Shopping Baju Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari Hari

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Shopping Baju Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari Hari

"Pejam celik Pejam celik, raya datang lagi" .  Sama macam lirik lagu Iman Troye kan? Sekejap sahaja dah 13 Ramadan 1442H.  Syukur ke hadrat Ilahi.  Cx tak kira hari untuk pausa kali ini.  Tiba-tiba dah nak dekat 15 Ramadan.  Haa, korang dah beli baju raya ke belum tu? Kalau macam tahun-tahun lepas, cx lebih cenderung untuk beli kain dan tempah sendiri.  Tetapi pada tahun ini, sedikit kelainan cx dan suami rancangkan.  Memandangkan nak meraikan anak-anak kami yang cekal dan tabah dalam belajar berpuasa penuh pada tahun ini, kami raikan mereka dengan baju pilihan mereka sendiri.  

Makanya semalam sempena 12 Ramadan, cx dan suami bawa anak-anak untuk shopping baju raya sedondon di Pusat Pakaian Hari-Hari ! Cx tak pernah sebenarnya beli baju raya dekat Pusat Pakaian Hari-Hari. Memandangkan ramai yang suggest untuk shopping di sana, jadinya kami pon pergilah semalam.  Katanya baju raya murah terkini ada dekat Pusat Pakaian Hari-hari.  Jom serbu!

baju raya murah 2021
Shopping Baju Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari-Hari

Banyak Pilihan Baju Raya yang Cantik dan Menarik

Gara-gara pertama kali pergi ke Pusat Pakaian Hari-hari dengan keluarga, makanya cx buat keputusan untuk pilih baju raya sedondon. Banyak juga pilihan baju raya yang cantik-cantik dekat Pusat Pakaian Hari-hari  ini ya.  Saiz pon boleh tahan masih banyak.  Mungkin cx pergi beli di pertengahan puasa, tak ramai lagi yang buat persiapan raya.  Boleh tahan rambang juga mata nak buat pilihan baju raya.  Tambahan lagi anak-anak cx boleh tahan berlari sana sini dalam Pusat Pakaian Hari-hari.  Pening pekerja dia layankan.  

Korang sangat sesuai kalau nak beli baju raya sedondon satu famili dekat Pusat Pakaian Hari-hari tau.  Semua baju saiz bermula daripada anak kecil sehingga dewasa InshaAllah ada.  Kemudian pilihan warna pon banyak sangat.  Kawasan Pusat Pakaian Hari-hari dekat Melaka in ada beberapa cawangan tetapi cx pilih untuk pergi dekat MiTC berdepan dengan Mydin Melaka.  Pusat Pakaian hari-hari dekat Mitc Melaka ini ada dua tingkat.  Besarlah juga dan boleh buat pilihan.  Baju raya terkini 2021 memang mereka letak dekat bahagian depan supaya mudah orang buat pemilihan dan pembelian.  Bahagian depan bangunan pula ada ruang tawaran hebat baju-baju lain. 




baju raya sedondon 2021
Shopping Baju Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari-hari


baju raya murah 2021
Shopping Baju Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari-hari

Boleh Beli Baju Raya Terkini Secara Online

Kalau korang nak tahu, Pusat Pakaian Hari-hari ini juga ada jualan secara atas talian tau!  Senang dah sekarangkan?  Tak perlu nak susah payah keluar beli baju raya murah terkini.  Korang boleh layari laman web www.ehari.com atau shopee Hari-Hari.  Jangan korang lepaskan peluang tau sebab Pusat Pakaian Hari-hari ada tawaran dan diskaun menarik menanti !

Setiap pembelian melebihi RM100 keatas, korang akan dapat sampul raya khas Pusat Pakaian hari-hari!  Comel sangat sampul raya dia.  Kalau korang buat pembelian melebihi RM200 ke atas, nanti boleh dapat beg istimewa Pusat Pakaian Hari-hari! 

Siap Shopping Baju Raya Sedondon 2021 


Tak sangka tahun ini buat persiapan awal waima bahang raya belum terasa lagi.  Tapi syukur Alhamdulillah cx dah siap shopping baju raya sedondon dengan keluarga.  Nak tahu baju raya kami warna apa?  Nantikan cx dan famili kongsikan di instagram pada hari raya nanti okay! Anak-anak cx paling teruja pilih dan cuba baju raya diorang.  Anak cx yang paling kecil itu pon seronok bila cx cuba pakaikan baju raya dia. hehe. Syukur Alhamdulillah atas rezeki Allah bagi.

baju raya murah 2021 melaka
Shopping Baju Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari-hari


baju raya sedondon 2021
Shopping Baju Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari-hari



baju raya murah terkini
Shopping Baju Raya Sedondon di Pusat Pakaian Hari-hari

Shopping baju raya sedondon satu famili di Pusat Pakaian Hari-hari agak selesa bagi cx sebab kurang orang agaknya waktu ini.  Kemudian pekerja dia sangat baik melayan kerenah kami anak-beranak.  Terima kasih cx ucapkan sebab rajin layan kami waima banyak kali tukar saiz baju.  Tambahan lagi anak-anak cx yang aktif berlari kesana kesini waima puasa.   Syukur dah siap baju raya tahun ini.  Korang macam mana? Dah siap ke? hihi

Post a Comment

3 Comments

AzianKhalil said…
dulu selalu gak beli baju kat hari hari... ni dah takde cawangan yg dekat..sebab tu tak ke sana
Mar Mansor said…
banyak sangat pilihan baju raya kan kat sini. harga pun mampu milik.