Tour With Astronout Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Apa Itu Keedsflix?

Keedflix telah ditubuhkan pada 2hb Disember 2020 oleh lima (5) orang pengasas yang mempunyai latar belakang dan pengalaman luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Disebabkan ramai yang terjejas akibat pandemik covid-19 yang memberi kesan kelumpuhan operasi persekolahan, Keedsflix juga tidak terkecuali. Keedsflix tidak dapat menjalankan operasi playschool dan preschool secara fizikal. Selain itu, kekurangan bahan pembelajaran dalam talian turut menjadi punca tergendalanya operasi persekolahan.

Ramai pengusaha tadika dan taska terjejas dan terpaksa menutup perniagaan mereka akibat kekurangan bahan pembelajaran dalam talian ketika itu. Memandangkan terdapat keperluan dan permintaan, Keedsflix tadika terbaik di Malaysia mengambil peluang untuk menghasilkan bahan pembelajaran dalam talian untuk kanak-kanak. Hal ini supaya kanak-kanak boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Keedsflix Sdn Bhd merupakan peneraju dalam menyediakan bahan pembelajaran hibrid (dalam talian dan luar talian) untuk sektor pendidikan awal kanak-kanak (tadika dan taska) di Malaysia.

Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Angkasawan Negara Dato Dr Muszaphar Shukor Pengasas Keedsflix

Menariknya Keedsflix ini, pengasanya adalah angkasawan negara Malaysia iaitu Dato Dr Sheik Muszphar. Cx rasa teruja dan berbangga bila dapat tahu pengasasnya siapa. Yalah, kita pon sedia maklum bahawa ilmu keibubapaan Dato Dr Muszaphar bagaimana kan dalam mendidik anak-anak beliau. Cx sangat kagum kerana ilmu keibubapaan beliau sangat bagus untuk dijadikan contoh terbaik.

Makanya pada cx, memang sesuai dan terbaik apabila Dato Dr Muszaphar membuka Keedsflix untuk kanak-kanak. Selain Dato Dr Muszaphar sebagai Co-Founder Keedsflix, terdapat lagi lima (5) orang lagi pengasas bersama dalam penubuhan Keedflix tadika terbaik di Malaysia.

Antara pengasas bersama yang terlibat adalah puan Rostina Rauf, encik Azri Jemani, puan Safinah Ahmad, puan Nurfazaitul Suzila dan puan Rosila Rahman.

Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Program Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Program yang disediakan Keedsflix tadika terbaik di Malaysia ada dua iaitu Keedsflix Playschools dan Keedsflix Preschools. Apakah beza kedua-dua program yang dianjurkan oleh Keedsflix tadika terbaik di Malaysia ini? Baik, jom cx ceritakan lebih lanjut di bawah supaya semua faham.

Keedsflix Playschools Program

Keedsflix Playschool program adalah cara interaktif yang digunakan dalam membangunkan anak-anak kita daripada segi sosial, emosi dan akademik. Keedsflix Playschools bermula dari usia setahun (1) hingga empat (4) tahun. Makluman semua, jumlah Keedsflix Playschool setakat 2023 ini adalah sebanyak 46 buah tadika.

Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Keedsflix Preschool Program

Keedsflix Preschools program pula adalah merupakan satu pertubuhan pendidikan atau ruang pembelajaran yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak. Ia bermula dari usia empat (4) tahun sehingga (6) tahun. Jumlah Keedsflix Preschools adalah sebanyak 73 buah setakat tahun ini 2023.

Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia 

4 Modul Utama Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Terdapat empat (4) modul utama Keedsflix tadika terbaik di Malaysia. Program yang dimaksudkan adalah Keeds Quranic, Keeds Hafidz, Keeds Space dan Keeds Robotic. Keempat-empat modul ini dimasukkan khas dalam pembelajaran anak-anak yang bersekolah di Keedsflix tadika terbaik di Malaysia. Jom cx huraikan lagi setiap satu program dan modul yang disediakan di Keedsflix tadika terbaik di Malaysia ini.

Keeds Quranic

Modul Keeds Quranic disusun oleh Ustazah Lin yang mana merupakan tenaga pengajar persendirian kepada anak-anak Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Adam dan Noah. Modul Keeds Quranic ini membantu kanak-kanak untuk khatam membaca Al-Quran seawal usia enam (6) tahun.

