Hadiah Hari Jadi untuk Si Kakak: Set Memasak Mainan Murah di Shopee

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Hadiah Hari Jadi untuk Si Kakak: Set Memasak Mainan Murah di Shopee

Semalam 22hb Jun 2020 merupakan hari jadi anak dara CX yang ketiga tahun.  Jadi, sebelum tiba hari jadinya, CX terlebih dahulu dah usha hadiah yang nak diberikan.  Semenjak dari tahun lepas lagi, CX dah berjanji nak belikan dia set memasak yang besar sebagai hadiah.  Makanya CX memang kerap keluar masuk apps Shopee tau untuk tengok hadiah hari jadi untuk anak perempuan yang sesuai dengan usia anak CX.  Boleh dikatakan hampir setiap hari memang akan buka masuk shopee. haha. CX fikir, dah alang-alang nak belikan yang besar, eloklah yang berbaloi.  Hadiah hari jadi untuk anak perempuan ini agak rumit juga nak pilih waima kita tahu dia suka apa.  Kita sebagai ibu bapa mesti nak yang terbaik buat mereka.  Betul tak? Boleh tahan jugalah semua yang CX usha tu harga dia berbeza-beza.  CX kalau boleh taknak beli yang dari luar negara sebab lambat dan takut lambat sampai pada waktunya.  Jadi CX pilih yang penjual dari dalam Malaysia sahaja.  Tapi macam biasalah, harga sedikit tinggi tapi itulah, keadaan memaksa untuk CX pilih dan buat keputusan sebegini. Kang order dari luar, tak sampai pula.

Hadiah Hari Jadi untuk Si Kakak: Set Memasak Mainan Murah di Shopee


Set Mainan Mencecah RM500 Ringgit!

Al-kisahnya si kakak nak hadiah set memasak mainan ini bila dia ada main dekat rumah kampung maklongnya.  Anak buah maklong kakak ada set memasak mainan ini.  Jadi, daripada situ CX dapat idea untuk belikan sebagai hadiah hari jadi kakak tahun hadapan iaitu bulan inilah.  Korang nak tahu tak, sewaktu CX usha harga itu, bukan main boleh tahan lagi.  Ini CX rujuk kepada penjual shopee di Malaysia tau.  Ada set memasak mainan yang sama dijual sehingga mencecah RM500.00 . Fuh! Hebat harga dia. Ada yang murah tapi review pembeli pula tak menyeronokkan.  Kebanyakkan penjual tak bungkus elok-elok dan barang pecah.  Ada pula penjual taknak ambil tindakan apabila minta tukar.  Jadi, bila dah usha banyak sangat shop yang ada di Shopee, akhirnya CX buat keputusan untuk beli set memasak mainan murah di kedai shopee berikut. Dia yang paling okay review, barang okay ada stock dan waktu itu, memang last stock yang ada untuk hadiah hari jadi anak perempuan CX si kakak.  Agaknya memang Allah dah kata, stok terakhir ini untuk si kakak gamaknya. 

Set Memasak Mainan Murah di Shopee

Ada banyak jenis dan saiz rupanya. Jadi, mak dia pilihkan yang paling besar. Biar puas hati. Dah besar nanti kena rajin masak okay. Jangan berangan tak sudah tapi masak satu apa pon tak reti. Mak sesah pakai sudip kayu kang ! Bila bagi hadiah dekat anak, anak jadi suka. Kita pon dapat pahala membahagiakan anak. InShaaAllah. Makanya CX jumpa satu shop di shopee dan hanya beli sini sahaja⤵️ Set Memasak Mainan Murah

Set Memasak Mainan Murah
Set Memasak Mainan Murah 

CX pilih yang macam dalam gambar atas ini.  Nama dia 72cm Luxury Table.  CX mulanya nak beli yang 98cm tapi stok habis pula.  Jadinya CX sambar sahajalah yang ini memandangkan ianya stok terakhir.  Alhamdulillah penghantaran sangat cepat dan rezeki si kakak, elok tibanya tidak ada pecah atau sebarang kerosakan.  Ini saiz 72cm sahaja.  Sesuailah untuk si kakak.  Tinggi paras leher dia.  Masa bagi Set Memasak Mainan ini sebagai hadiah hari jadi si kakak, bukan main suka lagi.  Melompat-lompat bila abah dia tolong bukakan kotak. Seronok CX tengok bila anak teruja. Ianya satu kepuasan bila dapat buat anak suka.  Penat lelah kumpul bajet untuk beli hadiah si kakak, memang membuahkan kepuasan di hati. Alhamdulillah.  Seronok betul si kakak. Korang kalau nak beli, pergilah klik link yang CX dah kongsikan dekat atas.  Dia ada banyak pilihan tau.  Pilihlah ikut yang korang berkenan.  Dia ada tiga warna iaitu biru, merah dan merah jambu.  

Si kakak suka warna mereah jambu.  Jadinya memang mak dia senanglah pilih.  Suka benar si kakak.  Dah jadi satu hal bila setiap masa dia masakkan mak dia makanan dan suruh makan. Siap suap. Aduhai anak.  Ada satu hari itu dia bangun tidur, main masak-masak sorang-sorang, lepas tu dia jerit; "Abang, bangun! Kakak dah masak ni. Bangun sahur!" CX yang tengah hadap kerja terus rasa kelakar lari fokus. Alahai anak.  Sungguhlah sel-sel otak sedang berhubung. 

Hadiah Hari Jadi si Kakak yang ke-3 Tahun. 22hb Jun 2020.

Alhamdulillah niat untuk bagi si kakak hadiah hasil titik peluh sendiri sebagai blogger menjadi kenyataan dan dapat direalisasikan.  Tahun ini sangat bermakna sebab CX dapat belikan hadiah untuk yang tersayang termasuk suami.  Sungguh rasa bahagia itu lain macam pergi dia bila kita dapat hadiahkan sesuatu yang orang penting kita suka.  Syukur sangat.  Korang doakan tau supaya rezeki CX mencurah-curah hendaknya.  Semoga doa yang sama berbalik untuk korang juga. Amin 

Bahagiamu Bahagiaku Jua
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu

Post a Comment

4 Comments

Huda Halid said…
Alhamdulillah. Huda doakan cx sentiasa murah rezeki dalam blogging. faham sangat perasan tu, senyuman anak-anak tu sangat berharga dan sangat manis
Cik TK said…
meriah la dengar anak main masak-masak... Cik TK doakan semoga murah rezeki CX sentiasa.
Yaya Azura said…
Seronok kakak main masak-masak. Happy birthday kakak.
Nadia Johari said…
Fariza pun ada set memasak ni.. Tapi takde banyak mavam ni.. Beli simple je