Ramadhan Food Review Temasek Hotel Melaka: The Lowest Rate In The Town

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Minggu lepas 09 Mac 2019 bersamaan Sabtu pada jam 18:00 petang, cx berkesempatan untuk menghadiri Ramadhan Food Review di Temasek Hotel Melaka bersama rakan blogger yang lain.  Cx nak ucapkan ribuan terima kasih atas jemputan. Ini kali pertama cx hadiri Ramadhan Food Review sebagai blogger. Hahah Alhamdulillah rezeki. Syukur. Okay jom cx cerita serba sedikit mengenai Temasek Hotel ini.

Pandangan Luar Temasek Hotel Melaka

Temasek Hotel Reception Counter

Temasek Hotel terletak di Jalan D'Albuquerque, Portugese Settlement, Ujong Pasir Melaka. Kalau dari rumah cx, lebih kurang 15 minit sahaja untuk tiba kalau jalan tak  sesak.  Hotelnya strategik di jalan tengah bandar Melaka. Senang nak jumpa. Okay, cx datang sini pertama kali juga waima orang Melaka. Hihi. Hotel dia cantik, besar dan menarik. Okaylah, jom cx cerita pasal Buffet Ramadhan di Temasek Hotel Melaka ini.  Kawasan berbuka puasa di Temasek Hotel ini juga sangat natural kerana ianya bersebelahan kolam air yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan hijau dan bunga-bungaan.  Terasa tenang dan santai sahaja ketika berbuka puasa. Surau juga disediakan untuk pelanggan dan boleh berjemaah solat teraweh di sana. Bagus sangat kan? Tidaklah pelanggan terlepas waktu untuk solat maghrib dan teraweh berjemaah. Alhamdulillah. Agama diutamakan.

Kolam Air disertai pancuran air yang memberi ketenangan bagaikan melayan alam semula jadi.

Harga Bufet Ramadhan 2019

Dewasa (12-59 Tahun) 
= RM29.90

Kanak-kanak (5-11 Tahun) 
dan Warga Emas 
= RM24.60

Waktu:
= 6:00 petang - 9:30 malam

Menu setiap hari adalah bertukar-tukar. Tidak terhad kepada menu yang sama supaya tetamu menjadi seronok dan teruja untuk datang lagi dan lagi supaya dapat rasa menu yang berlainan serta pelbagai.  Kotak parking yang disediakan juga adalah percuma dan ianya menjadi satu kelebihan supaya tiada caj tambahan yang perlu tetamu keluarkan. Tempahan hendaklah dibuat sebelum jam 3:00 petang bagi memudahkan urusan pelanggan dan pihak hotel.

Apa yang korang kena tahu adalah harga yang diperkenalkan untuk buffet ramadhan 2019 ini adalah yang paling murah dan berbaloi di bandar Melaka ini tau! Ini serius! Harga sangat best . Tak payah risau nak bawa keluarga adik beradik dan sanak saudara. Cx gerenti korang akan mampu dan berpuas hati dengan hasilnya sebab makanan dia Ya Allah! Sedap sangat! Sungguh! Korang boleh tengok harga seperti yang cx sertakan di atas. Murah! Dengan harga sedemikian, korang boleh makan macam-macam jenis lauk pauk. Dessert, air, ulam-ulaman, dan banyak lagi. Paling best ada daging puyuh dan kambing golek. Wallah! Jom maraton gambar buffet!

Bersama Chef Rusli Shuib bertopi putih yang friendly dan pemalu orangnya. Hihi

Makluman semua, masakan makanan semua adalah halal dan dikendalikan oleh Chef terkemuka yang telah mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang kulinari ini, sudah tentu hasilnya sedap. Chef yang diberi nama Chef Rusli Shuib. InShaaAllah kualiti terjamin, dan itulah yang dijanjikan oleh pihak Temasek Hotel. Okay jom cx bawa korang semua tengok sikit bidangan yang disediakan. 🎶~Rasalah ketupat ini, dengan rendangnya sekali, sudilah rasa kuihku, pilihlah yang mana satu. Hai di hari begini kita menjamu selera ~🎶


Menu paling cx suka. Nasi Ulam! Nasi ulam dia memang sedap. Serius! Tak tahu mana pergi gambar nasi ulam dalam telefon ni 😅 Nasib baik ada gambar nasi ulam dengan chef waima juauh. Maaf ya. Tapi memang sedap!

