Fakta Menarik Dalam Hukum Berpuasa

Bimillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 4
Alhamdulillah dah lepas sempurna dua hari kita berpuasa dan malam ni adalah tarawih yang ketiga. :) seronok dapat bertawareh bertaraweh berjemaah di Masjid/Surau.  Korunk camne? okay tak berpuasa? Seronok kan? oryte, kali ni aye nak cite plak pasal fakta-fakta menarik dalam hukum berpuasa.  Fakta ini juga aye dengar daripada ceramah Dr. Danial Zainal Abidin bagi episod ketiga. :) 

Berdasarkan ulama-ulama yang dirujuk daripada buku penulisan Dr. Danial Zainal Abidin, "Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab", persoalan 36.  Dr. Danial huraikan empat fakta menarik. Mari sama-sama kita selami dan moga dapat kita menambah ilmu dan pengetahuan :)

PertamaHukum Berbekam
Ulama menyatakan tidak batal berpuasa dengan berbekam tapi jangan sampai berbekam itu melahirkan kelemahan, maksudnya mendatangkan kelemahan dan kemudaratan kepada diri sendiri.

Kedua - Hukum Memasukkan alat ke dalam rongga untuk masalah kesihatan
Daripada sudut Nas, Nabi s.aw tidak pernah menyatakan batal puasa jika sesuatu memasuki rongga, Nabi s.a.w tidak pernah berkata demikian, Nabi s.a.w hanya menyatakan batal jika kita makan dan minum serta melakukan hubungan seksual.

Sheikh Atiyyah Saqr
Sheikh Atiyyah Saqr, Mantan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar menyatakan, puasa pesakit tidak batal, jika alat dimasukkan kedalam rongga.  Ini bukan sesuatu yang mengenyangkan.  ertinya, ada ulama kata batal.  Jadi, jangan berkelahi kerna ada ulama juga menyatakan tidak batal sebab rongga itu jika dimasuki makan minum, maka ianya membatalkan, tapi memasukkan alat, ia bukan mengenyangkan.

Ketiga - Hukum menggunakan pil bagi mengelakkan haid
Hal yang ketiga ini, aye baru tahu dan aye amat bersyukur kerna aye dengar ceramah ni sebab dapat ilmu baru. oryte, mengikut Mantan Majlis Syariah UK, Sheikh Sayed Mutawalli, kebanyakkan ulama berpendapat, menggunakan pil elak haid adalah diharuskan apabila bagi tujuan berpuasa melaksanakan ibadah dibulan Ramadhan.

Dr. Muzammil Siddiqi
Keempat - Hukum menggunakan alat sedut gas
Contoh adalah pesakit asma, terdapat perbezaan pendapat dimana ada yang mengatakan batal, okay takpe kita hormat mereka bak kata Dr. Danial :) tapi Dr. Muzammil Siddiqi, Mantan Presiden Islam serta ajk Majlis Aqiqah Amerika berpendapat, ianya tidak membatalkan puasa kerna alat ini bukan alat minuman atau makanan yang ditelan sebaliknya hanya wap.  Jadi, ada yang mengatakan boleh.  Dr. Danial mengutarakan pelbagai pendapat untuk kita berfikir dan InsyaAllah kita nampak ada rukhsah (kelonggaran) dalam hal-hal seperti ini.

Oryte, itu sahaja untuk kali ini. :) Banyak lagi yang dikupas dalam ceramah tersebut. Jika ingin mengetahuinya, tunggu next entry okay :) selamat beramal! 

Islam mengajar kita erti kasih sayang
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

4 Comments

Roti Telur said…
nice entry.. thanks sharing.. selamat berpuasa :)

http://asyrafasnawi.com/
F_H said…
ilmu ni ilmu...
Apel D. Doragon said…
ilmu bermanfaat.. terima kasih :)