Shadow Beauty Korean Drama Review

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Shadow Beauty Korean Drama

Haritu tertengok sedikit slot shadow beauty dekat tiktok.  Kemudian macam biasa, cx apalagikan, teruslah cari cerita dia.  Kebiasaannya kalau dekat tiktok dia trending or viral, mesti cerita dia sedap.  Tetapi cx tak tengok itu semua, yang membuatkan cx tertarik untuk tengok adalah jalan cerita dia sendiri.  Waima baru seminit yang ditonton.  Memandangkan dekat tiktok itu cerita dia menarik perhatian, makanya cx pon cari dan tengoklah cerita ini sampai habis. 

shadow beauty korean drama review
Shadow Beauty Korean Drama

Shadow Beauty Korean Drama Sinopsis

Shadow Beauty korean drama merupakan terbitan tahun 2021.  Mempunyai sebanyak 13 episod. Watak utama adalah lakonan Shim Dal-Gi yang memegang watak sebagai Ae Jin.  Ae Jin ni seorang pelajar sekolah menengah. Dia selalu di buli di sekolah sebab budak-budak lain cakap Ae Jin tak cantik dan hodoh. Tapi Ae Jin ada seorang kawan yang setia dengan dia iaitu Jin Sung dilakonkan oleh Yang Hong Seok. 

Paling menarik sekali dalam shadow beauty korean drama ini adalah, Ae Jin ada rahsia besar yang dia simpan.  Tak siapa pon tahu rahsia dia.  Rahsia yang dia simpan selama ini iaitu Ae Jin merupakan seorang influencer.  Iya! influencer terkenal okay. Bukan biasa-biasa. Ae Jin menggunakan nama pentas dia sebagai Genie. Pengikut dia bukan calang-calang tau.  Hampir 770k yang follow Genie di instagram dia.  Ae Jin selalu selfie letak gambar-gambar dia yang comel cantik bergaya.  Tapi, Ae Jin suka edit muka dia agar nampak lebih cantik daripada wajah sebenar.  Ketaralah beza dia. 


Bukan itu sahaja, Ae Jin juga menjadi perhatian ramai apabila sedikit demi sedikit client bagi dia job untuk buat promosi di akaunnya.  Ae Jin secara tidak langsung mempunyai banyak barang terkini yang digilai anak remaja ketika itu. Nasib Ae Jin dalam dunia nyata tidak sehebat dan sebahagia Genie.  Ae Jin tetap dibuli dan dipulau di sekolah.  Tetapi Ae Jin tidak melawan sikit pon. 

Sehinggalah pada satu hari, rahsia Ae Jin terbongkar! Ada seorang kenalan yang mengetahui rahsia besar Ae Jin dan bermulalah porak perandanya hidup seorang Ae Jin. 

Shadow Beauty Korean Drama Review
Shadow Beauty Korean Drama 

Shadow Beauty Korean Drama Review

Secara keseluruhannya, cerita dia menarik untuk ditonton tetapi tidak untuk cx ulang semula.  Cx suka bila Ae Jin make-up dan bersiap untuk menjadi Genie.  Bila Ae Jin dah diketahui oleh seorang kenalan dia, cx lagi suka sebab dekat situ bermulanya hidup Ae Jin yang sebenar.  Di situlah Ae Jin dapat kawan yang betul-betul seorang kawan.  Bila cx mula tengok shadow beauty korean drama ni, cx tak boleh nak berhenti sebab nak sangat tahu apa jadi selepas itu.  

Cx dapat rasakan kalau cx lah jadi Ae Jin, cx juga akan jadi buntu dan sedih seumur hidup.  Iyalah, bila rahsia besar kita orang lain tahu dan ianya agak memalukan.  Mestilah malu beriya.  Tapi Ae Jin dapat hadapinya dengan tak berapa nak tenang jugalah.  Cx pon berdebar-debar juga bila tengok.  Tapi masa dah akhir cerita, cx rasa macam tak berapa nak puas hati sangat sebab senang benaulah orang lain dapat tahu rahsia Ae Jin.  Geram juga sebab ada psikopat yang memang menggila buru Ae Jin. 

Kalau korang nak tahu apa jadi dan siapa dalang-dalang yang tahu akan rahsia Ae Jin, kenalah tonton sendiri drama ni okay.  Korang carilah dekat mana-mana.  Cerita dia dah lama keluar, mesti korang senang jumpa.  Cx taknak cerita habis sebab nanti orang marah pula waima drama dah lama keluar. Okaylah, korang rasa apa jadi dekat Ae Jin di akhir cerita? Cuba komen seketul dua. kbai


Post a Comment

0 Comments