اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
ada suatu hari, seorang atheis mencabar beberapa ulama untuk berdebat tentang wujudnya ketuhanan. ramai ulama tertewas. pada suatu hari, raja menyuruh seorang ulama terbesar ini untuk berdebat dengan si atheis. ulama tersebut bersetuju dan mencadangkan perdebatan berlaku di satu tempat pada waktu pagi.
tibalah hari yg dijanjikan. atheis dan beberapa orang yg hadir menunggu kedatangan ulama tersebut pada pagi itu. setelah lama menunggu ulama tersebut masih belum hadir. sampai la tengahari sehinggakan org ramai menyangkakan ulama tersebut lari menyerah kalah. secara tiba2, ulama itu muncul sambil meminta maaf kepada si atheis.
"maafkan aku kerana terlambat. sebenarnya rumahku terletak di tepi seberang sungai. malangnya jambatan sungai tersebut tiba2 runtuh. aku termangu2 seketika tak tau nak buat apa. tapi, tiba2 saja sebatang pokok yg besar tumbang. selepas tumbang, tiba2 batang pokok tersebut tercabut sedikit demi sedikit dengan sendirinya dan tiba2 menjadi sampan dan dayung. dengan sampan tersebutlah aku menyebarangi sungai..."
"KAU BOHONG!! mana mungkin semua itu terjadi dengan sendiri secara tiba2!! mustahil la tiba2 semua tu terjadi dengan sendiri!!" marah si atheis kerana berasakan dirinya ditipu bulat2
"maka, begitu la juga dengan alam ni. mana mungkin alam yang hebat ini boleh terjadi dengan sendirinya secara tiba2. mestilah ada pencipta dan pengatur disebaliknya. maka pencipta itu lah tuhan, Allah yang Maha Berkuasa.." ujar ulama' tersebut
atheis itu terdiam dan menyerah kalah.. -ustaz azhar idrus-
sujudlah kepada Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"
0 Comments