Lagu Baru Angan Merintih Nyanyian Iqa Nizam Penyanyi Slow Rock Malaysia

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Lagu Baru Angan Merintih Nyanyian Iqa Nizam Penyanyi Slow Rock Malaysia


Siapa yang lahir pada tahun 90-an, cx gerenti korang akan biasa dengan nyanyian lagu-lagu slow rock pada zaman tersebut.  Slow rock merupakan genre yang dah semakin jarang kita dengar sekarang.  Tapi cx nak kongsikan dengan korang dan ajak untuk sama-sama kembali ke zaman slow rock pada tahun 2020 ini.  Kalau korang nak layan slow rock, cx syorkan korang dengar lagu-lagu nyanyian Iqa Nizam.  Iqa Nizam ini pernah menyertai I Can See Your Voice Malaysia sebenarnya.  Bermula di situlah ramai mula kenal dan nampak bakat Iqa Nizam.  Semua lagu-lagu dia cover memang layan bila kita dengar. 
 

Lagu Baru Slow Rock
Lagu Baru Angan Merintih Nyanyian Iqa Nizam Penyanyi Slow Rock Malaysia


Iqa Nizam Penyanyi Baru Slow Rock Malaysia

Cx pada mulanya pon tidaklah kenal siapa Iqa Nizam ini.  Apatah lagi nak tahu Iqa Nizam berasal dari mana.  Apa biodata Iqa Nizam.  Semua itu cx tidak tahu.  Tetapi sejak kebelakangan ini, ramai kawan-kawan cx yang kongsi dan bercerita tentang Iqa Nizam tau.  Jadinya, cx jadi ingin tahu siapa sebenarnya Iqa Nizam ini.  Bila cx dah buat sedikit kajian di saluran Iqa Nizam, rupa-rupanya Iqa Nizam ini penyanyi yang memang bawa lagu bergenre slow rock.  Iqa Nizam seakan baru di Malaysia tetapi sebenarnya dia telah terkenal dan mempunyai peminatnya tersendiri dari negara jiran kita iaitu Indonesia.  Mana tidaknya, Iqa Nizam jadi terkenal gara-gara berduet lagu pergi untuk kembali dengan penyanyi tersohor Thomas Arya.


Lirik Lagu Angan Merintih Nyanyian Iqa Nizam

Lagu Angan Merintih Nyanyian Iqa Nizam ini dicipta lirik dan lagunya oleh El-Hadam.  Lagu Angan Merintih ini telah ditayangkan pada 25 September 2020.  Sehingga kini, nyanyian Iqa Nizam telah mencecah 33ribu penonton.  Tahniah!  Jom cx sertakan terus lirik lagu angan merintih nyanyian Iqa Nizam ini untuk korang hayati sendiri. 

Verse 1:
Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba
Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga
Namun Terselit Sesuatu
Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu

Pre chorus:
Mana Mungkin, 
Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi
Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku
Ku Berangan Dalam Beradu-!!!

Chorus 1:
Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang
Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu
Bicara Katamu Membuatku Akur
Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku

Verse 2:
Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri
Takku Biar Mereka Menangis Untukku
Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku 
Tersimpan Harga Tiada Ternilai


Review Lagu Angan Merintih Nyanyian Iqa Nizam

Pada cx, lagu dia sedap untuk di dengar.  Tambahan lagi cx peminat slow rock sejak dulu lagi.  Jadinya, lagu angan merintih nyanyian Iqa Nizam ini senang masuk dalam jiwa.  Rasa macam masuk ke zaman 90-an semula.  Waima pada mula nyanyiannya, cx agak kurang rasa penyampaiannya.  Namun bila Iqa Nizam mula nyanyi bahagian korus, terus rasa layan sangat lagu dia.  

Lirik lagu ini juga tiada tandingannya.  Kisah percintan dua merpati yang akhirnya tidak kesampaian.  Setianya seorang wanita kepada lelaki yang pandai bermanis mulut.  Sehinggakan tiba waktunya semua terbongkar.  Akhirnya si kekasih tidak lagi memberi peluang agar dirinya terus menangis dan disakiti.  Pada cx, lagu, lirik dan penyampaian muzik video adalah baik.  Lagu angan merintih ini boleh pergi jauh dengan bakat yang Iqa Nizam bawa.  InShaaAllah




Online Music Store: http://www.i-musicland.com

Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya:

MUAT TURUN NADA DERING
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*669926# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*738750# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383

Album : Iqa Nizam - Angan Merintih
℗ & © 2020 INSICTECH MUSICLAND SDN BHD
Publishing: MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD

#IqaNizam #AnganMerintih #InsictechMusicland #ICSYVMY #slowrock #Indonesia #malaysia #izinkan

Slow Rock Malaysia
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

3 Comments

Amyra said…
Penyanyi baru yer? Ok kejap lagi Myra nak try dengar lah.
Nadia Johari said…
Ramai post pasl dia ni.. Smpai kta dgr lagu dia.. Hehhe
Huda Halid said…
huda pun layan gak lagu ni..