Kejayaan Asyraf Khalid, Anak Didik Dr Azizan Osman Terbongkar

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kejayaan Asyraf Khalid, Anak Didik Dr Azizan Osman Terbongkar

Menjadi usahawan dalam bisnes yang dikendalikan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah sekiranya kita kurang atau tiada ilmu yang betul.  Ramai usahawan mula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan namun tak semua mampu berdiri teguh untuk bertahan.  Namun, dalam kita membina empayar sendiri, berguru itu adalah perlu dan sangat membantu.  Demikian juga kisahnya kejayaan Asyraf Khalid yang dikecapi kini.  Asyraf Khalid merupakan salah seorang anak Didik Dr Azizan Osman, melalui bimbingan Titan RichWorks.  Hal ini diluahkan sendiri oleh bapa Asyraf Khalid iaitu Datuk K.  

kejayaan asyraf khalid
Kejayaan Asyraf Khalid, Anak Didik Dr Azizan Osman Terbongkar

Dr Azizan Osman Mengubah Kehidupan Bisnes Asyraf Khalid

Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid disebabkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman didedahkan oleh bapanya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K baru-baru ini.  Semalam, Asyraf Khalid telah berkongsi sebuah hantaran video yang mana Datuk K merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman.  Penghargaan di atas perubahan yang berlaku kerana membimbing anaknya Asyraf Khalid dalam merubah kehidupan bisnenya hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja.  

kejayaan asyraf khalid
Kejayaan Asyraf Khalid, Anak Didik Dr Azizan Osman Terbongkar


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini" - Asyraf Khalid

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik" - Asyraf Khalid

Ucapan berikut dibuat oleh Asyraf Khalid ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu.  Ucapan penghargaan Asyraf Khalid di dalam hantaran videonya telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam sahaja.  



Dulunya Budak Nakal, Kini Usahawan Berjaya

Waima Asyraf Khalid faham dan sedar bahawa perjalanan kehidupan bisnesnya masih jauh, namun beliau rasa sangat bersyukur.  Syukur tak terhingga apabila buat pertama kali, bapanya membuat luahan di hadapan mentor sendiri.  Akuinya lagi, jika dulu beliau merupakan seorang budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya.  Acapkali merasakan dirinya sangat tidak berjaya.  Namun kin segalanya berubah 360 darjah. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa memberi bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup" - Asyraf Khalid

 

kejayaan asyraf khalid
Kejayaan Asyraf Khalid, Anak Didik Dr Azizan Osman Terbongkar

Katanya lagi, kegagalan dulu bukanlah satu halangan untuknya menjadi orang yang boleh dibanggakan kini.  Justeru, Asyraf Khalid rasa berterima kasih kerana potensi dirinya dikorek oleh mentor hebatnya Dr Azizan Osman.

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini." - Asyraf Khalid


Bukan Sekadar Mentor Bisnes Tetapi Lebih Lagi

Dr Azizan Osman bukan sekadar menjadi seorang Mentor yang disegani dalam berbisnes, tetapi turut membimbing secara holistik termasuklah kepimpinan dan hubungan sesama manusia serta Maha Esa.  Dr Azizan Osman merupakan mentor yang terbaik buat Asyraf Khalid. 

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Dr Azizan Osman dan RichWorks yang membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi" - Datuk K
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit, masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan" - Datuk K

kejayaan asyraf khalid
Kejayaan Asyraf Khalid, Anak Didik Dr Azizan Osman Terbongkar

Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum akan kebolehan yang dimiliki Dr Azizan Osman melahirkan ramai usahawan jutawan.  Ini kerana Datuk K sangat kagum dengan bimbingan Dr Azizan Osman yang boleh buat anak didiknya mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan yang dikecapi.  Inilah sebahagian pahala Dr Azizan Osman yang diperolehnya.

"Saya pun cemburu dan kagum dengan Dr Azizan Osman kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tidak boleh buat.  Bayangkan jutawan yang Dr Azizan Osman bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka.

Saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya" - Datuk K

Be Humble, Jangan Terlalu Bangga Dan Ego Setelah Berjaya

Sementara itu, Datuk K turut memberikan nasihat dan mengingatkan kepada bangsa usahawan yang berjaya agar tidak melupakan individu lain.  Individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.  Menurut Datuk K lagi, usahawan berjaya masa kini sangat beruntung kerana Dr Azizan memimpin tangan mereka, kerana di usia muda dulu tidak dapat semua kelebihan ini. 

"Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahwan jutawan) sangat beruntung.  Saya tidak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan." - Datuk K

kejayaan asyraf khalid
Kejayaan Asyraf Khalid, Anak Didik Dr Azizan Osman Terbongkar

Ditambah lagi, Datuk K berpesan agar sentiasa merendah diri, jangan dongak terlalu tinggi kerana di luar sana ada juga orang yang tidak berjaya seperti kita.  Bak kata pepatah, "jadilah seperti resmi padi, makin berisi, makin menunduk".

"Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tidak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', " - Datuk K

Kejayaan Asyraf Khalid Boleh Dijadikan Contoh Terbaik

Secara kesimpulannya, pada cx melalui kejayaan yang dikecapi oleh Asyraf Khalid melalui bisnes Mutyara boleh dijadikan contoh terbaik.  Kita sebagai usahawan pemula atau baru nak bertapak, seeloknya dijadikan inspirasi kisah Asyraf Khalid.  Semoga kita semua mampu membina empayar bisnes sendiri dengan ilmu dan bimbingan yang betul.  Dunia dapat, akhirat juga dapat. InShaAllah Amin

Post a Comment

0 Comments