah sebaik mungkin.  Cara guna telegram pon mudah tetapi masih belum ramai suka guna.


Pilihlah dan Manfaatkanlah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

4 Comments

Atie Zieya said…
thank you for sharing :)
Sue Izza said…
kannnn best tgk movie hehhehee
Cik TK said…
Setiap apps itu ada kelebihan masing2. Thanks for the info!!
Wanie Masduki said…
Setuju. Wanie pun suka telegram. Tapi sbb ramai masih guna whatsapp, maka kita masih kekal guna aplikasi whatsapp.