Bahayanya Carpal Tunnel Syndrome

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai kawan-kawan. Tahukah anda apakah itu carpal tunnel syndrome ini? Haa, jangan tidak tahu ya kawan-kawan, CTS ini merupakan satu penyakit saraf yang melibatkan anggota badan kita.  Dulu  cx pernah update tentang Carpal Tunnel Syndrome : Sakit Otot pada 26/11/2011. Tapi hari ini cx nak up lagi sebab nak bagitahu bahawanya ianya bahaya. Korangkan selalu mengadu sakit atau lenguh bahagian pergelangan tangankan? Pernah tak? Jangan tipu ya awak semua. Korang tahu tak bahawa CTS ini sangat bahaya? 

mouse

CTS ini adalah keadaan di mana korang rasa sakit disebabkan pergerakan yang tidak betul berlaku secara berulang, akan mengalami rasa kebas, lenguh, sakit di bahagian tangan akibat dari tekanan saraf yang tersepit di pergelangan tangan. Contohnya, apabila korang pegang mouse komputer lama-lama, dan korang akan rasa sakit di bahagian pergelangan tangan. Korang tahu kenapa? Sebabnya cara korang pegang mouse serta kedudukan korang ketika memegang itu adalah salah. Nak tahu cara pegang yang betul? Tengok contoh gambar di atas.

Tahu kenapa cx kata bahaya? Sebabnya pesakit boleh mula hilang keupayaan dan menjadi lemah sehingga tidak mampu memegang objek, walaupun yang ringan.  Korang nak ke hilang keupayaan? Lebih menyayat hati adalah, cara penyembuhannya adalah cuma melalui pembedahan sekiranya saraf korang telah rosak teruk. Makanya kawan-kawan, sila google cara duduk menghadap komputer yang betul, cara pegang mouse yang betul, cara menaip yang betul ya. Google gambar sekali, cx taknak letak sini sebab seram. haha. Okay, Sila ambil perhatian kalau korang sayang diri korang. Cx student office management yang memang belajar pasal hal ini. So, tolong jaga diri korang okay :) Kalau sayang dekat diri sendirilah ya. Okay babai. 

Sayangilah diri anda
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

6 Comments

zuhaira nasrin said…
ohh bahaya ehh,baru tahuu.tq ^^
Cik Rose said…
teriam kasih untuk perkongsian ni.. aduhai, jadi takut pula,.
Mimie said…
alhamdulillah perkongsian yg bagus
macam remeh tp, bahaya jugak, dowh..!
Dzureen Darwis said…
Postur yang betul ya hehe
Mime MF said…
wuuu pasni kena pegang mouse betul2..tanak sakit...