بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Buffet Ramadan 2022 Melaka Jelajah Selera Bersama Double Tree by Hilton
Pejam celik, pejam celik, dah sampai Ramadan untuk tahun ini. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan izinNya, kita dapat sambut lagi bulan mulia. Masa awal-awal puasa, cx agak rasa macam belum panas lagi keadaan gamaknya tau. Tambah-tambah lagi kita mak-mak ada askar comel dekat rumah memang tak dapat nak turut serta solat teraweh berjemaah dekat surau atau masjid. Jadi dia punya feel itu agak lambat nak sampai. Lorat kan? Sampailah tiba-tiba ada rezeki untuk berbuka di luar. Lagi menjadi keterujaan dan sampai feel itu bila dapat makan Buffet Ramadan. Seronok sungguh oi! Buffet Ramadan 2022 Melaka kali ini cx seronok menikmati "Jelajah Selera" bersama Double Tree by Hilton di Makan Kitchen.
Double Tree by Hilton dengan bangganya mempersembahkan "Jelajah selera" pada Ramadan ini dengan menu perayaan yang meluas. "Jelajah Selera" yang menampilkan bufet bertema di kedai makan sepanjang hari hanya di Makan Kitchen.
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Menampilkan Resipi Hidangan Istimewa Malaysia
Jelajah yang membawa maksud meneroka dan Selera pula adalah keinginan untuk makan. Ianya diilhamkan oleh permaidani budaya dan warisan masakan Malaysia yang unik. Berdasarkan tema kebangsaan tahun yang ini menjemput tetamu untuk memulakan perjalanan gastronomi dengan menampilkan resipi terkenal hidangan istimewa Malaysia. Malaysia lebih menonjol sebagai pusat kepelbagaian di Asia, makanya Jelajah Selera bersama Hilton adalah buktinya.
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
"Pandemik telah mengajar kita untuk benar-benar menghargai masa berkualiti bersama orang tersayang. memandangkan keluarga dan rakan-rakan akhirnya dapat berkumpul juga merangkul semangat perayaan pada tahun ini. Jadi, Doubletree by Hilton Melaka mengajak semua orang untuk bersama-sama mencipta kenangan baharu ketika mereka memulakan pengembaraan kulinari pada Ramadan ini,'' kata pengarah pemasaran dan komunikasi hilton; Eugene Oelofse .
Jelajah Selera merupakan buffet Ramadan 2022 Melaka yang mengorak langkah bijak dan bersemangat agar kita semua dapat kembali menikmati nikmat Ramadan seperti sebelumnya bersama keluarga.
Gerai Gaya Bazaar Ramadan Diketengahkan
Makan Kitchen merupakan cawangan popular hotel, menampilkan pelbagai hidangan istimewanya dan lebih daripada 10 gerai aksi gaya Bazaar Ramadan. Gerai gaya Bazaar Ramadan yang menjanjikan pengalaman menjamu selera holistik dan hidangan untuk deria rasa terhebat. Lagi menariknya, cx suka tau sebab Jelajah Selera memberikan tumpuan pada bahan-bahan sumber tempatan, daging dan makanan laut berkualiti premium serta rasa asli yang sangat memuaskan selera setiap pengunjung.
Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan pancaragam secara langsung setiap malam sementara makan malam bermula. Ianya memang satu suasana yang selesa dan berselera. Hidangan istimewa yang korang kena cuba dan tidak akan lepaskan untuk menikmatinya sendiri;
- Kerabu Jantung Pisang dengan Bebet Puteri Sadong
- Kerabu Pucuk Paku dengan kerang Paya Bakau
- Nasi Ulam Ulaman 7 Keturunan
- Bergedil Ikan Pantai Irama
- Rendang Ketam Daun Limau Purut
- Puyuh Salai Masak lemak Cili Api Nogori
- Udang Galah Belimbing Masak Lemak Tempoyak
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Pada cx, semua makanan yang ada memang sedap belaka. Bila Jelajah Selera buat gaya gerai di bazaar, cx rasa teruja sebab jadi rambang mata tau nak makan apa tak tahu. Semua kita order dan mereka buat waktu itu juga. Memang makan panas-panaslah gayanya. Macam suami cx makan kuey tiaw goreng. Kemain sedap katanya. Anak-anak cx pula makan nasi minyak kukus, berselera siap bertambah sebab sedap katanya. Lepastu, banyaklah kuih muih dan pencuci mulut yang anak-anak cx makan.
Air dia paling padu adalah air tebu dan dragon fruit bandung. Padu habis bak hang! Bercawan-cawan ambil air. Air panas dia pon sedap! Pekat kaw dia bagi. Secara keseluruhan, memang puas hati makan dekat buffet ramadan 2022 melaka Jelajah Selera bersama Double Tree by Hilton. Berbaloi bayar tau! Ohya, cx makan nasi putih dengan asam pedas terung dan masak lemak cili api siput sedut. Meleleh beb ! Sedap tak terkata! Cukup pekat, rasa dia semua lengkaplah! Terbaik. Lupa satu lagi, anak cx makan spaghetti carbonara juga, sedap cukup segala, habis anak-anak cx makan. Sedap katanya.
Jelajah Selera Bersama Double Tree by Hilton Pilihan Terbaik Seisi Keluarga Dan Kenalan
Buffet Ramadan 2022 Melaka kali ini, memang korang kena cuba sendiri makan dan nikmati keenakkannya bersama Jelajah Selera. Menu bufet ini juga akan ada putarannya, dimasak dan disaji secara bergilir-gilir setiap hari untuk memberikan pengunjung pengalaman segar setiap masa. Jadi, ianya memang sajian yang tidak mengecewakan. Berbaloi sangat untuk turut serta berbuka puasa Jelajah Selera bersama Double Tree by Hilton. Memang ianya pilihan terbaik seisi keluarga dan kenalan.
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Buffet Ramadan 2022 Melaka "Jelajah Selera" Bersama Double Tree by Hilton |
Bufet Jelajah Selera di Makan Kitchen bermula pada 3hb April - 2hb Mei 2022, dari jam 6:30 petang - 10:00 malam. Buffet Ramadan 2022 Melaka Jelajah Selera berama DoubleTree Hilton berharga RM138.00 bagi dewasa dan RM69.00 untuk setiap kanak-kanak (berusia 5-11 tahun)
Maklumat lanjut, boleh hubungi +606 222 3333, e-mel MKZMM_FB@hilton.com atau layari www.eatdrinkhilton.com.
0 Comments