Percutian Hari Keluarga di Puteri Qashrina Chalet Melaka

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Percutian Hari Keluarga di Puteri Qashrina Chalet Melaka

chalet murah di melaka
Percutian Hari Keluarga di Puteri Qashrina Chalet Melaka

Sempena tahun baru 2021, kami sekeluarga sebelah suami cx telah merancang satu percutian.  Memang setiap tahun kami akan mengadakan hari keluarga dan mesyuarat keluarga di tempat menarik dalam Malaysia.  Jadi, percutian kami sekeluarga kali ini adalah di Puteri Qashrina Chalet Melaka.  Kami pilih Puteri Qashrina Chalet Melaka sebab ianya berhadapan dengan Pantai Puteri Melaka.  Chalet di Melaka tepi pantai memang menjadi tumpuan orang ramai, jadi, kami pon nak juga rasa suasana tersebut.  Tambahan lagi, Puteri Qashrina Chalet Melaka ini ada sediakan kolam renang untuk anak-anak dan dewasa.  Anak-anaklah yang paling seronok.  Boleh mandi kolam dan juga ke pantai beramai-ramai. 

Penginapan Puteri Qashrina Chalet Pantai Puteri Melaka yang Santai 


Chalet Pantai Puteri Melaka ini menyediakan dua jenis penginapan iaitu rumah kayu dan homestay chalet biasa.  Ketika kami ingin menempah bilik, penginapan rumah kayu telah penuh.  Makanya kami telah memilih bilik penginapan homestay sahaja.  Mak dan abah kami sediakan bilik penginapan VIP.  Keluarga yang ramai anggotanya kami sediakan bilik penginapan Chalet Dua Bilik dan bagi famili yang ahlinya tidak ramai pula adalah chalet studio room.

Tempat menarik di melaka
Puteri Qashrina Homestay Melaka


Cx sekeluarga menginap di chalet studio room memandangkan kami keluarga kecil dengan anak tiga orang dan dua dewasa.  Okay jom cx kongsikan jenis-jenis bilik dengan harga dia sekali serta kemudahan yang disedikan.  Senang sikit korang nak buat tempahan jika berminat untuk menginap di sini nanti.  Ohya, memandangkan cx menginap di bilik chalet, makanya cx cerita pasal chalet sahaja ya.  JIka nak tahu berkaitan rumah kayu, korang boleh rujuk website Puteri Qashrina Chalet Pantai Puteri Melaka okay. 

Jenis Bilik di Puteri Qashrina Chalet Pantai Puteri Melaka

  • VIP Homestay: 

Suite yang luas ini mempunyai ruang lorong dan tingkap besar dengan pemandangan indah ke tarikan utama atau jalan pejalan kaki yang tenang. Ianya dilengkapi dengan TV layar plasma, Wifi percuma, sementara bilik mandi yang bergaya dilengkapi dengan pancuran mandian hujan, jubah mandi dan selipar.  Suit VIP homestay mempunyai sebuah bilik dengan katil queen.  Disediakan penghawa dingin, sofa, kettle, dan kipas dinding.  Boleh muat untuk dua hingga empat orang. 

Harga: RM200 (hari biasa) / RM220 (cuti umum/cuti sekolah)

Chalet pantai puteri melaka
VIP homestay



  • Chalet (Dua Bilik)

Chalet elegan ini memiliki dua bilik katil queen, termasuk TV plasma dan Wi-Fi gratis, sementara bilik mandi moden dilengkapi dengan pancuran mandian hujan, jubah mandi dan selipar. Tingkap besar menghadap jalan pejalan kaki atau taman dalaman yang tenang.  Boleh muat untuk empat hingga enam orang.  Siap dengan penghawa dingin di kawasan hall. 

Harga: RM200 (hari biasa) / RM220 (cuti umum/cuti sekolah)

  • Chalet (Studio Room)

Suite yang luas ini mempunyai ruang lorong dan tingkap besar dengan pemandangan ke tarikan utama atau jalan pejalan kaki yang tenang. Termasuk TV layar plasma, Wi-Fi gratis, sementara bilik mandi yang bergaya dilengkapi dengan pancuran mandian hujan, jubah mandi dan sandal. Dilengkapi dengan penghawa dingin juga. 

Harga: RM120 (hari biasa) / RM130 (cuti umum/cuti sekolah)

Chalet Pantai Puteri ada swimming pool
Chalet Studio Room Puteri Qashrina

Review dan Pengalaman Menginap di Chalet Studio Room Puteri Qashrina Chalet Melaka

Okay, chalet studio room adalah bilik yang kami tidur ketika menginap di Puteri Qashrina Chalet Melaka. Gara-gara kami berlima, makanya kami bawa tilam lebih untuk anak-anak tidur di bawah.  Tilam queen sesuai untuk kami dua dewasa dan seorang bayi.  Anak kami lagi dua orang, tidur di bawah dengan tilam yang kami bawa.  Nasib baik bawa tilam, kalau tidak, kesian anak-anak kami. haha! Pada cx berbaloillah harga RM130 untuk bilik studio.  

Review cx untuk bilik studio room ketika penginapan kami, ianya agak tidak bersih ya.  Bilik berhabuk.  Sepanjang dua malam cx tidur di situ, memang pantang masuk bilik terus bersin selepas 10 minit.  Waktu tidur memang akan selesema sebab berhabuk.  Peti ais juga ada bekas kek yang pelanggan sebelum kami menginap, siap kek yang telah dimakan dalam kotak tersebut.  tetapi cx tidaklah kisah sangat sebab tak guna pon peti ais dia.  Cx kisah sedikit dengan bilik dia yang agak berhabuk. Hidung cx ini sensitif sedikit.  Pantang berhabuk.  Cx nak sapu tapi penyapu tiada. haha! Bilik air sederhana bersih.  


