Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Salam Jumaat yang Barakah. Hari ini cx nak kongsikan resepi agar-agar santan gula melaka @ merah yang baru sahaja cx pelajari daripada mak mertua cx a.k.a mil. Alhamdulillah senang dan mudah sahaja rupanya. Syukur ilmu bertambah. 


Bahan-bahan

1. Agar-agar
2. Gula Melaka @ Tuak
3. Gula Merah @ Tebu
4. Santan
5. Garam
6. Daun Pandan
7. Air

Cara Memasak

1. Didihkan agar-agar mengikut sukatan air yang ada di belakang plastik pembalut iaitu 1.5 liter air.

2. Sementara agar-agar mendidih, perahkan santan segar sehingga mendapat sukatan satu (1) liter. Masukkan sedikit garam secukup rasa. Biarkan.

3. Hancurkan gula melaka dan gula tebu mengikut sukatan manis yang kita mahukan.  Cx buat dua buku bulat standard gula melaka dan sebuku gula tebu.

4. Kemudian, setelah agar-agar mendidih, campurkan gula melaka dan tebu tadi ke dalamnya bersama daun pandan dan gaulkannya. 

5. Kemudian padam api dan tapiskan campuran tadi. Pastikan gula hancur semasa didihan tadi.

6. Masukkan semula tapisan campuran agar-agar dan gula ke dalam periuk didihan tadi dan campurkan santan yang sedia ada tapis tadi.

7. Biarkan didih seketika tetapi jangan biarkan santan berkepala. Didih sekadar sebatikan gula, agar-agar dan santan sahaja.

8. Akhirnya, padam api dan bolehlah tuangkan agar-agar ke dalam bekas untuk disejukkan. 

Okay, senang sahajakan? Alhamdulillah. Bolehlah korang cuba juga nanti ya. :) Wassalam.

All The Best!
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

8 Comments

licha said…
dah lama tak makan :)
salunya masa bulan puasa la baru buat agar2
Unknown said…
sedapnyaa.. tekak mcm tetiba teringin plak..hehehe..
Cik Rose said…
sedap! thanx share resepi ;)
Unknown said…
nyamannya kak. kmk suka gula melaka a.k.a gulapong ya. nang mabeles
Anonymous said…
sedap ni CX. kalau puasa selalu rasa nak makan.. hahaha. yang hijau prasa pandan tu suka gak..
Meh lah sikit.
Nak buat tu entah bila.
Balik dah penat malas nak buat ape dah kecuali main2 dengan anak-anak.