بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Kali ini cx nak kongsikan resepi Pengat Labu Anak Makcik Kiah. Eh! Cx memang anak Makcik Kiah ya. Nama mak Cx adalah Rukiah. Jadinya, aci kan? Hihi Cx ni peminat tegar kalau melibatkan pengat² segala ni. Memang suka nau-nau bak kata orang Melaka. Kalau buat pengat apa² pon cx akan makan banyak. Bubur² adik beradik bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, itupon kegemaran cx. Ya Allah sedap sungguh! Tengah mengarang entry ini pon dah terliur padahal baru semalam habiskan semangkuk pengat labu. Sedapnya Ya Allah! Cx bukan puji diri sendiri tapi nak bagitahu makanan itu adalah kesukaan cx. Dah lama sebenarnya nak buat pengat labu ni tapi asyik bertangguh sebab orang dalam rumah ini tak pandai makan. Sedih tak ada geng. Jdi, cx buat sikit sahaja. Kalau bukan waktu PKP ini, dah lama buat banyak masak dekat rumah mak sebab ada geng nak makan. Tapi apakan daya. #DudukRumah okay. #KitaJagaKita. Okay jom cx kongsikan resepinya;


Bahan-bahan

Labu ¼biji

Gula Melaka 1buku kecil

Gula Pasir 1sudu besar

Santan 1kotak

Daun Pandan *Cx guna ekstrak je

Air Semangkuk

Biji Sagu *Ikut Suka

Garam secubit dua


Cara-cara
1. Pertama sekali, cx rebus labu terlebih dahulu supaya ianya lembut. Hanya masukkan air dan labu serta daun pandan ke dalam periuk dan biarkan sehingga labu setengah lembut.
2. Masukkan gula melaka satu buku kecil. Kalau suka manis, tambah lagi. Cx tambah gula pasir 1sudu besar.
3. Bila labu dah lembut (Guna garfu cucuk labu), cx masukkan sagu mata ikan dan santan.
4. Biarkan sagu mata ikan masak dan santan mendidih dengan menggunakan api kecil.
5. Pastikan kacau sehingga masak ikut kepekatan yang dikehendaki. Kemudian, masukkan garam dan siap!

Bahan-Baha

Cx suka makan panas-panas. Memang terangkat! Boleh layan sorang-sorang dok makan semangkuk. Fuh! Padu! Cx simpan semangkuk lagi dalam peti ais. Esok tu cx makan lagi sensorang sampai habis. Puas hati sungguh dapat makan! Alhamdulillah. Memang waktu PKP ini waktu paling bermanfaat untuk buat semua benda. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat kita semua daripada covid-19 ini. Amin

#StayAtHome #ILovePM8
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu