سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Review Filem: Train To Busan 2 Peninsula
Jika sebelum ini filem Train To Busan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada kalangan penonton. Train To Busan telah pecah panggung dan meraih sebanyak 98.5juta USD. Kini, Yeon Sang Ho iaitu pengarah filem ini kembali dengan Train To Busan 2 Peninsula. Cx baru berkesempatan untuk menonton semalam bersama keluarga. Ternyata Train To Busan 2 Peninsula tiada langsung kesinambungan atau sambungan daripada kisah pertama mereka. Tetapi cx boleh bagi lima bintang. Memang terbaik. Korang nak tahu seba apa? Okay jom cx kongsikan sedikit tentang Filem Train To Busan 2 Peninsula.
Train To Busan 2 Peninsula |
Sinopsis Train To Busan 2 Peninsula
Train to busan 2 Peninsula brmula setelah empat tahun berlalu rentetan serangan zombi sebelum ini. Bahagian semenanjung Korea Selatan yang digelar Peninsula telah habis dan musnah akibat serangan zombi. Namun salah seorang anggota tentera iaitu Jung-seok lakonan Kang Dong Won juga hampir hilang nyawa ketika cuba selamatkan diri dari Korea Selatan. Jadi dia hidup sengsara dekat hongkong. Tetapi pada suatu hari itu, Jung-seok terima tawaran untuk balik ke Peninsula untuk sertai misi. Misi Jung-seok adalah untuk cari dan dapatkan semula trak yang terbengkalai di tengah-tengah Seoul. Jung-seok hanya ada 24 jam sahaja untuk selesaikan misi dia sebelum matahari terbit.
Jung-seok bersama kumpulannya yang lain seramai empat orang mula memasuki zon yang dah dijangkiti. Jung-seok dan kumpulannya bukan hanya berdepan dengan zombi yang mengganas sahaja. Tetapi mereka juga menemui kumpulan manusia yang terselamat di sana. Misi mereka jadi terganggu apabila diserang oleh unit tentera misteri 631. Unit 631 yang merupakan unit yang terpulus talian hubungan selepas membuat misi juga di Peninsula. Seakan tertipu.
Train To Busan 2 Peninsula Review |
Melalui serangan demi serangan, Jung-seok telah diselamatkan oleh seorang remaja perempuan bernama Joon-i lakonan Lee-Ri. Joon-i merupakan remaja wanita yang tinggal di Peninsula bersama datuk, ibunya Min-Jeong lakonan Lee Jung Hyun dan adik perempuannya. Mereka terkandas di Peninsula dan mencari jalan untuk cuba keluar dari sana. Min-Jeong yang terdesak untuk keluar dari Peninsula telah membuat perjanjian dengan Jung-seok. Jung-seok yang terhutang nyawa dengan mereka disuruh untuk berjanji membantu Min-Jeong dan keluargnya keluar dari Peninsula. Bermulalah episod debaran mereka menyerang dan diserang oleh zombi juga kumpulan unit tentera misteri 631.
Review Peribadi Train To Busan 2 Peninsula
Pada cx, Train To Busan 2 Peninsula ini filem yang menarik dan terbaik. Cx boleh bagi 10 bintang. Cerita Train To Busan 2 Peninsula kali ini bukan fokus hanya kepada serangan zombi semata-mata seperti Train To Busan sebelum ini. Namun, pada cx, ianya lebih mencabar dan berdebar-debar menanti apa yang akan jadi selepas itu. Cx juga bila tonton, rasa macam banyak sangat tertanya-tanya. Paling menarik minat cx untuk kekal menonton dan teruja sepanjang masa adalah aksi yang ada dalam Train To Busan 2 ini. Pengarahnya Yeon Sang Ho cuba mengadaptasi aksi seakan filem Fast & Furious dalam filem Train To Busan 2 Peninsula. Memang terbaik. Rasa gempak sepanjang masa.
Ketika Jung-seok diselamatkan oleh Joon-I, aksi Joon-I bawa kereta memang menakjubkan. Gempak! Sampaikan pengsan dibuatnya Jung-seok waktu itu sebab terkejut dan terhantuk kepala di pintu kereta. haha. Rasa kelakar sebab Jung -seok kan lelaki dan seorang tentera. Anak-anak cx pon gelak sahaja masa Jung-seok pengsan. Korang kena tengok sendiri aksi Joon-I memandu untuk larikan diri daripada zombi dan unit 631. Waktu Joon-I tarik perhatian zombi memang wow sangat! Berpusing-pusing kereta dibuatnya. Aksi kedua yang cx suka adalah ibu si Joon-I. Min-Jeong juga tidak terkecuali. Hebat juga dalam merancang strategi untuk menceroboh masuk kawasan unit 631.
Escape A Apocalypse: Train To Busan 2 |
Train To Busan 2 Peninsula ini juga ada nilai murni dialah bila kita tonton. Tidaklah kosong sahaja. Jika macam Train To Busan, dia lebih kepada pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Train To Busan ini pon ada juga pengorbanan iaitu seorang ibu kepada anak-anaknya. Lagi menarik apabila ada juga diselitkan pengorbanan dan kekuatan ikatan persahabatan yang ditonjolkan. Bila Jeon-seok berusaha untuk selamatkan kawan dia yang kena tangkap dengan unit 631 dalam kubu zombi diorang. Tapi sedih sebab akhirnya kawan dia mati kena tembak depan mata dia. Itupon sebab nak selamatkan Jeon-seok. Sedih sangat waktu ini. Tapi Jeon-seok bangkit juga waima waktu itu dia seakan terpaku dan tak mampu nak buat apa-apa.
Aksi terbaik bila scene terakhir. Waktu itu Min-Jeong suruh Jeon-Seok selamatkan anak-anak dia sebab pasukan penyelamat dah tiba. Apa pon jadi, dia nak Jeon-Seok janji untuk tak patah balik. Plot ini jadi sedih sangat sebab Min-Jeong sanggup korbankan diri dia demi anak-anaknya. Min-jeong panggil zombi-zombi itu semua supaya tuju ke arah dia dan anak-anak dia pula boleh lari dengan selamat.
Pelakon Train To Busan 2 : Jeon Seok dan Sahabatnya korban 61 |
Apakah Nasib Min-Jeong dan Selamatkah Anak-anaknya?
Scene akhir Train To Busan 2 Peninsula ini ada kemunculan pelakon Malaysia tau kalau korang nak tahu. Nama dia Bella Rahim sebagai Jane. Jane merupakan salah seorang daripada pasukan penyelamat yang datang untuk bantu Jeon-Seok.
Kalau korang nak tahu apakah nasib Min-Jeong dan anak-anaknya. Korang kena tengok sendiri filem Train To Busan 2 Peninsula ini. Memang best sangat. Tak rugi dan berbaloi bila korang habiskan masa depan televisyen untuk cerita Train To Busan 2 Peninsula okay.
Escape A Apocalyps
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
2 Comments
nanti bila ada time, nak tgk yg 2 ni pula