Cara Buat Nasi Impit Sendiri di Rumah Menggunakan Periuk Pressure Cooker

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla! Halaah halaah halaah. Cx ni memang sejenis yang suka makan ketupat daun tapi dah susah nak dapat melainkan hari raya. Nak suruh anyam sendiri? Tak reti. Hahaha! Dulu pernah buat lepastu dah lama sangat tinggalkan, memang memory lost ofcourse. Haha! Makanya, nasi impit menjadi pilihan. Teringat masa mengandungkan Al-Hakim anak pertama cx, memang suka betul makan ketupat. Kalau takde, nasi impit pon boleh. Memang padu bila lawan dengan sambal tumis ikan bilis bawang banyak. Lagi terbaik kita lawan dengan rendang. Pergh! Marvelous! Padu pergi dia. Tapi, nasi impit sekarang pon boleh tahan harga dia. Almaklum kita hidup zaman money is king. No money, no talk. Pergh! Kalau suka makan tapi tak fikir bab duit, boleh kayap juga lama-lama. Lagi² kalau kita tak bekerja. Betul tak? 


Bila ada nasi impit dekat rumah, selain makan dengan sambal atau rendang, cx suka olah juga. Cx suka makan lontong goreng pedas. Anak² cx buat lontong goreng biasa. Suami pula, suka makan lontong. Nampak tak satu keluarga menggemari nasi impit? Muka pon dah macam nasi impit. Haha! Okay tidak! Dulu tak fahu pon pon buat macam mana dan kalau guna periuk nasi biasa, kita kena kerap perhati dan kacau supaya tak hangit ataupun kejadiannya cantik sedang elok sahaja. Sekarang ni semuanya mudah.  Lagi² adanya kewujudan periuk pressure cooker. Paling famous is noxxa ofcourse. Cx bukan pemilik noxxa. Hehe Tapi sekarang dah macam² brand dan harga pon mampu milik InShaaAllah.  Siap ada open kutu lagi. Ramai dah yang buat kutu. Okay jom cx kongsikan cara bagaimana nak buat nasi impit sendiri di rumah menggunakan periuk pressure cooker. 

Lontong Goreng Kosong. Next time cx kongsi resepi okay jika rajin dan ingat. Hahah!

Lontong Goreng Biasa. Tak pedas untuk anak-anak cx. Campakkan sikit sayur untuk mereka.

Bahan yang diperlukan:
Periuk Pressure Cooker
Beras (Sebarang Jenama)
Pot Sukatan Beras
Air
Garam
Daun Pandan
Bekas

Cara Masak:
1. Pertama sekali, sukat beras satu pot sukatan.  Kosek beras sehingga bersih jernih airnya.
2. Masukkan beras yang telah dikosek ke dalam periuk pressure cooker. Kemudian tambahkan tiga (3) pot sukatan air. [Nisbah: Beras 1:3 Air]
3. Kemudian letaklah daun pandan jika suka dan sedikit garam perasa. 
4. Setkan masa kepada 30minit pada periuk pressure cooker. 
5. Apabila dah masak, biarkan sahaja dalam periuk pressure cooker sekitar ½jam supaya ianya sejuk sedikit. Tapi cx tak buat pon, hehe, cx terus keluarkan masuk dalam bekas kecil kecil supaya mudah untuk dipotong nanti. Mampatkan dalam bekas dan biarkan ianya sejuk sendiri.
6. Siap !

Kuah Lodeh atau Masak Lemak Kuning untuk makan dengan Lontong kesukaan suami

Mudah sahaja kan? Kalau tak faham atau macam musykil, silalah tinggalkan komen di bawah ya. Nanti cx jawab. InShaaAllah. Cx buat sikit sahaja. Dapat dalam 1½buku nasi impit saiz besar. Kalau nak buat banyak, boleh sahaja tapi ingat tau, nisbah dia 1;3. Kalau nak buat tiga pot sukatan beras, gandakan air kepada sembilam pot sukatan. Tapi yang sadisnya masa buat tadi, cx lupa nak letak garam. Haha! Tawar meleset!. Ini semua gara² anak taknak berenggang. Dia suruh berdokong. Bila letak bawah, dia meraung. Akhirnya nasi impit mak dia tawar. Bertabahlah bila jadi mak mak ni kan? Huhu Okay, lepas ni dah boleh jimat cermat. Buat sahaja sendiri nasi impit di rumah. Muai! 

Ilmu Haruslah Dikongsi
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

15 Comments

Miera Nadhirah said…
oh wow... sedapnya nampak... nanti nak trylah
Dr Yingzangel said…
I have never tried lontong goreng
Cik Nor said…
sdapnya..thanks sharing
jannah shaklee said…
feveret tu lontong, selalu baut nasi impit letak dlm pastik, best jugak klu ada noxxa ni..semua menjadi
dear anies said…
hantar laa sikit lontong ke sini haha
CXopportunities said…
You must try! Its so yummy
CXopportunities said…
Betul³. Mcm boleh buat. Tinggal nak dengan tidak sahaja.
CXopportunities said…
Nak by posto , email, messangger, insta atau whatsapp? Hihibi
Wow!! Have yet to try this way of making nasi impit at home. Thanks for sharing Cheers, siennylovesdrawing
Keyk Hu said…
Sedapnya. Tak suka mkn ni tp kadang boleh craving dgn benda ni xD
Ainul Aqma said…
CIk CX, kuah lontong is my favouriteeee!! Suka sebab menu ni sayur banyakkk!
Ciktie said…
Sedapnya.. dah lama tak makan.
Mrs Pip said…
hai CX, kak pip dah add resipi CX ni kat entri kak pip ya. tq share resipi.

http://www.mrspip.com/2020/05/aneka-resepi-ketupat-hari-raya.html