Review Drama Kemerdekaan: Back To You di 8TV

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 buat semua pembaca blog cx! Kali ni nak cerita review drama.  Haritu sebelum merdeka, acapkali iklan drama ini berkeliaran di TV.  Ingatkan cerita orang putih tapi iklan dia Cina. Jadi dalam kepala dok cakap, oh! Boleh tahan sebab cx pon memang suka layan cerita Cina tak kira drama kita atau luar negara. Tapi tiba-tiba ada campur Melayu. Eh! Makin menarik pula cerita ini. Tapi cx tak perasan pon bila tarikh dan masa drama ni. Tup-tup semalam terbuka 8tv, eh! Cerita ini lah! Teruslah layan. Apalagikan? Hehe


Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-62,  8TV membawakan sebuah telefilem istimewa yang menggabungkan pelakon drama Cina dan Melayu iaitu Ernest Chong, Remon Lim, Jasmine Suraya Chin, Azizah Mahzan, Charlie Numan Salleh, Yuna Rahim dalam Back To You pada 31 Ogos (Sabtu),  jam 8.30 malam menerusi slot Primori8.



Drama Back To You ini merupakan arahan Simon Long dan Moo Siew Keh. Misi mereka adalah mahu menonjolkan kelainan dalam keharmonian bermasyarakat di Malaysia walaupun berbeza budaya dan agama. Memang bestlah cerita ni. Cx tekun sungguh tengok. Serius menarik! Satu kelainan yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia!

Zhi Cheng, Mak Kandung, Sofia, dan Mak Angkat

Kembar Terpisah.
Dari kiri; Zhi Cheng, Mak Kandung, Sofia

SInopsis Ringkas; Back To You
Drama ini berkisarkan tentang sebuah keluarga Cina yang susah dalam kehidupan mereka demi membesarkan anak-anak yang ramai. Lebih perit apabila anak yang kelima merupakan kembar. Mereka tidak mampu untuk menyara anak mereka.  Jadi, bapa mereka berikan salah seorang anak kembar kepada saudara mereka sendiri untuk dibela.  Namun, menjadi lebih sedih apabila keluarga saudara yang menjaga anak mereka itu ada masalah ekonomi dan ditinggalkan suami. Jadi , anak itu dihantar ke rumah anak-anak yatim Melayu. Bermulalah episod perbedaan agama, budaya dan bangsa apabila anak itu besar kelak.

Bila anak dah dewasa berusia 28 tahun, mulalah episod pencarian.  Cerita ini waima genre sedih tapi banyak juga diselitkan lawak jenaka. Cx tengok memang asyik gelak sahaja. Comel sangat.  Lagi² part belajar bahasa melayu. Memang kelakar.  Mak kandung Cina Sofia (Anak Cina yang dibela keluarga angkat Melayu dan diislamkan sejak kecil) berusia 60tahun yang tidak pandai bertutur dalam bahasa melayu mula mencari Sofia dan sanggup mengenepikan perasaan sendiri, perbezaan agama, bangsa dan agama demi mendekati anaknya itu. Berlaku banyak konflik luar dan dalam sehinggakan kedua² mak Sofia mengalah demi kebaikan dan kasih sayang terhadap Sofia.

Babak pencarian keluarga kandung  buat kali pertama buat Sofia ketika berusia 18tahun

Sofia bersama kembarnya; Zhi Cheng
Drama ini juga ingin mengajak kita semua untuk saling memahami perbezaan dan menghormati setiap bangsa dalam kalangan masyarakat kita. Memang cx bangga dan tabik dengan Simon Long dan Moo Siew Keh yang menghasilkan karya hebat sebegini. Drama sedemikianlah yang terbaik dan perlu diperbanyakkan bagi mengembalikan keharmonian sepertj dahulu kala. Cx pula rasa terharu dengan keharmonian hati yang ditunjukkan dalam drama ini. Terbaik!

