Cara Setting Nak Padam Facebook Sendiri Selepas Meninggal Dunia

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Cara Setting Nak Padam Facebook Sendiri Selepas Meninggal Dunia

Kita hidup di dunia dan bumi Allah ini hanyalah sementara sahaja.  Sejauh mana kejayaan, kelayakan, kesedihan, keduniawian dan segala keadaan, sudah pasti akan kita tinggalkan.  Cx sebagai manusia biasa sudah pastinya macam orang lain juga.  Ada buat perancangan untuk diri sendiri dan kalau boleh dapat kurangkan beban kepada mereka.  Beban apa yang cx maksudkan? Pada cx, bila cx dah meninggal nanti, cx taknak orang lain terbeban untuk tolong tutup segala aib dan perkongsian yang telah cx buat semasa hayat hidup.  

Jadi tadi cx godeh-godeh akaun lagi satu yang cx ada,  tengok setting sebab nak tutup sementara.  Tiba-tiba cx nampak ada setting baru.  Maaflah jika cx seorang sahaja tak perasan yang setting ini dah lama ada di akaun facebook. 

Cara Setting untuk Padam Akaun Facebook

  • Log In Facebook dan Pilih Setting

Macam biasa, "Log In" dulu akaun facebook yang korang ada.  Macam cx, ada dua akaun, satu personal dan satu lagi untuk tujuan kerja sosial.  Selepas log in akaun facebook , korang boleh terus ke step kedua iaitu pilih "Setting & Privacy"

Cara Padam Tutup Facebook
Cara Nak Setting Padam Facebook Sendiri Selepas Meninggal Dunia

  • Setting & Privacy kepada Settings

Bila korang dah tekan Setting & Privacy, dia akan terus keluar box untuk korang pilih lagi.  Korang pilih sahaja "Settings" okay.  Nanti dia akan terus keluar "General Account Setting"


Cara Padam Tutup Facebook
Klik Setting.  Cara Nak Padam Facebook Selepas Meninggal

  • Memorialization Settings

Di bahagian General Account Setting, korang akan nampak nama, username contact semua.  Bila korang baca, mesti perasan ada "Memorialization Settings".  Dekat Memorialization Settings, dia tulis "Decide What Happens To Your Account After You Pass Away".  Korang Rujuk dekat gambar yang dah cx sediakan di bawah supaya lebih jelas.

Cara Tutup Facebook
Cara Padam Facebook

  • Decide What Happens To Your Account After You Pass Away

Okay, dekat bahagian ini, korang ada dan diberi dua pilihan untuk buat.  Cx boleh pilih antara "Your Legacy Contact" atau "Request That Your Account Will Be Deleted After You Pass Away".  Biar cx terangkan sedikit apa beza dua tindakan ini.  

  • Your Legacy Contact

"Your Legacy Contact" ini , kalau korang pilih, kita boleh tentukan siapa atau seseorang yang dipercayai untuk ambil alih akaun facebook kita selepas meninggal dunia. Kalau kita pilih Ejen Ali contohnya ya.  Bila kita letak sahaja nama Ejen Ali dekat Your Legacy Contact, nanti facebook akan bagi notifikasi kepada Ali berkenaan hal ini.  

Kemudian, korang kena tahu, jika Ali dah ambil alih akaun selepas kita meninggal dunia, Ali boleh buat apa dengan akaun kita.  Korang kena tahu juga apa yang Ali tidak boleh buat atau akses akaun facebook kita.  Antara perkara yang Ali boleh buat dengan akaun facebook kita adalah seperti di bawah ya.  
    1. Ali boleh buat tribute pasal kita.  Maknanya Ali mampu tentukanlah siapa yang boleh hantar dan tengok post tribute dekat profil kita.  Ali juga boleh buang atau padam apa yang dah kita post sebelum ini.  Tag nama kita pon , Ali boleh akses untuk padamkan ikut suka hati dia.  Tapi, waima Ali boleh uruskan apa yang kita dah post setelah meninggal dunia.  
    2. Ali boleh respon dengan kenalan kita 
    3. Kemaskini gambar profil dan foto muka depan facebook kita
    4. Ali juga boleh request dengan Mark untuk paam atau tuutp akaun facebook yang diaksesnya.
    Tapi, ada tiga perkara yang Ali tak boleh buat iaitu: log in akaun, baca mesej, buang senarai kenalan yang ada dan tak boleh hantar permintaan untuk dapat kawan baru.  Kita hanya boleh pilih cara ini hanya jika berusia 18 tahun dan ke atas sahaja.   Kalau korang nak baca lebih lanjut untuk fahamkan, boleh rujuk SINI ya. 


    Cara padam Tutup Facebook
    Setting Tutup Akaun Facebook

    • Request That Your Account Will Be Deleted After You Pass Away

    Di bahagian Request That Your Account Will Be Deleted After You Pass Away ini sangat mudah dan simple sahaja.  Cx hanya perlu tekan request tersebut dan ianya akan keluar kotak pengesahan.  Hanya tekan untuk sahkan.  Dah siap!  Tapi, kalau korang tiba-tiba tukar fikiran, boleh sahaja setting semula kepada keep your account.

    Cara Tutup Padam Facebook
    Cara Padam Facebook Selepas Meninggal

    Setting Sekarang Sementara Hidup

    Okay ini sahaja cara nak setting padam facebook sendiri selepas meninggal dunia.  Jadi, bila kita dah tak ada nanti, akaun kita akan terpadam dengan sendirinya apabila ada orang update status tentang kematian kita.  Facebook akan detect dengan sendirinya nanti.  Senanglah kerja kita.  Tidaklah risau kalau ada perkara yang boleh mengaibkan diri  kita di masa akan datang kelak. InShaaAllah mudah-mudahan Allah pelihara. Amin

    Cara Padam FAcebook
    Cara Nak Tutup dan Padam Facebook Selepas Meninggal




    Jom Kita Ubah
    Lahirkan Keikhlasan Dihatimu

    Post a Comment

    17 Comments

    Cik Puan Ena said…
    Wahh ilmu bermanfaat ni. Tq sharing
    dah pesan kat asben, klu ku xde, dlete lah.. hhuuhu. mmg set nama dia..
    Julia Mahir said…
    Good sharing. Memang elok sgt setting mcm ni so x la FB kita terbiar je lepas kita takde
    Ruby said…
    Dulu, masa awal-awal. Saya ada dapat notifikasi berkenaan setting ni dr fb. Terus buat sesiap. Tetiba rasa ajal nak dekat. Hahaha
    yaya_flanella said…
    Perkongsian yang sangat baik. Boleh dah la terus setting kat FB sendiri hee
    Kitkat Nelfei said…
    Thanks for sharing this information..penting juga sebenarnya untuk tentukan apa yang berlaku dengan socmed kita especially dah takde nanti... Nak set juga la..
    memang bagus La share cara-cara macam ni. leya pun nak setting jugak La.
    Permatabiru said…
    thanks info baru tahu ada setting mcm ni
    Wah tq for sharing this.. esp if kita dah xde dunia lagi.. rsnya perlu buang ttg sosial media
    mazharalti said…
    Allahu Akbar... terkedu terus masa baca the entire entry... betul la, kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapinya... kematian itu pasti... ajal itu sedang menanti... thus, kita kena persiapkan diri juga segala apa yang berkaitan dengan apa yang kita lakukan perlulah selaras dengan persediaan itu... great sharing CX...
    Sunshine Kelly said…
    Thanks for sharing, baru jer tau ada cara ni. Tapi kita tak berani nak bayang kan la.
    Nadia Johari said…
    Baru tau pasal ni.. Terima aksih share.. Dh boleh setting dekt facebook sendiri..
    marsha said…
    Ini sangat penting. Tq cx sharing..bab ni memang penting
    Mrs Pip said…
    thanks CX share info bermanfaat ni.
    Insya Allah nnt nak setting juga.
    Princesa3290 said…
    wow. xpernah terfikir pulak... good sharing!!! mudah-mudahan dapat manfaat
    Ai said…
    Thank you for sharing. Pernah tau tapi dah lupa dah.