Pernikahan Alam Perkahwinan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye kawan-kawan, tadi (semalam) cx blogwalking blog si cantik manis Irine Nadia Marcello blogger terkenal.  orang Masjid Tanah rupanya. huhu. sebelum ni tak kenal pon siapa Irine Nadia yang dipanggil sebagai Murni dirumahnya. :) tapi hari ni pergi usha-usha pasal wedding, so terjumpa blog beliau. mulalah click demi click disetiap entry beliau :)

fyi, setiap manusia akan lalui ambang percintaan, pertunangan dan perkahwinan .. memang orang yang mendengar dan melihat akan menyatakan seronoknya mereka. tak sabar nak tengok mereka bersanding namun bagi pasangan mempelai , ianya satu cabaran apabila terlalu banyak benda baru yang perlu dipelajari.

credit to Irine Nadia Marcello

bukan mudah untuk menjadi seorang suami dan isteri bagi pasangan. terlalu besar tanggungjawab yang perlu digalas. bukan suka-suka sahaja untuk berkahwin, berkahwin bukan sehari dua tetapi seumur hidup segalanya diharungi dengan pasangan. tidak semudah yang disangka. cx ingat lagi mak pernah cerita, apabila tiba hari bahagia itu nanti, satu perasaan yang sukar untuk digambarkan akan kita rasa. mak cakap, apabila sah sahaja akad nikah, satu perasaan secara automatiknya menyelinap dalam badan kita umpama satu kuasa.

jika ada pasangan yang dipaksa kahwin, selesai sahaja akad nikah, secara automatiknya rasa amanah dan tanggungjawab akan ada dalam diri mereka.  dengan kuasa Allah juga, akan adanya perasaan sayang, kasih dan cinta antara satu sama lain. kuasa Allah kan? :)

itulah kuasa akad nikah yang Allah tetapkan. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui :) maka bersyukurlah walau siapapun jodoh kita kerna itulah yang terbaik buat kita. jika sebaliknya, mungkin itu adalah ujian Allah buat kita dalam menguji sejauh mana tahap keimanan kita :) Wallahu'alam.

nukilan:
indahnya percintaan. indahnya dalam menempuh hari-hari bahagia namun aku mengharapkan agar Allah sentiasa melindungi kami daripada segala godaan yang mampu menjatuhkan kami. Amin


Berkatilah Cinta Kami Ya Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

1 Comments

maszull said…
assalamualaikum cx...selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)