Assalammualaikum Abah . . . Salam Ramadhan 1440H

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari ini merupakan petang terakhir sebelum kita menyambut bulan Ramadhan maghrib nanti. Alhamdulillah syukur atas nikmat dan keizinan yang diberikan Allah kepada kami semua. Masih berkesempatan bertemu bulan mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini, kita semakin mendekatkan diri kepada Allah dan dikurniakan pahala berlipat kali ganda serta disucikan hati daripada perkara-perkara tidak elok dunia akhirat. InShaaAllah amin.

Arwah Abah cx (Haji Husin bin Ali)

Luqman selepas membaca Al-Fatihah

Tahun ini, pertama kali cx bawa anak-anak ke kubur arwah atuk dan arwah tokyang mereka.  Jika diikutkan kiraan, sudah hampir tujuh (baca:7) tahun arwah abah meninggalkan kami semua. Namun rasa sebak dalam hati ini, masih terbungkam dan kerinduan kami, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.  Tatkala menjejak kaki ke tanah perkuburan, terasa sayu dan sunyi dalam hati tatkala mata tertancap ke arah kubur milik arwah abah kesayangan. Allah!

Kami pergi adik beradik, mak, nenek dan ipar duai serta anak².  Seiring dengan jejak dan doa yang dikirimkan, cx juga mengambil kesempatan mengajar anak-anak untuk memberi salam kepada ahli kubur, membersihkan kubur dan membaca surah Al-Fatihah sebagai sedekah. Alhamdulillah, Imam kecil kami Luqman Al-Hakim mampu dan berjaya melaksanakan apa yang kami terapkan. Sengaja cx biarkan Luqman membaca surah Al-Fatihah sendiri dengan nada suara yang lantang.  Biar dah besar nanti , mampu menjadi imam yang memimpin makmum-makmumnya. InShaaAllah.

Arwah Pakcik cx (Kamarudin bin Muhamad)

Arwah Atok cx (Hj Madsah bin Chaman)

Perkara serupa juga cx ajarkan Luqman untuk berbuat perkara sama ketika menziarahi tanah perkuburan arwah tokyangnya dan tokkamal, datuk sedaranya.  Biarlah perkara ini tersemat rapi dalam minda anak-anak agar tidak lupa akan sanak-saudara yang telah kembali menemui pencipta. InShaaAllah.

 Ya Allah Ya Latif Ya Karim . Aku memohon dikurniakan keampunan buat arwah abah Hj Husin bin Ali, arwah Pakwe (tokyang anak) Hj Madsah bin Chaman, dan arwah Pakcik Kamal. Semoga Engkau kurangkanlah siksan kubur buat mereka, lapangkanlah kubur mereka, jangan disempitkan, terangilah kubur mereka, jangan Engkau gelapkannya, terimalah segala amal ibadah dan taubat mereka, kurangkanlah siksan api neraka dan tempatkanlah mereka di kalangan orang² yang beriman dan ahli syurgaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Semoga Allah Perkenan
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

1 Comments