Keeds Hafidz

Modul dalam Keeds Hafidz pula terdapat empat fokus utama iaitu Thematic Surah, Video Interaktif, Quran Rhyme, Hafadzan Tracker. Cx teruja dengan modul yang disediakan dalam Keeds Hafidz ini sebab memang memberi penekanan kepada anak-anak tentang bacaan surah Al-Quran. Alhamdulillah.

  • Thematic Surah: Cara mudah dalam menghafaz Al-Quran
  • Video Interaktif: Semakan berterusan untuk apa yang telah dihafal.
  • Quran Rhyme: Membaca dalam melodi
  • Hafadzan Tracker: Adakah boleh dan mampu untuk menhafal 37 surah Juzuk Amma selama atau sepanjang tiga (3) tahun di Keeds Playschools? Ya! Boleh!
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Keeds Space

Keeds Space diinspirasikan oleh Angkasawan Negara Malaysia sendiri Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Keeds Space menawarkan pengenalan awal terhadap Al-Quran, Sains, Alam Semesta dan Teknologi. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk lebih bersedia untuk ke sekolah rendah dan menghadapi teknologi yang lebih mencabar.

Keeds Space Keedsflix tadika terbaik di Malaysia dimulakan dengan ayat Quran yang berkaitan dengan topik dan diikuti dengan aktiviti hands-on. Aktiviti yang dilakukan adalah sangat menarik untuk kanak-kanak secara individu, berkumpulan dan juga dengan ibu bapa di rumah.


Keeds Robotic

Keeds Robotic adalah modul yang memberikan tumpuan kepada pembelajaran melalui Keeds Robotic dan memupuk kemahiran 4C  di awal usia kanak-kanak. Terdapat empat kemahiran utama yang ditekankan iaitu Creative Thinking, Critical Thinking, Computational Thinking dan Collaboration & communication.

Keedsflix Tour With Astronout di Johor Bahru

Pada 28hb Oktober 2023, Sabtu, berlangsungnya Keedsflix Tour with Astronout di Mydin Mutiara Rini Johor Bahru, Johor.  Cx juga tidak lepaskan peluang untuk turut serta tour tersebut bersama keluarga dan anak-anak. Banyak aktiviti yang dilaksanakan melibatkan anak-anak kita dan juga ibu bapa.  Tak rugi untuk ikut serta Keedsflix Tour with Astronout sebab kita berpeluang untuk berjumpa dengan angkasawan negara Malaysia! Dato Dr Sheikh Muszapphar Shukor.

Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia


Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, persembahan coral speaking, demo pembelajaran anak-anak Keedsflix, persembahan anak-anak Keedsflix, bacaan surah al-Quran dan hafazan. Kehadiran Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah menggamatkan lagi keadaan dengan kemeriahan. Cx turut teruja dan berasa bangga apabila dapat bertemu serampang dua mata dengan beliau. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

Ketika program Keedsflix Tour with Astronout dijalankan, cx rasa bertuah sebab berpeluang mendengar perkongsian berhubung dengan pendidikan awal kanak-kanak oleh angkasawan negara. Seiring dengan misi dan tujuan program ini bertujuan untuk memberi awareness kepada masyarakat kewujudan Keedsflix adalah menyediakan satu pendidikan pra-sekolah dan peringkat taska secara kolektif dan holistik. 

Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia
Keedsflix Tadika Terbaik Di Malaysia

Banyak input yang kami ibu bapa peroleh.  Keedsflix tadika angkasawan menawarkan pembelajaran berasaskan Islamic, Al-Quran dan Teknologi, mampu mencipta pencapaian terhadap kanak-kanak.  Keedsflix menekankan anak-anak untuk membaca, menghafaz dan khatam al-quran serta menjadi ummah yang terbaik. Keedsflix memang memberikan pengalaman berbeza dan menarik kerana mengambil berat akan keseimbangan dalam rohaniah dan ilmiah juga. 

Cx rasa bangga dan seronok tengok anak-anak cilik Keedsflix yang lancar dan fasih dalam membaca serta menghafaz al-quran seawal usia lima enam tahun.  Inilah hasil dan keberkesanan pembelajaran Keedsflix, kehebatan para pendidik dan tenaga pengajar dalam mendidik anak-anak kita. 

Email: keedsflix@gmail.com
Whatsapp: +60196600114

Post a Comment

0 Comments