Personaliti Melalui Kiraan Tarikh Lahir

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye readers! selamat menyambut bulan April! have a nice day! okay, memandangkan cx ditugaskan untuk membuat satu modul untuk lepasan SPM, cx turut selitkan beberapa ujian yang digunakan untuk kita kenali personaliti diri kita. rasanya, ramai yang sudah tahu kiraan ini. tetapi tidak mengapa, cx kongsi untuk para pembaca yang mungkin masih tidak ketahuinya lagi.  kiraan tarikh lahir ini sangat mudah. korunk ambil tarikh lahir korunk dan campurkan. contohnya adalah seperti berikut:

Tarikh Lahir : 12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
kemudian, campurkan 1990; (1 + 9 + 9 + 0 = 19)
seterusnya, campurkan 19; (1 + 9 = 10)
dan, campurkan 10; (1 + 0 = 1#)

makanya, nombor kiraan tarikh lahir adalah 1# ..apabila korunk dah ketahui nombor korunk, korunk bolehlah ketahui personaliti korunk. sila semak dengan teliti ya :)  

1. Logam: Ketulenan 
o Hadir dengan idea baru 
o Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri 
o Golongan ini merupkan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi 
o Mereka suka mengambil inisiatif, suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss 
o Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka 

2. Air: Pendamai
o Dilahirkan sebagai diplomat
o Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
o Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
o Mereka tidak suka bersendirian
o Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk Berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

3. Api: Ceria
o Mereka sangat kreatif, social, mesra, romantic dan mudah dibawa berunding
o Suka memulakn sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
o Suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya
o Mereka sangat popular dan idealistic
o Golongan ini perlu belajar melihat sesuatu dengan lebih realistic

4. Kayu: Konservatif
o Golongan ini sangat peka dan tradisional
o Sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
o Hanya bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
o Suka bekerja keras dan sungguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
o Mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
o Berupaya bersabar, tekun dan adakala dianggap degil
o Mereka harus belajar lebih fleksibal dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Tanah: Perintis
o Mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat
o Perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
o Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
o Persoalan yang bermaian difikiran mereka tidak pernah terhenti
o Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Logam: Romantik
o Idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
o Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka
o Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka
o Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang
o Sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik
o Suka seni music
o Menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius
o Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubah.

7. Air: Intelektual
o Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan sukar menerima sesuatu perkara dengan mudah
o Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
o Suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
o Kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengatahuan dan kadangkala bersendirian
o Gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
o Sangat suka berahsia
o Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Api: Penyelesaian
o Professional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas
o Selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik
o Sangat suka mengendalikan manusia. Melihat manusia secara objektif
o Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua
o Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Kayu: Pelakon
o Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
o Sangat penyayang dan pemurah
o Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapun yang dianggap asing kepada mereka
o Mereka mempunyai personaliti pebagai sehingga menyukarkan orang sekeliling untuk memahami mereka
o Mereka umpama sumpah-sumpah yang berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
o Mempunyai nasib yang baik tetapi boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
o Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Sumber: 
-Cicinta.Com-

kenali dirimu sebaiknya
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

1 Comments

Nadhirah said…
saye number 9 ;) cool! thanx share.