Asam Rebus Batang Keladi ni lauk yang dilawankan dengan nasi ulam. Cx paling suka! Sedap! Pedas, masam, manis, cukup rasalah! Padu! Berpeluh makan sebab sedap sangat! 

Nasi Ayam Briyani adalah menu nasi kedua pada bufet preview ini.

Lawan dengan ini.  Maaf cx lupa nama dia masa pengacara sebut. Ampun.

Sambal Tumis Kerang Petai

Masak Lemak Tetel dan Rebung

Ikan Kbung Berlada

Gulai Perut Lembu dan Nangka Muda

Sayur Campur Cendawan Hitam

Pelbagai Jenis Ulam-Ulaman bagi pencinta ulam.

Masakan seperti paru berlada dan seangkatan dengannya

Pelbagai jenis penyedap makanan seperti kerabu mangga, sambal belacan, kicap cili api dsb.

Pilihan minuman sejuk
Pilihan minuman panas

Berikut adalah antara menu utama yang disediakan untuk berbuka puasa. Pelbagai juadah lauk pauk disediakan supaya kena dengan tekak pelanggan yang berbilang kaum waima ianya adalah bufet Ramadhan. Sekarang mari cx ceritakan makanan lain di gerai-gerai yang disediakan sekeliling bufet Ramadhan Temasek Hotel. Sungguh dengan harga paling murah yang diberikan, sangatlah berbaloi untuk jadikan Temasek Hotel sebagai Hotel pilihan utama keluarga berbuka puasa nanti. Cx gerenti korang puas hati! Cx bukan cakap kosong sebab cx dah rasa okay! Sambil menjamu selera, dialunkan pula alunan lagu-lagu hari raya, memang layan! Jom cx kongsikan menu lain yang disediakan untuk pelanggan. 

Kambing Golek; Lamb Chop

Ikan Bakar Sumbat

Air Batu Campur Special

Puyuh Goreng

Pisang Goreng Panas
Char Kuey Teow
Menarik tak? Banyak lagi nak tunjuk ni supaya korang semua teruja untuk pergi dan terus buat tempahan sebab cx memang puas hati sangat dengan bufet ramadhan Temasek Hotel dan semestinya korang juga akan rasa yang sama bila dah cuba berbuka di sana nanti. Okay jom cx kongsi pula pasal dessert dan menu tambahan lain yang dihidangkan. InShaaAllah korang juga akan teruja sangat. Dessert yang disediakan juga menarik Bagi yang sejenis berbuka puasa tak makan nasi, dessert ini juga salah satu pilihan yang ada. InShaaAllah sedap. Rasa dia tak manis sangat, tak tawar, just nice sesedap rasa. 

Mee dan Bihun Soto (Eh! Salah masuk kategori ni 😅)

Buahan-buahan pencuci mulut

Kuih Muih Tradisi

Kuih Tradisional: Kuih Talam

Puding; Sedap, tak terlalu manis, just nice rasa dia

Cucur

Okaylah ini adalah hidangan yang disedian buat para pelanggan yang ingin berbuka dan tempah bufet ramadhan di Temasek Hotel. InShaaAllah sangat berbaloi dan sedap. Jom! Kalau nak booking slot, boleh dah tempah sekarang! Jangan lambat-lambat tau sebab setiap minggu nanti ada cabutan bertuah! Jika berminat, boleh terus hubungi maklumat di bawah ya. Selamat menyambut Ramadhan Almunarak! Dan selamat berpuasa! 

