بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Pendaftaran Tahun 1 2024/2025 Online
Korang ada anak tabika atau pra sekolah sekarang pada tahun 2023? Haa, korang tergolong dalam golongan yang wajib apply pendaftaran tahun 1 2024 online okay. Makluman korang, pendaftaran tahun 1 2024 telah dibuka mulai semalam 2hb Mei 2023 sehingga 30hb Jun 2023. Pastikan korang cakna akan tarikh yang diberikan. Jangan jadi macam cx dulu, dah akhir waktu baru nak buat. Nasib baik sempat tau. Kalau tidak, susahlah kami nak daftar sekolah secara manual.
1. Portal Pendaftaran Tahun 1 2024 Online |
Permohonan pendaftaran tahun 1 2024/2025 ada dua mod iaitu;
- Secara atas talian (online) melalui portal - https://idme.moe.gov.my/login
- Secara manual pendaftaran di sekolah
Syarat pendaftaran adalah umur persekolahan tahun 1 bagi sesi 2024 adalah kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2hb Januari 2017 hingga 1hb Januari 2018.
Langkah-Langkah Pendaftaran Tahun 1 2024/2025
Pertama sekali, masuk ke laman web yang cx sebut diatas terlebih dahulu. Korang dikehendaki DAFTAR BARU untuk pendaftaran tahun 1 2024/2025. Bagi pendaftaran baru, kena guna maklumat ibu atau bapa yang mendaftarkan anak. Masukkanlah maklumat korang dan tukar password baharu. Nanti akan dapat email yang korang guna ketika mendaftar untuk log masuk sistem semula. Kemudian, selepas log masuk semula, korang pilih bahagian PENGURUSAN AWAM. Profil akan dipaparkan, waktu ini sila kemaskini semua maklumat yang dikehendaki seperti alamat, maklumat pasangan dan anak -anak.
2. Daftar Pengguna : Pendaftaran Tahun 1 2024 Online |
3. Pengurusan Awam: Pendaftaran Tahun 1 2024 Online |
Ketika kemaskini klik tambah anak/jagaan itu, pastikan semua anak yang sudah bersekolah ada maklumat di situ. Korang cek sahaja ikut kad pengenalan anak-anak setiap seorang. Macam cx, baru dua orang. Tapi sistem dia sangat baguslah. Memudahkan dan cepat selesai. Tak perlu pening. Selepas dah siap semua senarai anak-anak, barulah pergi ke bahagian permohonan kemasukan.
Dekat bahagian ini dia akan automatik kenalpasti anak-anak yang sekolah pra, tabika, tadika semua tu. Kiranya kita terus sahaja buat permohonan. Isilah sekolah mana yang kita nak pilih tetapi pemilihan sekolah adalah berdasarkan alamat rumah. Tetapi cx pilih sekolah lain sebab lagi dekat dengan tempat kerja suami. Mudah-mudahan dapat dan dipermudahkan urusan. Amin. Ohya! Jangan lupa lepas dah isi semua maklumat setiap satu bahagian, sila tekan SIMPAN okay.
4. Kemaskini Maklumat: Pendaftaran Tahun 1 2024 Online |
5. Permohonan Kemasukan: Pendaftaran Tahun 1 2024 Online |
Akhir sekali, korang kena pastikan semuanya benar , buat perakuan dan hantar! Kemudian boleh cetak dokumen untuk rujukan. CETAK surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan. SIAP!
6. Status Permohonan: Pendaftaran Tahun 1 2024 Online |
7. Cetak Permohonan: Pendaftaran Tahun 1 2024 Online |
Alhamdulillah. Selesai akhirnya permohonan kemasukan sekolah kakak untuk tahun 1 tahun 2024/2025 nanti. Syukur. Cx sarankan WAKTU TERBAIK adalah pada waktu malam pukul 2:00 pagi sehingga 5:00 pagi. Kalau tak mampu, boleh buat waktu pagi antara jam 10:30 pagi sehingga 12:00 tengahari. Sistem sangat smooth dan laju. Sekejapan sahaja dah siap isi permohonan. Selamat mendaftar ibu bapa! Good Luck!
Tarikh Penting Perlu Diingat
- Tarikh Mula Pendaftaran : 2 Mei 2023
- Tarikh Tutup Pendaftaran : 30 Jun 2023
- Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2023
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2023
1 Comments