Raya and The Last Dragon Movie Review

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Raya and The Last Dragon Movie Review

Cx ni seorang yang sangat suka tengok kartun animasi.  Lebih-lebih lagi kartun animasi Disney. Bagilah cerita Disney tajuk apa pon, memang cx akan tonton.  Minat sungguh! Cx tak pernah terfikir pon nak kongsi review cerita Disney Cartoon dekat blog sebenarnya sebab bukan niche cx.  Tapi disebabkan ramai suka cx review cerita dekat blog, cx jadi macam seronok pula nak kongsi.

Tapi lebih kepada cerita yang cx sukalah macam Disney Cartoon.  Jadi kali ini cx nak kongsi dengan korang review Raya and The Last Dragon Movie. 

Raya and The Last Dragon Movie Review
Raya and The Last Dragon Movie Review

Sinopsis Raya and The Last Dragon Movie

Raya and The Last Dragon Movie menceritakan tentang kejadian di dunia fantasi bernama Kumandra. Kehidupan harmoni dan bahagia antara manusia bersama naga tanpa sebarang persengketaan. Pada suatu hari, berlakunya perselisihan antara manusia sendiri yang membawa kepada malapetaka. Mereka merebut permata naga yang selama ini dilindungi demi keamanan. Namun berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Lahirlah satu keadaan asap tebal yang hidup dan mengubah semua makhluk menjadi batu.

Tetapi, naga terakhir masih selamat dari asap tebal yang dipanggil Druun.  Naga yang seekor terselamat itu pula bernama Sisu.  Sisu menggunakan kuasanya untuk membentuk sebuah permata naga yang dipenuhi dengan semua kuasa naga-naga yang ada. Maka termusnahlah kesemua Druun.  Namun, ianya hanya mengubah semula manusia batu dan tidak naga-naga yang lain. Naga-naga tersebut kekal menjadi batu-batuan naga. 

Raya and The Last Dragon Movie Review
Raya and The Last Dragon Movie Review

Sisu sebagai naga terakhir menghilangkan diri dan meninggalkan permatanya.  Tapi disebabkan manusia takut kalau Druun datang balik, jadi mereka semua mula berebut untuk memiliki permata kuasa Sisu.  Disebabkan perbalahan tersebut, Negara Kumandra pecah belah dan dikuasai oleh lima suku iaitu Fang, Heart, Spine, Talon, and Tail. Maka kembalilah manusia dan alam menjadi batu semula. Druun kembali menguasai keadaan alam. 

Setelah 500 tahun berlalu, bermulalah pengembaraan Raya dan Tuk Tuk rakan seperjuangannya dalam mencari Naga Sisu dan permata naga yang terpisah. Dalam masa yang sama, Raya diburu oleh Namaari iaitu suku kaum Taring. Berjaya atau tidak Raya menjumpai Naga Sisu dan satukan kembali permata naga yang terpisah? Hidupkah kembali manusia batu dan alam semesta menjadi normal? 


Review Peribadi Raya and The Last Dragon Movie

Cerita Raya and The Last Dragon ini dipertontonkan di Malaysia pada 5hb Mac 2021. Direktornya adalah Carlos Lopez Estrada. Kalau korang nak tahu, Raya and The Last Dragon Movie dah mencecah box office dengan nilai kutipan 122.7 million dolar. Memang hebat !  Sebenarnya cerita animasi Raya and The Last Dragon ini terinspirasi daripada budaya Asia Tenggara. Jadi cx lagi rasa seronok bila tengok dengan anak-anak. 

Cx suka jalan cerita Raya and The Last Dragon Movie yang penuh semangat dan mencabar.  Keberanian Raya dalam menghadapi benda baru yang belum diketahuinya memang membuatkan kita taknak berganjak langsung dari depan skrin.  Cx suka bahagian bila Raya mula mengembara kembali ke negara asalnya untuk mencari permata yang lain.  Kecomelan pada watak bayi dengan monyet-monyet kecil yang sangat melucukan, memang buat kami sekeluarga tertawa tak henti.  Tak kurang hebatnya teletah Sisu yang sangat comel dan kelakar. Sisu yang selalu jadi punca sesuatu rancangan tidak berjaya.


Pada cx, cerita Raya and The Last Dragon ini memang seronok dan menarik untuk ditonton seisi keluarga.  Banyak juga rahsia tersembunyi di sebalik plot cerita.  Nilai kepercayaan antara satu sama lain yang mereka tunjukkan di akhir cerita agak menyentuh hati juga. Terharu bila mereka bersatu waima masih tidak teguh kepercayaan antara satu sama lain.  Cx bagi 10/10 bintang untuk cerita Raya and The Last Dragon Movie ini. Terbaik. Tak bosan tengok.



Post a Comment

1 Comments

dorsett pink said…
Menarik review 👍👍