SINGAPORE DESTINASI PILIHAN YANG MENYERONOKAN DENGAN TRAVELOKA

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai kesayangan! Cuti sekolah memang menyeronokkan bukan? Lagi lagi anak anak yang seronok sangat nak berjalan. Ibu bapa juga tidak ketinggalan ambil cuti untuk luangkan masa dengan anak anak mereka. Semestinya dah ada destinasi pilihan yang menyeronokkan bukan? Kalau cx, destinasi pilihan adalah nak sangat pergi ke Singapura . Haa negara jiran kita sahaja. Cx selalu tengok kawan² update pasal percutian mereka ke Singapore tau. Jeles.

Singapore City: Credit to Google

Singapore merupakan salah satu negara yang terkenal dengan kebersihan dan selamat dekat dunia ni. Cx nak sangat tengok Singapore ni sebab dahlah bersih, katanya kalau kita meludah pon boleh kena saman. Kalau korang nak tahu, Singapore ni dulu merupakan sebuah kampung nelayan sahaja tapi sekarang dah banyak bangunan yang mencakar langit dibina dan dibangunkan dengan pesatnya. Kalau tak percaya, ajom kita ke Singapore sama². 🤭

Nak ke Singapore bukannya susah pon, boleh pilih nak naik flight ataupon kereta. Nak buat booking flight atau hotel in Singapore pun boleh melalui Traveloka tau. Lagi mudah dan cepat. Walaupun Singapore merupakan sebuah negara yang kecil, tetapi keseronokan yang ditawarkan oleh Kota Singa ini begitu banyak sekali dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Menarik kan?  Di samping lengkap dengan teknologi canggih seperti teknologi Empat Dimensi, teater mekanikal, pameran interaktif dan banyak lagi yang mustahil dilupakan kalau dah dirasai. Nak tahu tak mana lagi tempat est yang korang boleh pergi? Ajomm cx kongsikan.

Orchard Road: Credit to Google

ORCHARD ROAD

Orchard Road merupakan salah satu tempat yang kita boleh pergi sebab dekat sini ianya jadi tempat berjual beli sejak dari tahun 1850 lagi, tapi pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah di samping terletaknya kuil dan makam. Namun setelah lebih dari seabad berlalu , Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong. Jadi, kalau nak makan apa², takyah risau dah sebab ada banyak restoran di sini. Western? Tempatan? Semuanya ada. Nak yang mewah? Simple? Tanya selera. Kalau tak nak keluarkan duit, korang nak berjalan-jalan tengok surrounding area pun boleh, sebab ada banyak pokok-pokok angsana yang menjadi bumbung daripada panahan matahari sepanjang ruangan pejalan kaki di kawasan membeli-belah ini.

Menara Merlion: Credit to Google

MENARA MERLION

Next place kita kena pergi ke Menara Merlion yang berketinggian 37 meter untuk menikmati pemandangan yang pasti mampu meng-WOW-kan. Bukan daripda depan menara ini tapi daripada MULUT MERLION. Kita boleh naik ke kawasan ini dengan naik lif yang disediakan. Dari sini, kita akan disajikan dengan view Pulau Sentosa dalam 360 darjah. Bestnya! Dah puas selfie di sini jangan lupa masukkan enter ticket ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini. Ianya adalah untuk mendapatkan ‘prosperity coin’ yang dibuat secara ekslusif.  Tak sia-sia bayar tiket mahal tau. Berbaloi²!

Universal Studios: Credit to Google

UNIVERSAL STUDIOS

For those peminat filem Hollywood mesti sangat teruja kalau datang ke Universal Studios Singapore tau. Eh! Apa dia? Tak minat Hollywood? Eleh, sama naik juga nanti, sebab tarikan-tarikan yang ada dekat sini bukan main gempak lagi. Antara yang best dekat sini adalah roller coaster Revenge of the Mummy, Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure, Jurassic Park Rapids Adventure dan banyak lagilah. Untuk pengetahuan korang juga, roller coaster Battle Star Galactica yang terdapat di Universal Studios Singapore ini merupakan roller coaster yang tertinggi di dunia, jadi, untuk korang yang agak ekstrim, bolehlah try la nanti okay.

Sentosa Adventure Park: Credit to Google

SENTOSA ADVENTURE PARK

Korang nak cari tempat yang boleh buat aktiviti lasak? Sentosa Adventure Park boleh bagi korang pengalaman yang speed-kan adrenalin korang setinggi yang mungkin dengan pelbagai aktiviti lasak dan menarik. Antara yang terdapat di sini adalah MegaZip untuk aktiviti flying fox yang terpanjang di Asia, MegaClimb, MegaWall untuk pengalaman wall climbing yang tertinggi di Singapura dan MegaJump. Korang pasti puas hati dengan semua aktiviti yang ditawarkan di sini, taktpayah nak fikir dua kalilah, kuatkan stamina dari pada sekarang untuk mencuba semua yang ada di sini sepuas hati okay?

