Sinopsis Drama Korea 2020: Liver Or Die Di Awesome TV

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Sinopsis Drama Korea 2020: Liver Or Die Di Awesome TV

Akhir-akhir ini, siaran di saluran televisyen kembali menyiarkan drama-drama korea yang sentiasa menjadi kegemaran para penonton tidak kira pelbagai genre.  Cx juga tidak ketinggalan untuk menonton.  Setelah sekian lama tidak mentelaah drama korea, kini perlahan-lahan cx juga tonton waima tidak berterusan.  Banyak juga cx skip episod.  Bila ada masa yang baik untuk layan, cx layanlah.  Jika tidak, memang tak tengok juga.  Almaklum mak anak tiga orang yang semua kecil-kecil lagi.  Waktu terakhir betul-betul layan drama korea masa zaman diploma.  Tahun 2007-2010 jika tak silap.  Sekarang dah tahun 2020 oii! Dia umpama dulu berat kau 41kg dan sekarang 52kg.  Hahaha! tak ada kena mengena. Drama Korea Liver Or Die ini mempunyai 32 episod.  Telah disiarkan pada tahun lepas 2019 bulan Januari di saluran kbs. 


Drama Korea 2020
Sinopsis Drama Korea: Liver Or Die


Sinopsis Drama Korea: Liver Or Die

Drama korea "Liver Or Die" ini merupakan kisah kekeluargaan lima beradik yang dibela oleh seorang abang sulung.   Abang sulung mereka bernama Lee Poog Sang telah mengambil alih tugas ibu bapa mereka untuk menjaga kebajikan adik-adiknya yang dilakonkan oleh Yoo Joon Sang.  Ibu bapa mereka telah berpisah lama.  Atas sifat kasihkan dan pentingkan ikatan kekeluargaan, Poong Sang sangat menitikberatkan tentang adik-beradiknya.  Poong Sang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih bersekolah.  Namun keluarganya juga terabai gara-gara Poong Sang yang terlalu kisahkan adik-beradiknya. 

Adik nombor dua Poong Sang adalah Jin Sang lakonan Oh Ji Ho.  Adik nombor tiga adalah Jung Sang lakonan Jeon Hye Bin.  Adik nombor empat adalah Hwa Sang dan dilakonkan oleh Lee Shi Young.  Adik paling bongsu adalah We Sang hasil lakonan Cha Seo Won,  

Poong Sang kini berusia pertengahan, tetapi dia tidak pernah menjalani hidupnya sendiri. Dia masih sibuk menguruskan hal ehwal adik-adiknya.  Jin Sang membuat masalah ketika dia menunggu peluang untuk mengubah hidupnya.  Jung Sang adalah seorang doktor. Dia pintar, logik dan berkepala dingin. Adik Poong Sang yang keempat, Hwa Sang mempunyai kompleks rendah diri kerana kakaknya Jung Sang. Dia juga pengacau seperti kakaknya Jin Sang. Adik bongsu We Sang bermimpi menjadi pemain besbol profesional, tetapi dia gagal mencapai impiannya.

Liver or die drama korea
Liver Or Die Drama Korea


Liver Or Die atau What's Wrong Poong Sang

Drama Korea Liver or Die ini nama lainnya adalah What's Wrong Poong Sang.  Mempunyai 32 episod.  Ditayangkan setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 12.00 tengah hari.  Sekarang hanya di saluran awesome tv.  Liver Or Die disiarkan selama satu jam sahaja. 

Liver or die ini boleh tahan drama dia tau.  Mana tidaknya, nilai murni untuk menjaga dan kasihkan adik-beradik adalah perkara yang baik.  Namun pada cx, tidak bolehlah sampai mengabaikan anak dan isteri.  Kita kena tahulah cara dan bagaimana untuk tangani masalah yang ada.  Bukan sampai keluarga sendiri terabai.  Poong Sang ini dah macam tak ada kehidupan langsung bila sikit-sikit adik beradik dia buat masalah.  Sampaikan anak dia pon bosan dan fed-up dengan Poong Sang. Adik-adik dia semua bukan budak kecil lagi.  Semua dah besar panjang.  Poong Sang macam rasa adik-beradik dia semua masih kecil dan dia risau benda tak elok.  Tapi sebenarnya bila belakang Poong Sang, adik beradik dia semua buat masalah. 

Mungkin Poong Sang ada prinsip tersendiri dan dia terlalu sayangkan adik-beradik dia.  Dia taknak adik beradik dia jauh terpesong.  Walau apapun yang terjadi, dia nak kekalkan jalinan darah daging sebagai adik beradik seibu dan sebapa.  Jahat dan teruk mana pon adik beradik dia, Poong Sang tetap tolong dan gapai semula tangan mereka. 

Apakah Kesudahan Liver Or Die Nanti?


Korang rasa, apa kesudahan drama korea Liver Or Die nanti?  Sampai bila Poong Sang nak kisahkan adik-beradik dia sehinggakan kehidupannya sendiri musnah?  Sampai bila adik-beradik dia nak buat masalah? Dapatkah mereka semua berbaik dan hidup harmoni seperti keluarga lain yang ketiadaan ibu bapa?  Korang tengok sendiri nanti okay. Cx pon tak sabar nak tahu kesudahan drama korea Liver Or Die ini. 



Sayangi Adik Beradik
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

2 Comments

Nadia Johari said…
Wah macam best je cerita dia.. Kisah abag sulung jaga adik2.. Ending mesti happy.. Ehhehe.. Nak tengokkla
Tiara Sapphire said…
menarik juga kisah bertemakan keluarga ni :)