Storage Drawer Cabinet Murah di Shopee

  سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Storage Drawer Cabinet Murah di Shopee

Semenjak anak² dah semakin bertambah bilangan dan membesar, rumah cx agak terhad untuk simpan baju mereka. Almaklum anak kecil semestinya makan ruang yang agak banyak sebab baju mereka dah bertambah.  Baru tiga orang dah rasa rumah tak ada tempat nak simpan baju. Hihi almari CX dan suami juga dah tak muat. Banyak juga baju yang dah kami asingkan, kemudian bagi kepada orang sebab masih elok lagi. Cx rasa nak beli hanger banyak-banyak dan gantung sahaja tetapi masalah rumah ni adalah cepat sangat berhabuk.  Jenis perumahan lama kan jadi dia ada lubang antara bahagian dinding dan juga bumbung. Dia macam lubang angin tapi tulah habuk kemain banyak lagi tak boleh guna konsep gantung lah nampaknya.

Storage Drawer Cabinet Murah di Shopee
Kabinet Baju yang Murah di Shopee


Lama juga kami mencari sebenarnya kabinet yang sesuai. Tapi semua tidak menepati citarasa kita orang.  Semua tempat kami dah pergi cari seperti Tesco, Jusco, homedeco dan banyak lagi. Dekat Shopee dan Lazada juga kami cuba cari tetapi masih tidak ada yang okey.  Jadi kami buat keputusan untuk pergi tengok dekat Family Store dan Alhamdulillah, waktu tu ada kabinet yang mereka  siapjual.  Jadi cx cakap dengan husband, kabinet tu nampak macam Okey dan sesuai sangat untuk kita orang sebab dia besar, berlaci dan bertutup.  Itu yang lebih penting. Tapi kami tak beli pon dekat situ. Haha! Kami cari sendiri dekat shopee guna nama dan kod yang ada dekat situ. 

Storage Drawer Cabinet yang Memenuhi Kriteria

Lepas dah jumpa di shopee, cx rasa kabinet ini menarik dan menepati citarasa .  Memang nak sejenis plastik, ringan, anak-anak mudah untuk kendalikan.  Paling menarik adalah kabinet ini sangat berwarna-warni.  Kabinet ini kita boleh pilih tau warnanya.  Cx suka berwarna-warni, barulah menarik amta memandang.  Tambahan lagi, anak-anak dapat bezakan ini bahagian siapa.  Alhamdulillah sangat puas hati.  Pada cx, ianya memang bagus dan amat sesuai untuk kegunaan anak-anak.  

Kabinet Baju Budak yang Murah di Shopee
Kabinet Plastik Baju Budak Murah di Shopee


Penghantaran pon cepat.  Ianya dibungkus dengan baik tetapi waktu cx beli, ia memang datang tidak siap dipasang.  Jadi, suami cx yang pasangkan storage drawer cabinet murah yang kami beli di Shopee.  Kabinet baju budak yang murah di shopee ini ringan.  Bila dah letak baju pon masih ringan. Cx rasa berpatutanlah keadaan dan bayaran kami.  Anak-anak pon suka juga.  Ruang si pan dia agak besar juga.  Secara keseluruhan, cx sangat puas hati.  

Pembelian Storage Drawer Cabinet di Shopee


Baik, kalau korang pon nak usha sendiri dan sedang mencari kabinet baju budak yang murah di shopee, boleh dan sangat sesuai pilih storage drawer cabinet ini.  Dekat bawah ini, cx letakkan link untuk korang intai-intai kot berkenan di hati.  Nati-nanti boleh beli okay. Hehe. InShaaAllah berbaloi. 

Cx beli dekat shopee sini ✅ cutt.ly/KabinetBajuMurah

Storage Drawer Plastic Murah di Shopee
Storage Drawer Plastic Murah di Shopee

Anak Adalah Anugerah Allah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

6 Comments

tarmizi said…
Bini saya rajin la beli ni
Tiara Sapphire said…
comelnya beli drawer macam ni, nampak kemas bila dapat simpan barang dalam tu :)
Nadia Johari said…
Drawee mcm ni bnayak dh kat rumah.. Hehehe.. Ade besar ade kecik..
Aisya Ismail said…
Kalau all white lagi cantik tu.
Atie Zieya said…
drawer mcm ni la senang nak letak brg2 and baju
Cik Puan Ena said…
Ena pon suka simpan cmni baju si kecik ni tak berhabuk. Mane da x muat sedekah je xlarat nak simpan banyak2.