Kempen Zakat Saham 2020 Menawarkan Hadiah Istimewa Bernilai RM1000

  سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Kempen Zakat Saham 2020 Menawarkan Hadiah Istimewa Bernilai RM1000

Selama ini, cx hanya banyak terdedah tentang zakat yang biasa masyarakat dengar.  Antara zakat yang biasa meniti di bibir kita adalah zakat fitrah, zakat harta, zakat emas dan sebagainya.  Namun, sebagai umat Islam, kita juga perlu tahu sebenarnya wujud zakat saham dan zakat pelaburan.  Cx pon kurang cakna berkaitan dengan zakat saham dan zakat pelaburan ini sebenarnya.  Jadi, sempena dengan kempen zakat saham 2020 yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor, cx nak ajak korang semua untuk turut serta bersama. Namun sebelum itu, jom ikut cx kenali serba sedikit tentang apa itu zakat saham dalam Islam.

Kempen Zakat Saham 2020 Menawarkan Hadiah Istimewa Bernilai RM1000
Kempen Zakat Saham 2020 Menawarkan Hadiah Istimewa Bernilai RM1000

Apa Itu Zakat Saham?

Definisi zakat saham adalah zakat yang dikeluarkan ke atas pelaburan saham yang telah genap setahun (haulnya) dan cukup nisabnya.  Pelaburan yang berlaku tersebut hendaklah halal dan menepati syarak Islam. Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak serta tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?” (Sahih Muslim)


Kempen Zakat Saham 2020
Zakat Saham & Zakat Pelaburan

Siapa yang wajib bayar zakat saham ini ya?  Okay kalau korang nak tahu, golongan yang terlibat dan wajib bayar zakat adalah Syarikat juga Individu.  Manakala syarat wajib zakat saham dan pelaburan adalah seorang Islam, milik sempurna, milik pihak tertentu, cukup nisab, cukup haul dan halal.  Jika korang nak tahu apa yang dimaksudkan disebalik setiap satu syarat wajib zakat saham ini, bolehlah layari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor. 

Cara Penyertaan Kempen Zakat Saham 2020 Lembaga Zakat Selangor


Kempen zakat saham 2020 yang dikendalikan oleh Lembaga Zakat Selangor telah bermula sejak 15hb September 2020 sehingga 30hb November 2020.  Cara penyertaan kempen zakat saham 2020 adalah melalui tiga langkah penting sahaja.  Sangat mudah cara penyertaan kempen zakat saham ini.  Jom cx tunjukkan cara penyertaannya di bawah. 

1. Buat bayaran zakat saham melalui salah satu platform berikut; 

Kempen Zakat Saham 2020
Jom Sertai Kempen Zakat Saham 2020


2. Selepas membuat bayaran zakat saham, korang boleh imbas kod yang diberikan seperti dalam gambar okay.  Kalau tidak pon, korang masih boleh untuk terus layari laman berikut;  bit.ly/zakatsaham20202

3. Langkah terakhir adalah jawab soalan mudah yang telah disediakan.  Kemudian, bolehlah korang lengkapkan maklumat diri yang diminta.

Hadiah Istimewa Menanti Bakal Pembayar Zakat Saham Bertuah 

Apa yang menariknya kempen zakat saham tahun 2020 ini adalah, Lembaga Zakat Selangor menawarkan hadiah menarik untuk pembayar zakat tau.  Hadiah istimewa yang menanti para bakal pembayar zakat saham bertuah tahun 2020 adalah seperti berikut;

  • Hadiah Utama: Seunit Telefon Bimbit bernilai RM1,000
  • Hadiah Kedua: Seunit Tablet bernilai RM600
  • Hadiah Ketiga: 3X Baucar AEON bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati: 5X Cenderahati daripada Lembaga Zakat Selangor

Kempen Zakat Saham 2020 Menawarkan Hadiah Istimewa Bernilai RM1000
Kempen Zakat Saham 2020 Menawarkan Hadiah Istimewa Bernilai RM1000


Mudahnya Berzakat Melalui Lembaga Zakat Selangor

Jom sertai kempen zakat saham 2020 dan menangi hadiah istimewa daripada Lembaga Zakat Selangor.  Cx suka sangat pendekatan dan cara Lembaga Zakat Selangor memperkasakan pembayaran zakat dikalangan masyarakat.  Lembaga Zakat Selangor juga menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk membayar pelbagai jenis zakat hanya melalui atas talian sahaja.  Tidak lagi kita perlu risau untuk ke kaunter zakat bagi melaksanakan zakat.  Semuanya telah disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor hanya di atas talian sahaja. 

Korang tak perlu risau macam mana nak kira zakat yang perlu kita keluarkan sebab di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor juga telah sediakan cara kiraan atas talian. Tiada lagi alasan untuk kita tidak membayar zakat okay. Jom kita sama-sama sertai kempen zakat saham 2020 sekarang! Cx lampirkan sekali rujukan buat korang supaya lagi mudah untuk terus bertindak.  

Kempen Zakat Saham
Kempen Zakat Saham 2020


Laman Web: www.zakatselangor.com.my
Facebook: zakatselangor
Instagram: zakatselangor
Twitter: zakatselangor
Telefon: 1 300 88 4343

Bayarlah Zakat
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

8 Comments

Selama ni kita tahu zakat harta zakat fidyah zakat emas perak dan beberapa zakat yang lain lagi. Akat saahm ni tak berapa tahu sangat. Alhamdulillah ila dapat baca perkongsian info macam ni boleh la tambah pengetahuan.
Abam Kie said…
In Shaa Allah, abe kie akan byr zakat setiap thn.
Firzz Radzi said…
Ada eih zakat saham. First time dengar ni...
Marina Bashah said…
Ada kempen zakat saham
mazharalti said…
A good sharing CX... Sangat bermanfaat lebih-lebih lagi sekarang ni ramai yang ada membuat pelaburan... InsyaAllah, akan dipraktikkan sebaik-baiknya...
Zahirah Dzahir said…
Baru tau info ni..nnti boleh share dgn yg lain
Atie Zieya said…
thank you sharing this info.....
Ardini Humaira said…
Saham pun tak terkecuali daripada zakat. Semoga umat Islam yang ada jualbeli saham cakan mengenainya