Rambut Gugur Selepas Bersalin

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Rambut Gugur Selepas Bersalin 

Hai korang. Cx sebenarnya pernah olah dah pasal punca rambut gugur selepas bersalin.  Tetapi disebabkan cx sedang lagi mengalaminya, jadi cx rasa saja nak bercerita. Almaklum manusia memang suka nak meluah. Nak dijadikan cerita, cx baru lepas melahirkan anak keempat tahun lepas.  Jadinya cx jadi agak serabut dok hadap rambut gugur selepas bersalin ini.  Waima dah pernah menghadapnya dan bakal hadap lagi akan datang. Eh! Haha

Ketidakstabilan Hormon Dalam Badan

Rambut gugur selepas bersalin ni sebenarnya satu tindak balas yang biasa badan kita hadapi. Memang akan jadilah rambut gugur selepas bersalin mengikut tahap-tahap tertentu. Kenapa pula kan? 

Kalau korang nak tahu, waktu macam ni memang hormon dalam badan kita tak stabil.  Bila hormon tak stabil, dia boleh mempengaruhi pembuluh darah rambut.  Itulah pasalnya rambut kita gugur banyak. Kemain bersepah satu rumah. Pantang kau kais guna jari pon dia gugur.  

Keguguran rambut biasanya jadi pada bulan ke-3 sampai bulan ke-6 selepas bersalin dan boleh berlangsung selama beberapa bulan.  Haa,  sekarang cx dalam bulan ke-5.  Ya Rabbi Ya Rasulullah dia punya gugur tu kalau dikumpulkan, boleh jadi rambut barbie doll tau! Bukan satu barbie doll tapi satu keturunan dia. Stress aku! Haha

Rambut Gugur
Rambut Gugur Selepas Bersalin


Keperluan Nutrisi Rambut Sihat

Bila jadi rambut gugur selepas bersalin ni, memang keperluan nutrisi rambut kena cantik. Nutrisi apa je yang diperlukan oleh rambut kita untuk kekal sihat? Haa jom cx kongsi sikit dekat bawah ya. Penting-penting sajalah cx bagi eh. 

  • Protein: Rambut terdiri daripada protein, jadi pengambilan protein yang cukup sangat penting untuk memastikan rambut tetap kuat dan tumbuh dengan baik.
  • Vitamin B: Vitamin B seperti Biotin, Niasin, dan Asam Pantotenat sangat penting untuk kesihatan rambut. Vitamin B membantu memperbaiki aliran darah ke folikel rambut dan membantu menghasilkan sebum yang memastikan rambut tetap lembab dan kuat.
  • Vitamin C: Vitamin C membantu meningkatkan produksi kolagen, yang merupakan bagian penting dari rambut.
  • Zat Besi: Kekurangan zat besi dapat menyebabkan keguguran rambut dan memperlambat pertumbuhan rambut.


Rambut Tumbuh Semula Dengan Gaya Hidup Sihat 

Cx ada baca tau yang rambut gugur ini boleh tumbuh balik. Bila dah lepas fasa gugurlah kiranya. Mak-mak macam kita ni memang risau betul bila rambut asyik sangat gugur. Seronok agaknya ya rambut ni kemain gugur banyak. Syukurlah boleh tumbuh balik kan? Kalau tak, gamaknya mak-mak dekat muka bumi ni akan botak ler jadinya. 

Tapi kalau nak rambut tumbuh balik, kita sendiri kena amalkan gaya hidup yang sihat dan kuat.  Iyalah, nak dapatkan balik dan cukupkan nutrisi yang rambut kita perlukan. Makanya, kita kenalah lebih cakna apa nak kena buat. Betul tak? 

Jadi, untuk memastikan pengambilan nutrisi yang cukup, kita mak-mak budak disarankan untuk makan makanan yang kaya nutrisi, seperti daging, ikan, biji-bijian, sayuran hijau, dan buah-buahan. Lepastu, boleh juga kalau kita ambil suplemen vitamin dan mineral jika diperlukan. Itupon kalau kita dapat nasihat pakarlah. Semoga kita tak botaklah ya. Hehe

Post a Comment

0 Comments