Lagu 4 Dara 2020 Nyanyian Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana

  سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Lagu 4 Dara 2020 Nyanyian Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana


Lagu Empat Dara 2020
Lagu 4 Dara 2020 Nyanyian Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana


Siapa yang tak kenal lagu empat dara 2020 oii ! Lagu yang semakin viral dan terkenal ketika ini gara-gara penangan nyanyian kak lina pom pom atau lebih dikenali dengan Mona dalam cerita Kampung People.  Sesiapa yang layan Kampung People memang kenal siapa Mona dan watak gila-gilanya.  Cx pon tidak terkecuali untuk menonton Kampung People.  Watak Mona yang dilakonkan oleh pelakon senior Elly Mazlein memang mantap!  Mona memberikan satu impak yang besar kepada kita semua.  

Mana tidaknya, lagu empat dara 2020 nyanyian kak lina pom pom asyik melekat dan berputar sahaja dalam kepada.  Lagu empat dara 2020 asyik dinyanyikan tidak kira peringkat umur.  Anak-anak cx pon kemain suka lagi nyanyi.  Lagi-lagi bahagian 'Haa ! Masuk!" Mengekek-ngekek anak-anak cx ketawa bila dah nyanyi.  Kemain sambung menyambung, sahut bersahutan bila masing-masing nyanyi tau. Terhibur cx rasa dekat rumah ini haa.  



Fenomena Mona memang tak dapat disangkal.  Kemana sahaja pergi, mesti akan dengar orang nyanyi lagu empat dara 2020 ini. Cx pon suka nyanyi.  Lepastu anak-anak sambung sampai kesudah tak berhentinya.  Paling cx tidak menyangka bila lagu empat dara 2020 ini sambutan dia sampai boleh siap satu lagu yang diberi nafas baru. Hebatlah kak lina pom pom ! Penangan yang sangat hebat !

Lirik Lagu 4 Dara 2020


Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu
Faizal masuk!!!

Satu dua tiga empat anak dara
Semua orang tahu aku boleh mengira
Tapi kalau hilang satu anak dara
Bikin risau satu negara

Semua anak dara
Jangan mudah percaya janji si teruna
Jangan mudah terpedaya dengan dunia
Hanya ilusi semata

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Haa Zizi masuk!!!

Boleh!!!
Satu dua tiga empat
Empat dara tunggu jebat
Mana teruna cuba dekat
Itu yang tak kenal tempat tolong halang mohon sekat

Empat tiga dua satu
Macam hitam merah jambu
Pilih bias mana satu
Lain rezeki lain laku lain pinggan lain waktu
 
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Aku masuk!!!
Anak dara semua cantik melaram batik
Lembut berbahasa indah rupa budi
Bagai bulan dipagar bintang

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketam la batu

Empat dara duduk di tepi sungai
Hey duduk menjerat si ketam la batu




Terhibur Dengar Lagu Empat Dara 2020 


Kalau korang nak tahu, lagu empat dara 2020 ini adalah ciptaan Faizal Tahir.  Cx dahlah peminat Faizal Tahir sejak dulu lagi.  Faizal Tahir kalau buat lagu, mesti hit. Lagu-lagu Faizal Tahir semuanya sedap belaka. Jadi, cx pon tak hairanlah bila lagu empat dara 2020 ini juga mampu hit. Bertambah mantap dan padu lagu empat dara 2020 ini bila diselitkan Mona dan kak lina pom pom. Watak Elly Mazlein yang betul-betul kuat dan mampu mempengaruhi masyarakat.  Bertambah layan lagu ini nila zizi kirana pon terbabit sama. 

Cx suka bahagian yang bila Elly Mazlein cakap; "Haa, Aku Masuk !" . Terhibur sungguh cx tengok video empat dara 2020 ini tau. Korang dah tengok belum? Haa! Pergi masuk tengok video atas tu okay. Semoga terhibur !

Kak Lina Pom Pom
Kak Lina Pom Pom Versi Cantik Empat Dara 2020

Empat Dara 2020 
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

13 Comments

Abam Kie said…
First tgok masa abpbh baru2 ni.mmg unik n menghiburkan.
sitirohaida said…
bestlah lagu ni..anak akak kemain suka tau
azni said…
penyanyi asal lagu ni sapa erk ?
CXopportunities said…
Penyanyi asal noraniza idris kak azni
ajumohit said…
memula dengar eli mazlien nyanyi kat IG, memang dah jadi trending kan, memacam aksi pun ada hahaa
Yaya Azura said…
Kak lina ni mmg berbakat..apa dia buat kejap je jadi viral.
Ai said…
LAgu ni dah start popular kat budak2. suka betul diowg dengar n nyanyi 4 dara 4 dara ni.
terhibur betul dengar lagu ni sekarang, macam-macam versi ada he he he
Mrs Pip said…
rasa macam lagu2 rakyat lah pula.
terus teringat noraniza idris.
Ardini Humaira said…
Hantu betul lagu ni 😂 terngiang ngiang
Deo said…
ini semua sebab kampung people! hHhAHAHA
Nadia Johari said…
Lagu ni memamg dh melekat kat kepala.. Hahaha.. Asyik nak nyanyi je
Atie Zieya said…
i pun terjebak juga suka lagu ni sbb best and unik hehehe