Wish Dragon Movie Review

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Wish Dragon Movie Review

Wish Dragon Movie merupakan sebuah animasi kartun yang berfantasi juga diselitkan komedi menarik untuk tontonan pelbagai usia.  Menariknya Wish Dragon Movie ini adalah diarahkan oleh aktor terkenal Jackie Chan.  Wish Dragon Movie merupakan kolaborasi Columbia Pictures, Sony Pictures Animations dan beberapa syarikat ternama yang lain.  Cx terpanggil untuk review wish dragon movie ini disebabkan tertarik dengan jalan cerita yang lebih kepada kepercayaan orang China.  Cx suka dan seronok menonton bersama anak-anak dan suami.  

Wish Dragon Movie Review
Wish Dragon Movie Review

Wish Dragon Movie Sinopsis

Wish dragon Movie mengisahkan seorang anak muda lelaki bernama Din.  Din seorang pelajar kolej yang bekerja di Shanghai sebagai penghantar makanan dan bungkusan.  Din mempunyai satu impian sejak kecil iaitu untuk bertemu semula dengan kawan baiknya ketika zaman kanak-kanaknya iaitu Li Na.  Li Na telah berpindah sepuluh tahun lalu dari kawasan kejiranan mereka kerana terpaksa ikut bapanya Encik Wang dan kini telah menjalani kehidupan serba mewah. 

Pada suatu hari, Din diberikan teko hijau sebagai imbalan bayaran pesanan oleh seorang lelaki tua.  Melalui teko hijau tersebut, muncullah Long seekor naga yang menunaikan hajat.  Long memberitahu Din, dia akan mengabulkan tiga permintaan kepada tuannya, iaitu sesiapa yang memegang teko hijau tersebut. Din akan menjadi tuan kesepuluh dan terakhir Long serta akan membebaskan Long daripada perhambaannya.  Pembebasan Long membolehkannya memasuki dunia Roh.

Wish Dragon Movie Review
Wish Dragon Movie Review

Kemudian, bermulalah kejadian yang tidak terduga dimana Din dikejar oleh trio orang jahat, diketuai oleh seorang lelaki bernama Pockets, dihantar oleh Encik Wang untuk mendapatkan semula teko hijau.  Ianya dengan harapan dapat menyelamatkan perniagaannya yang gagal. Din menggunakan hasrat pertamanya untuk melawan penjahat dan melarikan diri.


Setelah hajat pertama dan kedua Din ditunaikan, belum sempat permintaan ketiganya ditunaikan, teko hijau tersebut telah dirampas oleh Pockets.  Perebutan berlaku dan ketika Pockets cuba menukar Din menjadi emas dengan tangan sentuhan emasnya.  Tiba-tiba Long menghalang Pockets, menyebabkan Long dan Pockets membeku serta bertukar menjadi emas, kemudian jatuh ke dasar sungai.  Manakala Pockets jatuh berkecai ke tanah.  

Tanpa naga yang menunaikan hajat, hajat tuannya tidak boleh berlaku waima ada permintaan.  Berjayakah hajat ketiga Din ditunaikan Long yang telah bertukar menjadi batuan emas di dasar sungai?  Apakah Din berjaya bertemu Li Na kawan baiknya ketika zaman kanak-kanak? Apakah hajat ketiga Din yang mengubah segala keadaan yang telah terjadi? 

Wish Dragon Movie Review
Wish Dragon Movie Review

Review Peribadi Wish Dragon Movie 

Secara kesimpulan peribadi, cerita wish dragon movie ini sangat menarik dan terhibur.  Korang tak rugi tengok dengan keluarga.  Jalan cerita yang menarik dan tak sempat nak jemu sedikit pon.   Dia macam kita tengah tengok cerita Jackie Chan tau.  Penuh aksi dan cerita serta kelakar.  Anak-anak cx tengok pon asyik ketawa sahaja.  Lagipun naga Long memang sangat comel.  Dia punya perangai yang agak polos dan kuno menyerikan lagi jalan cerita.  Cx bagi 10/10 bintang untuk Wish Dragon Movie. 


Post a Comment

2 Comments

dorsett pink said…
Wow! Best ni. Nanti nak ajak anak-anak la tengok cerita ni
dorsett pink said…
Wow! Best ni. Nanti nak ajak anak-anak la tengok cerita ni