Tempahan / pertanyaan lanjut :

🌻06-288 3588  (General line)

🌻017-321 3566 (Front Office)
🌻012-327 3588 (Sales)

🌻012-358 8197 (Sales)

Facebook Page: 


Instagram:


Website:



Salam Ramadhan AlMubarak
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu

Post a Comment

16 Comments

Hunny Kitty said…
Murah giler harga. Last year mmg buat jjbukakpuasa sampai ke melaka. Tahun ni nk try kat temasek pulak la
Ezna said…
Harganya sangat berpatutan. Bulan puasa normally perut ni tak boleh terima banyak2. Just nice ajer. So that boleh la beribadat selepas itu. Harganya compare dengan hotel2 lain memang murah!.
Cik Lily Putih said…
ya ampun, murahnya harga buffet ramadannya. ni boleh pi beramai-ramai ini kan. makanan pun nampak enak-enak belaka
ajumohit said…
amboihh sedapnya semua menu, hampir menitik airliur tengok semua hidangan ni. nak pulak masak lemak cili api, adu du du, eh murahnya harga bufet ni, berbaloilah sebab menunya banyak
Qeela said…
woww serious murah gilaa harga untuk buffet ramadhan kat Temasek Hotel ni kann, mmg mampu milik betul tuu anyone pon mampu pergi dan cuba gituu hehe. Pilihan makanan pon banyak dan pelbagai, semua nampak sedap2 belaka jugak! Kalau nnt ada pergi area Melaka sana di bulan Ramadhan nnt boleh la cuba berbuka buffet kat hotel ni 😁
murah sangat harga buffet ramadan RM30 sekarang ni. Dah la siap ada kambing golek lagi..menu pun boleh tahan banyak. Bulan puasa nanti boleh la ajak family datang iftar kat sini.
Hanny Abdullh said…
Now banyak tempat dah start buat promotion untuk buffet ramadan nanti. Bermakna sis bakal melihat banyaknya makanan yang sedap-sedap..buat iman ku tergugat gitu..:D. Sedap sungguh tengok hidangan kat tempat. Kalau dekat memang akan cuba makan kat sana
Zharif Azis said…
Wow !! Itu sangat murah. Untuk harga sebegitu dan pilihan makanan yg ditawarkan, itu sangat berbaloi. Boleh bawak satu family ke sini nie. Xsangka ada buffet ramadhan semurah ini
Thirteen said…
Gulai perut lembu~ my fav! Melaka mmg best nak pi makan buffet bulan puasa. Murah and sedap, jarang terkecewa. Haha
Mimie said…
Banyak juga menu yang ada .Macam macam aneka pilihan yang ada .Kalau saya jadi rambang mata nak pilih yang mana .Yang best harga yang ditawarkan myrah sangat sangat. Jalau macam ni punya murah memang orang akan terjah kan
Syafiera Yamin said…
I terbaca harga dia dulu
Dewasa (12-59 Tahun)
= RM29.90

Kanak-kanak (5-11 Tahun)
dan Warga Emas
= RM24.60 ~~


seriouslah MURAH GILA ! ada gulai perut lembu tu buat makanan tu nampak ENAK SESANGAT !!! macam tak rugi finally ada juga buffet murah untuk dinikmati tau... orang zaman sekarang dengan ekonomi sekarang memang akan cari yang kenyang dan murah kan heeeeeee
Jia Shin Lee said…
Wow! The rate really low! That's really worth it especially when the variety is not too bad as well, great to drop by for a visit.
Rawlins GLAM said…
Pisang goreng panas sepinggan please! Sedapnya kalau pekena dengan kopi O. Paling penting - harga dia terbaik! Kalau dekat, telah daku terjah dah nie. Nama hotel pun klasik - TEMASEK. I is suka!
wow the food at Temasek Hotel Melaka look nice. best la with the affordable price. now everyone can enjoy their buffet there hehe
ohh kat melaka...nanti kalau pergi melaka time puasa bolehlah singgah dan cuba sendiri makanan kat sini. nampak menarik semuanya
Sunshine Kelly said…
Oh banyak nyer lauk and jamuan for their ramadan buffet sis terliur kejap. I will take note coz if my company ada meeting ot training in Melaka i recommend this hotel ya.