Homestay murah di melaka
Kemudahan Bilik Mandi


Penghawa dingin baik sebab sejuk betul.  TV yang disediakan ada astro tetapi remote control rosak. haha! sila tekan manual.  cx okay sahaja pasal tv sebab kami banyak aktiviti luar.  Cadar dia cx tak pasti sama ada ditukar atau tidak sebab ada sedikit bau yang kurang enak.  Anak cx tidur di situ, muka dia naik merah sebab mungkin berhabuk waima cx dah kebas bersihkan.

Mungkin ada yang kata, sesuailah dah cx pilih bilik studio kan? Ya cx tak kisah pon tapi sekurang-kurangnya bersihkanlah bilik supaya tidak berhabuk dan cadar bantal tidak berbau. Cx tidak kisah pon mana-mana asalkan bersih.  Cukup. Maaf ya sebab ini sekadar pengalaman cx.  Jika korang dapat yang sempurna, Alhamdulillah. 

Pihak Chalet Tidak Endah Aduan Pelanggan

Cx nak minta maaf awal-awal ya.  Ini adalah berdasarkan pengalaman kami.  Kenapa cx cakap pihak chalet tidak endah aduan pelanggan? Baik, meh cx cerita.  Ketika anak-anak buah cx pergi mandi di kolam mereka, tiba-tiba mereka datang kepada kami dengan kaki berdarah.  Punca? Anak buah cx kata, ketika mandi kolam nak turun gelongsor, dalam beberapa meter nak sampai bawah, kaki anak buah cx tergarik sesuatu yang tajam tetapi tidak dapat dipastikan apa.  


Tempat menarik di melaka
Swimming Pool Chalet Pantai Puteri Melaka

Anak buah kami pon pergi ke kaunter dan buat aduan tetapi tidak diendahkan.  Makluman korang, sebelum anak buah kami kaki berdarah terkena benda tajam tersebut di bawah dasar kolam, terdapat satu kes sebelum itu.  Seorang kanak-kanak juga terkena benda tajam tersebut tetapi di kepala.  Berdarah ya kawan-kawan.  Kemudian selepas anak buah cx, kena lagi seorang budak selepas dia.  Anak buah cx hanya dirawat oleh kami semua sendiri.  Kakak ipar cx pergi ke kaunter untuk buat aduan tetapi mereka sibukkan hal lain.  Tidak endah langsung dengan aduan yang dibuat.  Akhirnya kakak ipar cx minta sahaja emergency kit.  Itu pon setelah tiga kali minta dan menunggu lama. Hasilnya, hanya beberapa keping plaster dan kain apa entah. 

Pada cx, waima apa jua keadaan yang pihak chalet hadapi, setiap aduan hendaklah diambil kisah.. Kami bukan buat aduan remeh temeh remote tv rosak segala.  Kaki anak buah kami berdarah kot tersagat benda tajam dalam kolam.  Tetapi mereka tidak ambil sebarang tindakan. Bahaya ya sebab kolam tersebut adalah untuk kanak-kanak. 


Chalet murah di melaka
Qashrina Qruise



Hidangan di Cafe Puteri Qashrina Chalet Melaka Sedap dan Lazat

Selain servis mereka, cx nak puji bab makanan di cafe Chalet.  Makanan dia memang sedap-sedap belaka.  Pilihan pon banyak sangat.  Hidangan sarapan pagi dan makan tengahari disediakan sebaiknya.  Cx puji sungguh sebab memang sedap.  Paling cx suka rendang dia.  Rendang padu teruk oii ! Rendang daging tau, dahlah sedap, daging pon lembut.  Puas makan.   Paru goreng sambal dia pon sedap teruk! Cx makan banyak paru goreng sambal dia.  Sambal udang dia pon baik rasa cukup semua.  Nasi lemak panas-panas dan cukup lemak rasa garam santan.  Roti canai dia pon sedap.  Lembut dan ditebar di cafe itu juga.  


tempat menarik di melaka
sarapan pagi di cafe puteri qashrina melaka


chalet murah di melaka
Roti canai di cafe Puteri Qashrina


Servis di Cafe Puteri Chalet Melaka memang bagus dan baik.  Staff dia pon ramah dan baik.  Korang tak payah makan luar, makanan di cafe mereka dah cukup sedap.  Cumanya malam korang kena cari makan sendiri dekat luar.  Depan chalet pon ada orang jual makanan, almaklum berdepan dengan pantai Puteri Melaka.  Ramai peniaga kecil disitu.  Pilih sahaja nak makan apa. 

Percutian Hari Keluarga yang Menyeronokkan

Sepanjang percutian hari keluarga kami di Puteri Qashrina Chalet Pantai Puteri Melaka, cx dan famili rasa seronok sebab masing-masing turut serta berkumpul buat aktiviti bersama.  Kami banyak habiskan masa dengan makan dan berborak di kawasan pondok hadapan chalet.  Cx rasa tak sabar nak tunggu percutian hari keluarga kami yang seterusnya.  InShaaAllah jika tiada aral, tibalah kami di Penang.  Ada yang nak sponsor penginapan untuk kami sekeluarga? hihi

Chalet murah di melaka
Perkarangan Chalet Puteri Qashrina Melaka


Semoga Dikurniakan Kebahagiaan
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

3 Comments

Atie Zieya said…
for me, tempat mana pon..toilet kena 100% bersih.. klu sederhana bersih mcm ni.. alaa..spoiled mood
Nadia Johari said…
Aduh kalau tk bersih semua tak kena tak bestnya.. Nasib makan sedap
Abam Kie said…
susah la kalau bilik x bersih. dah la kita byr mahal2! mujur makanan tu sedap. Jika tak, memang la kena sound manager dia tu!