AL ARD Premium Organic Palestinian Extra Virgin Olive Oil First Harvest

 Apakah itu AL ARD Extra Virgin Olive Oil 

Apakah itu AL ARD Extra Virgin Olive Oil? Extra Virgin Olive Oil jika diterjemah ke dalam bahasa melayu adalah Minyak Zaitun Ekstra Virgin.  Umum tahu bahawa minyak zaitun adalah sejenis minyak dipandang tinggi lebih-lebih lagi ekstra virgin yang tinggi kualiti.  Cx sebelum ini juga kurang cakna akan Olive Oil tetapi apabila rakan seperjuangan berkongsi kebaikannya, cx jadi teruja untuk tahu lebih lanjut. 

Extra Virgin Olive Oil dipandang tinggi kerana rasa, aroma dan manfaat kesihatannya yang unggul.  Ianya diperolehi daripada perahan pertama buah zaitun.  Paling menarik, ianya tidak ada sebarang rawatan kimia dijalankan keatasnya termasuklah penapisan industri.  Hal ini yang membantu Extra Virgin Olive Oil mengekalkan sifat semula jadinya. 

alard extra virgin olive oil
AL ARD Premium Organic Palestinian Extra Virgin Olive Oil

Kelebihan AL ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil First Harvest

AL ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil First Harvest mengandungi 25 jenis khasiat polyphenols, antioksidan, vitamin dan mineral yang jauh lebih tinggi.  Hal ini kerana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti; 

AL ARD Premium Extra Olive Oil first harvest adalah daripada buah zaitun yang dituai pada hari pertama musim tuaian buah zaitun (Olive Harvest 2022/2023),  Ianya adalah Olive Oil hasil proses perahan pertama dengan menggunakan mesin berteknologi moden dan terkini bagi mengekalkan kandungan aslinya. 

Hasil daripada pilihan buah zaitun hijau terbaik yang dipetik setiap biji dengan tangan adalah merupakan AL ARD Premium Extra Olive Oil first harvest ini. Buah zaitun hijau diproses menggunakan tangan pada hari yang sama bagi mendapatkan kandungan khasiat olive oil yang jauh lebih tinggi. 

AL ARD Premium Extra Olive Oil first harvest ini adalah hasil tuaan buah dari pokok zaitun asli di Palestin.  Ianya merupakan jenis Nabali, Roomy dan Souri yang telah ditanam sejak ratusan malahan ribuan tahun dulu. 

al ard extra virgin olive oil
AL ARD Premium Organic Palestinian Extra Virgin Olive Oil

Cara Penggunaan AL ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil yang Disyorkan

Cara penggunaan AL ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil yang disyorkan adalah minum satu sudu makan setiap hari, sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur pada waktu malam.  Biar keadaannya ketika perut kosong.  Digalakkan untuk tidak minum air selama tiga (3) minit selepas meminum olive oil

Selain itu, korang boleh juga mengamalkan AL ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil dengan cara dicicah bersama roti.  Boleh juga dicampurkan dengan zaatar, cuka kurma atau cuka anggur untuk menambah lagi rasa. 

Tambahan lain, kita boleh juga campurkan dua (2) sudu besar olive oil ke dalam semua jenis makanan panas dan sejuk seperti kari, sup, masak lemak, masak kicap, sayur, pelbagai sambal, makanan berkuah dan juga bergoreng.  Contohnya nasi goreng, sayur campur stir fry, mi, bihun, telur, ikan, ayam dan banyak lagi untuk kesihatan seisi keluarga. 

Bukan itu sahaja, boleh juga disapukan olive oil pada kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan untuk; menghilangkan kesan parut dan kekeringan kulit.  Membantu masalah eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta membantu melebat dan menghitamkan rambut.

al ard extra virgin olive oil
AL ARD Premium Organic Palestinian Extra Virgin Olive Oil


AL ARD Nabulsi Olive Oil Soap

Selain AL ARD Premium Organic Palestinian Extra Virgin Olive Oil First Harvest, mereka juga ada rangkaian produk lain berasaskan olive oil.  Antaranya adalah AL ARD Nabulsi Olive Oil Soap. Ianya adalah Sabun Minyak Zaitun 100% Extra Virgin.  Diperbuat 100% dengan buatan tangan oleh koperasi wanita Palestin di sekitar Nalbusi. Sabun Nabulsi olive oil mengandungi pelbagai khasiat antioxidant termasuklah vitamin A dan E. 

Selain itu, sabun Nabulsi olive oil membantu melembabkan kulit dan melambatkan proses penuaan.  Kalau korang nak tahu, formula dan resipi sabun ini adalah yang tertua di dunia semenjak zaman Levant lagi.  Ianya sangat sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.  Boleh juga digunakan sebagai syampu rambut. 

Paling penting, ianya bebas daripada bahan terlarang seperti parabens, SLS & SLES, pengawet, dan juga pewarna serta pewangi tiruan. 

al ard extra virgin olive oil
Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap

Dapatkan Produk AL ARD Sekarang Demi Kesihatan Unggul

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk rangkaian daripada AL ARD seperti AL ARD Nabulsi Olive Oil Soap, lebih-lebih lagi AL ARD Premium Organic Palestinian Extra Virgin Olive Oil First Harvest, korang boleh layari laman sesawang di alardproducts.my dan/atau alard.my 


Post a Comment

6 Comments

Suria Amanda said…
Olive oil antara yang sihat untuk diamalkan..boss ada bagi akak jenis ni..sama sebijik..tp x pandai dan x biasa makan..terus bagi adik..haha
Anonymous said…
Nice
yanieyusuf said…
Minyak zaitun AL'ARD ini bagus tau
Eyqa Hasnan said…
Kita sama laa.. eyqa pun amalkan olive oil jenama Al'Ard nie. Pilihan terbaik!
Wah bagus betul minyak zaitun al ard ni kan CX. Banyak khasiat dia ..
Izyan Balqis said…
produk ni memang bagus yer? minyak zaitun mmg terbaik