Miliki Lesen Keedsflix Tadika Angkasawan Terbaik Di Malaysia

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Keedsflix Tadika Angkasawan Terbaik Di Malaysia

Korang tahu tak di Malaysia terdapat tadika angkasawan terbaik? Ya! Tadika angkawasan terbaik di Malaysia iaitu Keedsflix Playschool. Pada cx, pendidikan awal kanak-kanak adalah perkara pertama yang perlu dipandang serius.  Tanpa pendidikan awal yang baik, anak-anak kita tidak mampu untuk menyesuaikan diri dalam mempelajari ilmu baharu. Macam cx sendiri, untuk pilih tadika untuk anak-anak memang makan masa dan agak complicated.  Kita sebagai ibu bapa semestinya mahukan yang terbaik. 

lesen keedsflix
Keedsflix Tadika Angkasawan Terbaik Di Malaysia

Keedsflix Tadika Angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Apa itu Keedsflix?  Keedsflix adalah peneraju pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak termasuklah tadika dan taska di Malaysia.  Keedsflix telah ditubuhkan pada 2 Disember 2020, oleh lima (5) orang pengasas yang mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tadika Keedsflix bertujuan untuk menjadi peneraju dalam menyediakan bahan pembelajaran hibrid (dalam talian dan luar talian) untuk sektor pendidikan awal kanak-kanak (tadika dan taska) di Malaysia. Terdapat 119 Keedsflix branch di Malaysia. Manakala di peringkat antarabangsa, tadika Keedsflix mempunyai dua buah iaitu di Indonesia dan juga Brunei. 

Kategori Tadika Keedsflix terbahagi kepada dua iaitu Preschools dan Playschools. Keedsflix Playschool ialah cara interaktif yang digunakan dalam membangunkan anak anak-anak kita dari segi sosial, emosi dan akademik. Keedsflix playschool bermula dari setahun hingga 4 tahun. Jumlah Keedsflix playschool adalah sebanyak 46 buah. 

lesen keedsflix
Keedsflix Playschool 

Manakala Keedsflix Preschool ialah merupakan satu pertubuhan pendidikan atau ruang pembelajaran yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak kepada anak-anak kita. Ia bermula dari usia 4 tahun sehingga 6 tahun. Jumlah Keedsflix preschool adalah senbayak 73 buah. 

lesen keedsflix
Keedsflix Preschool

Jom Jadi Usahawan Dan Miliki Lesen Tadika Angkasawan Keedsflix.com

Dekat Melaka ini, permintaan tadika angkasawan keedsflix sangat tinggi.  Jadi, pihak Keedsflix menjemput dan membuka peluang kepada semua usahawan yang berminat untuk menjadi sebahagian usahawan tadika angkasawan Keedsflix.  Jom dapatkan lesen Keedsflix sekarang. Di Keedsflix, segala keperluan disediakan, bermula daripada pembukaan sehingga pengoperasian. Bahkan latihan untuk guru-guru taska dan tadika juga disediakan secara fizikal dan digital. Sangat mudah dan senang untuk buka sekolah dari Keedsflix.

Soalan yang paling banyak ditanya oleh bakal-bakal pengusaha yang ingin menyertai Keedsflix.

"Selepas dapat lesen Keedsflix, apa yang kami perlu buat ya?"

Jangan risau, pihak Keedsflix tidak akan membiarkan kalian sendirian. Keedsflix akan bantu bermula dari merancang hingga centre kalian beroperasi dan mencapai KPI yang diinginkan. Semua pengusaha akan dibimbing tidak kira sama ada kalian mempunyai pengalaman dalam pengusahaan tadika dan taska atau tidak.

tadika angkasawan keedsflix
Miliki Lesen Keedsflix Tadika Angkasawan Terbaik Di Malaysia

  • Jenama yang diasaskan bersama Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
  • Jenama yang mencapai bilangan 100 centre pada tahun pertama selepas dilancarkan.
  • Lebih menarik dengan 4 program signature :keedsquranic keedshafiz keedspace dan keedsrobotic
  • Brand yang membawa aspek - pendekatan "Islamic.Quranic.Technology".
  • Modul yang lengkap, disokong dengan video Interaktif.
  • Disediakan dengan SOP yang lengkap.
  • Pelaburan yang rendah.
  • Keuntungan yang tinggi.
  • Sistem sokongan secara fizikal dan digital.


KeedsRobotic Contest Keedsflix di Mydin Mitc Melaka

Semalam bersamaan 24hb Jun 2023, telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya event robotic contest bersama keedsflix.com di Mydin Mitc Melaka.  Penyertaan yang mendapat sambutan seramai 30 orang kanak-kanak sebagai peserta memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Cx juga tidak melepaskan peluang membawa anak-anak untuk turut serta dalam robotic contest tersebut. Ternyata ianya adalah pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. 

tadika angkasawan keedsflix
Keedsflix Tadika Angkasawan Keedsrobotic Contest 

Penganjur mengajak ramai ibu bapa dan menarik minat anak-anak untuk belajar di tadika Keedsflix dengan memperkenalkan Zirkley kepada semua.  Miliki lesen KeedsRobotic bagi sesiapa yang berminat menjadi sebahagian dariapada keluarga Keesflix.  Semasa event berlangsung, Robotic Contest telah dijalankan dan ternyata ianya mampu menarik minat anak-anak dan ibu bapa.  Cx juga rasa seronok dan teruja apabila para guru Keedsflix mendedahkan cara menggerakkan robot Zirkley menggunakan coding yang akan/telah ditetapkan oleh anak-anak sendiri.  Ianya satu pendedahan yang baik untuk perkembangan anak-anak seusia awal lima (5) tahun. 

Tambahan lagi, kelas pembelajaran coding dan robotik ini juga dapat membina generasi masa hadapan berteknologi di samping anak-anak juga ditekankan dengan ilmu agama.  KeedsRobotic Zirkley ini memberikan peluang dan pendedahan kepada pemikiran kreatif, pemikiran kritikal, pemikiran komputasi dan bekerjasama serta komunikasi. 

tadika angkasawan keedsflix
Keedsflix Tadika Angkasawan Keedsrobotic Contest

tadika angkasawan keedsflix
Keedsflix Tadika Angkasawan Keedsrobotic Contest

Email: keedsflix@gmail.com
Whatsapp: +60196600114













Post a Comment

0 Comments