Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)


Pada 17hb Mei 2022 yang lalu, cx berkesempatan untuk hadir satu majlis sambutan Hari Raya bersama anak yatim yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia..  Menariknya majlis kali ini dimana dapat sama-sama meraikan majlis penuh makna ini bersama mereka di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Melaka.  Ya, Melaka.  Melaka tanah tumpah darahku.  Alhamdulillah.  

zakat korporat mcdonalds malaysia 2022
Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Makluman korang, cx sebenarnya mengimarahkan lagi Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald's Malaysia kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).  Majlis ini dianjurkan oleh McDonald's Malaysia di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil, Melaka.  Majlis penuh berkah ini menyaksikan pemyampaian bayaran zakat korporat 2022 oleh McDonald's Malaysia kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka.  Di samping itu, McDonald's Malaysia turut mengadakan majlis sambutan Hari Raya dan agihan duit raya bersama anak-anak yatim yang menetap di situ.  

McDonald's Malaysia Prihatin Terhadap Golongan Asnaf dan Yatim Piatu

Menjadi satu kebanggaan apabila ada sebuah organisasi yang masih prihatin dan ambil berat terhadap golongan asnaf serta yatim piatu.  Syukur Alhamdulillah. Cx sebagai anak jati Melaka berasa bangga dan bersyukur apabila McDonald's Malaysia prihatin akan golongan asnaf dan yatim piatu di Melaka ini.  

zakat korporat mcdonalds malaysia 2022
Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

McDonald's Malaysia merupakan sebuah syarikat milik pelabur Islam.  McDonald's Malaysia juga sentiasa komited memenuhi tanggungjawabnya untuk membayar zakat korporat tahunan.  Ini merupakan satu tindakan yang harus dicontohi dan dibanggakan.  Lebih-lebih lagi membayar zakat adalah satu syariat dalam agama Islam.  

Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald's Malaysia dihadiri oleh YBhg, Datuk Haji Ibrahim bin Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka, puan Shakina binti Mohd Said, Ketua Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Melaka, puan Arina Saffura binti Alim, Ketua Seksyen Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Melaka dan encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia.

Kutipan Zakat Korporat Tertinggi Bagi Tahun 2022

Menariknya lagi, zakat korporat McDonald's Malaysia pada tahun 2022 bernilai RM180 ribu.  Ini merupakan jumlah tertinggi yang dibayar kepada Pusat Kutipan Zakat Melaka sejak McDonald's Malaysia mula membayar zakat korporat.  Nilai ini merupakan sumbangan kembali kepada golongan asnaf dan yang memerlukan di seluruh negeri Melaka.  


zakat korporat mcdonalds malaysia 2022
Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Zakat korporat peringkat negeri Melaka merupakan negeri ke-enam yang McDonald's Malaysia telah membayarkan zakat korporat untuk tahun 2022 ini.  Syukur Alhamdulillah.  Tambahan lagi, McDonald's Malaysia sentiasa menerapkan nilai-nilai positif dengan menyumbang kembali kepada masyarakat sekitar lokasi ianya beroperasi di seluruh negara.  Pada cx, ini adalah satu nilai murni yang sangat baik. 

Kemeriahan Sambutan Hari Raya dan Agihan Duit Raya Bersama 50 Anak Yatim 

McDonald's Malaysia juga bersama-sama menyambut Hari Raya bersama lebih kurang 50 orang anak-anak yatim yang menetap di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah.  Selain itu, McDonald's juga mengagihkan sumbangan duti raya kepada anak-anak yatim tersebut.  Terpancar kegembiraan anak-anak yatim di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dengan sambutan ini.  Semoga kemuliaan ini dapat berterusan dan diberkahi Allah dunia akhirat. Amin.  


zakat korporat mcdonalds malaysia 2022
Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Post a Comment

0 Comments