IFly Singapore: Credit to Google

IFLY SKYDIVE SINGAPORE

Not everyone berani terjun daripada kapal terbang dengan parachute, tapi kita semua mesti nak tahu macam mana rasanya dapat terbang di langit tinggi kan? Sebab itulah IFly Skydive Singapore ni wujud, supaya semua orang boleh terbang tanpa rasa takut. Tak tinggi mana pon katanya, dalam satu ruangan sahaja, kita akan terapung seolah-olah terbang di tempat tinggi. Walaupun agak mahal tapi inilah satu-satunya peluang untuk kita rasa perasaan terbang ibarat burung gittew kan? Actually ada banyak lagi aktiviti yang kita boleh buat di negara yang kecil tapi sungguh amazing and awesome ni. Makanya, bila kita pergi ke sana, just enjoy and have fun okay! 💟

Lepas ni tak perlu dah nak risau okay, semua perkara boleh terus book melalui Traveloka. Mudah sangat. Traveloka memudahkan perjalanan kita sekeluarga untuk bercuti ke luar negara dengan bahagianya. InShaaAllah

Traveloka Penyelamat Kita
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

13 Comments

Nina Mirza said…
Apps Traveloka memang best. Friendly user buat Nina. Singapore ni kampung husband tapi pi sana belum sempat explore pun apa yang menarik kat sana. Cuma nak travel ke Singapore ni mesti kena standby extra budget. Huhuuuu...
Kayathre said…
Singapore is a very nice place indeed. I went there couple of weeks ago for work. So no time to go around and have fun. Should visit there again soon.
tak lama tak pergi singapura. rindu nak jalan-jalan oversea walaupun seberang johor je. next year la nak repeat datang uss lagi, jap nak check bila passport expired dulu hehe
Ezna Khalili said…
Dah pernah ke Singapura naik kereta. Memang pengalaman yang menarik. Tidur pula kat hotel kat tengah bandar jadi nak gi mana2 saya jalan kaki ajer. Nak ke Sentosa Island baru saya naik kereta. Lepas tu pemandu sana memang berhemah la. Itu saya puji. Saya try makan kat Hajah Maimunah dan makan kek Fluff. Jangan lupa makan sup tulang warna merah.
Faries said…
So far dah 2 kali ke singapore tapi belum lagi ke USS. Macam bnyk lagi je tempat menarik tak terjah. Ni nk kene repeat lg ni. hehehe. Merlion tu tmpt fav ambik gmbr. hehehe
Hanny Abdullh said…
Sis kalau ke Singapore ni selalu gi makan then balik..jarang tidur sana..selalu tido kat Johor aje. Mak angkat orang Singapore n dia ada rumah kat Johor..so memang selalu lah ke Johor, kalau rajin masuk singapore untuk makan2 je lah
Mahamahu said…
Traveloka kita selalu dengar ramai orang kata mudah dan bebaloi kalau beli kat sini hehehe nak pergi singapura lah lama tak pergi sana tahun depan kita plan nak pergi banyak tempat dengan Traveloka
Hari tu pun search Traveloka punya hotel offer kat Taiwan, ok jugak. Banyak pilihan untuk pemilihan.
Rawlins GLAM said…
Rawlins booked trip untuk seluruh keluarga ke Langkawi - memang mudah dan berbaloi-baloi. Nie tengah nak booking untuk trip dengan kengkawan plak next hehehe
Khaidir said…
Sebenarnya saya lebih suka pakai Agoda daripada Traveloka. Tapi nampaknya sudah tiba masanya untuk berhijrah.
Emi said…
Walaupun singapura terletak hanya bersebelahan dengan negara kita, sebenarnya emi tak pernah pun jejak kaki ke sana lagi. Belum berkesempatan.
Mimie said…
Teringin juga nak pergi Singapore lagi .Sebelum saya pernah stay Singapore sebab ikut ayah bertugas kat sana. Rindu suasana Singapore sebab tempatnya bersih dan cantik .Lepas ni nak pergi Singapore memang saya guna Traveloka je
happy new year CX !! lama CT tak singgah sini. semoga dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa. yang penting happy2 selalu k..

tengah jeling2 juga tiket ke Singapore. ingat nak buat trip jjcm.
tapi tulaaa geng2 semua tak confirm lagi huhu..