Sofia; seorang anak dan kakak yang baik, lemah lembut, sopan santun. Takut gelap dan tempat tinggi tetapi berjiwa besar dalam kerjaya dan kehidupannya.

Selamat Hari Kemerdekaan

Lahirkanlah Keikhladan Dihatimu

Post a Comment

17 Comments

Zandra Zane said…
Kita baca sinopsis dah sebakkk!

Confirm kalau tengok lagi menangis. Kita can't cerita2 family ni sbb cepat tersentuh. And kes ni pun mmg banyak happen.

Dulu belajar kat uni pasal kes mak islam anak islam dari family cina bagai sampai kebumi berebut nak ambik family tu balik. Alahai sedihnya.

But terharu gilos bila mak dia sanggup belajar cakap melayu for her daughter and sanggup terima je seadanya. Sedih!
Yaya Azura said…
Yaya ada terpandang juga iklan cerita ni..best jalan ceritanya ye cx. Sayangnya terlepas tayangan.
mek yunie said…
satu movie yang bagus ni sempena dengan kemerdekaan. macam kena set je tv8 ni. hahah. dah lupa channel dia berapa. lama sangat tak buka tv8.
Mahamahu said…
Kita tak tonton lagi drama ni kata bagu memang melambangkan negara Malaysia yang berbilang kaum dan juga bangsa. Kita kena selalu terap macam tu agak rakyat rasa bersatu dan tidak berbalah moga kita kekal merdeka selamanya...
Aerill Hassan said…
Nampak menarik cerita ni. Tapi lama jugak saya tak tengok televisyen. Tv dekat rumah tu mcm hiasan je sbb ada telefon, tgok mvoie semua dalam. Netflix je. Haha. Drama2 mcm ni jarang ditayang di tv.
Marina Bashah said…
Tak tengok pon drama ni. Macam best je. Kat mana boleh tengok lagi ye citer ni?
mrsliez said…
Tak berkesempatan nak tgk lagi drama ni. Ada jugak tgk pelakon dok promote. Sedih pulak baca review ni.. klau tgk mau berlinangan air mata..
miedaJaz said…
tak sempat tengok ....jalan cerita dia best..confirm ada sedih2 nie kisah mak dan anak nie...ala bila lagi nak tayang nie..nak tengoklah...tulah pasal jarang bukak TV8
Decamellia said…
Setahun sekali dapat layan cerita tema kemerdekaan ni. Tapi sayangnya Nur terlepas. Tak semoat nak tengok. Moga dgn adanya cerita2 bertemakan kemerdekaan mcm ni buka mata kita utk bersih dari isu perkauman. Thanks sharing cx :)
Māmy Syu said…
Nice review and writing cx.
Penceritaan yang baik. Cumanya tv kat rumah ni dah lama meninggal huhuhu
ummizarra said…
Wahhh nampak best cerita ni. Kalau tau boleh record sesiap sbb sy jenis jarang tengok tv.
HeyAgain! said…
Film yang sangat bagus ini. Suka susah tapi nyarinya, soalnya sudah jarang tampil juga di tv, kebanyakan sekarang di youtube sama berbayar aja sih..
Wawa Ashihara said…
Wahhh sempena merdeka ni ada kelainan... Kita pun kdg2 suka layan cerita cina... Kadang2 cite lama pun tengok juga. Hehehe.. Ok nnti nk crilah tajuk cite ni...
Nadia Johari said…
Ala nak tengokla.. Ade tak dekat mana2..macam best je.. Nak tau kesudhan dia.. Bercinta ke denga kembar dia.. Huhuhu.. Seronok cerita macm ni..
Jarang tgk TV8 apalagi tgk drama tp sekali sekala apa salahnya tgk drama ni
Cik Puan Ena said…
Laa yeke tak tahu plak sbb 8tv susah ada drama melayu tak macam dulu. Huhu. Padehal dulu banyak cerita best.
Cik Min said…
Alaaa tak tengok lak sbb lately jarang nau tgk tv. Cte2 camni mmg bagus sebenarnya utk pengajaran