Pengalaman 5 Symptom dan Tanda Awal Kehamilan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pengalaman 5 Simptom dan Tanda Awal Kehamilan 

Kebiasaannya topik ini menjadi hangat bagi pasangan yang baru berkahwin.  Keinginan untuk memiliki zuriat diawal perkahwinan memang satu perkara normal dan biasa.  Siapa yang tidak teruja untuk menimang cahaya matakan? Semua orang mahu dan kalau boleh biar cepat sebab nak rasa kemeriahan berkeluarga.  CX dulu pon masa awal kahwin, selalu sangat asyik baca dan kaji tentang tanda-tanda awal kehamilan.  

Kadang-kala itu cx siap cari tanda-tanda hamil satu minggu sebelum haid.  Sampai macam itu tahap ingin tahu dan perasaan untuk memiliki zuriat sendiri. Sungguh tak tipu. Seronok juga rasa dia. Alarh, takpa, semua orang melaluinya juga.  Biarlah, moment ini bukan selalu kita dapat lalui. Betul tak?  Rezeki bagi setiap pasangan adalah berbeza.  

Pengalaman Tanda-tanda Awal Kehamilan
Pengalaman Tanda-tanda Awal Kehamilan


5 Simptom dan Tanda Awal Kehamilan

  • Suhu Badan Meningkat Tetapi Tidak Demam
Masa cx hamil anak pertama, tanda-tanda awal kehamilan adalah tidak semena-mena, suhu badan meningkat. Lebih-lebih lagi apabila bangun tidur dan pada waktu malam.  CX tak rasa apa pun, suami yang tegur bila dia rasa badan macam panas semacam.  Kita memang tak perasan, rasa macam biasa sahaja tetapi sebenarnya badan agak panas. Jadi, bolehlah sediakan cek suhu untuk pantau sendiri sebagai langkah berjaga-jaga.  Waima ianya biasa tetapi ambil tahu okay.  Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kehamilan yang cx rasa. 

  • Demam
CX memang sejenis demam bila hamil.  Itu salah satu tanda-tanda awal kehamilan cx.  Bukan demam biasa ya.  Kebiasaanya cx akan rasa sejuk menggila sampai ke tulang, kaki sejuk macam ais.  Memang selubung habis satu badan.  Memang akan demam sehari suntuk tak boleh nak kawal badan.  Demam dia lain macam dan masa inilah naluri cx akan terdetik "tanda-tanda awal kehamilan ke ni?, macam lekat je" .  Biasanya memang cx akan baring dan rehat sahaja

Pengalaman Tanda-tanda Awal Kehamilan
Pengalaman Tanda-tanda Awal Kehamilan

  • Mual Meloya
Tanda-tanda awal kehamilan cx, memang ada meloya.  Mual rasa nak muntah.  Ada juga orang yang tak rasa loya dan mual sikit pon.  Itu semua rezeki bahagian masing-masing.  Tapi jangan risau, doktor cakap, kalau para ibu mual dan loya, itu tandanya baby sihat. Alhamdulillah.  Bertabahlah ya bila nak jadi seorang emak.

  • Lapar yang Kerap
Haa, lapar ini bukan dibuat-buat. Lapar memang tahap gelojoh punya. Hahaha. Pantang nampak makanan, terus nak makan. Walaupun makanan masih atas kuali yang baru hendak ditumis. Haha. Bau sahaja dah mendatangkan kelaparan yang membuak-buak. Ini tanda-tanda awal kehamilan cx lah. 

Korang bayangkan eh, bau nasi yang tengah menggelegak nak masak dalam periuk nasi pun dah terliur. Kecur dibuatnya. Okay tapi ada juga yang jenis tiada selera makan. Makanya, jangan lupa ambil supplement dan ubat-ubatan yang doktor bagi ya. Kalau boleh, amalkan minum susu. Baik untuk ibu dan anak. InshaaAllah

  • Lenguh Badan dan Kejang Kaki Tangan
Bergantung juga kepada badan masing-masing. Lenguh yang betul-betul lenguh okay. Korang bayangkan tiba-tiba nak bangun, lutut lenguh macam orang tua. Tak mampu sungguh nak bangun tau. Sebegitu rupa agaknya para ibu kita yang dah berusia rasakan ya?  

Kejang ini terjadi apabila tidur malam. Tiba-tiba sahaja tengah syok tidur, kaki kejang. Kejang yang macam apabila hari hujan yang sejuk kematu gitu. Sakitkan? Para ibu sahaja yang merasa nak oii .Orang kata simpul biawak. Memang sakit betul. Tanda-tanda kehamilan yang tak dapat dilupakan. 


Pengalaman Tanda-tanda Awal Kehamilan
Pengalaman Tanda-tanda Awal Kehamilan

Pengalaman Tanda-Tanda Awal Kehamilan Sangat Bermakna

Okaylah. itu sahaja perkongsian cx dekat korang semua yang merancang untuk menjadi ibu dan bapa. Korang sudah boleh mula perhati diri 24/7 untuk ketahui perubahan-perubahan yang ada pada badan korang.  Ini tanda-tanda awal kehamilan cx ya, lain orang, lain ragamnya.  

Walau apa pon, doa yang baik-baik. InShaaAllah. Dekat sini ada banyak lagi perkongsian tanda-tanda kehamilan yang boleh korang baca persamaannya: 15 Early Signs of Pregnancy That May Mean You're Pregnant

Doa yang baik-baik
lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

0 Comments