اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
hye peeps! :) semoga sihat sentiasa dan selamat datang ke blog cx. heheh. welcome! okay, cx ada baca satu entry from An Najwa's blog. beliau menyatakan tentang 'dalam kelembutan ada ketegasan' .. cx sangat suka entry beliau sebab apa yang beliau katakan tu, ada benarnya. *bergantung kepada penilaian masing-masing ya :)
wanita diciptakan lemah kerna terciptanya wanita adalah daripada rusuk kiri si lelaki. tetapi haruslah kita tidak memandang rendah kepada wanita sebaliknya sentiasa berterima kasih diaatas kurniaan Allah kepada kaum Adam yang sentiasa memerlukan wanita dalam hidupnya dan sebaliknya. Hargailah wanita anda :)
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Hargailah Wanita Anda :)
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"
1 Comments