Joymix Yoghurt Yuja Probiotic Supplement Terbaik untuk Imunnity Tubuh Badan Seisi Keluarga

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Joymix Yoghurt Yuja Probiotic Supplement untuk Imunnity Tubuh Badan Seisi Keluarga

Probiotik merupakan mikro organisma hidup yang memberikan kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi.  Kalau korang nak tahu, probiotik adalah sangat baik untuk mengurangkan masalah alahan.  Salah satu sebabnya adalah kerana probiotik mampu meningkatkan dan menstabilkan sistem imuniti tubuh badan.  Antara contoh makanan yang kaya dengan probiotik adalah seperti dadih (yogurt), minuman susu kultur dan makanan diperam seperti budu, cencalok serta belacan yang membantu mencegah kanser usus.

probiotic supplement
Joymix Yogurt Yuja Probiotic Supplement Terbaik untuk Imunity Tubuh Badan Seisi Keluarga
(Shawl: Beli Sini)

Membentuk Tiga Sistem Pertahanan Meningkatkan Imuniti Tubuh Badan Semua Peringkat Umur

Bagaimana Joymix Yogurt Yuja mampu membentuk tiga sistem pertahanan untuk tingkatkan imuniti tubuh badan bagi semua peringkat umur? Joymix Yoghurt Yuja meningkatkan imuniti badan dengan tiga bahan utama iaitu Sacchoromyces boulardii (yeast), Yeast Beta Glucan dan Colostrum (bentuk susu lembu pertama). Ketiga-tiga bahan ini mewujudkan tiga sistem pertahanan dalam tubuh manusia. Ianya adalah gabungan asas yoghurt.  Rasa Joymix Yoghut Yuja adalah manis masam yang ringan dan ianya adalah  satu inisiatif terbaik untuk mencipta probiotic suplemen yang bagus.

  • Sistem Pertahanan 1: 

Mekanisme tindakan utama adalah perencatan pertumbuhan bakteria patogen dalam usus serta rangsangan pengeluaran antibodi terhadap toksin yang dikeluarkan oleh mikroba usus. Lebih mudah faham, ianya membantu menyahtoksin toksin yang dihasilkan oleh bakteria dalam usus dan merangkumi 70% sistem imun badan. Jadi, bagi  pengguna yang pertama kali mencuba, mungkin  najisnya lebih berbau dan itu adalah perkara biasa.

  • Sistem Pertahanan 2:

Yeast Beta Glucan (YBG) ada peranan penting dalam meningkatkan imuniti, anti-jangkitan dan penyembuhan luka. Saluran gastrousus adalah organ imun utama kerana jumlah sel imun yang tinggi terdapat di sini. YBG membantu meningkatkan kecekapan sel-sel yang bertanggungjawab membasmi dan memusnahkan patogen untuk bertindak balas dengan cepat terhadap jangkitan, menyokong sistem imun kita. Dengan kata lain, ianya memberi amaran kepada sel imun dalam sistem limfa usus untuk menyerang sel asing.

Lebih-lebih lagi, kehadiran YBG meningkatkan sintesis kolagen kepada lapisan kulit yang penting dalam penyembuhan luka.  Jadi, YBG memainkan peranan agak penting juga dalam mengaktifkan sel imun yang mungkin tidak aktif. Semakin banyak sel imun yang tidak aktif, semakin lemah imuniti.

  • Sistem Pertahanan 3: 

Imunoglobulin yang berasal dari kolostrum adalah sejenis antibodi yang disediakan oleh mamalia untuk bayi baru lahir untuk mewujudkan kekebalan seumur hidup. Sebilangan besar antibodi imunoglobulin dalam peredaran darah pasti dapat menurunkan risiko jangkitan, alergi bersama dengan penyakit auto-imun,

probiotic supplement
Probiotic Supplement Joymix Yoghurt Yuja for immunity

Kelebihan Joymix Yogurt Yuja

  • Anti-cirit-birit 

Yis Probiotik boleh merosakkan protozoa usus dan bakteria pada saluran gastrousus. Cirit-birit mudah berlaku semasa kita pergi ke tempat lain. Ambil 1-2 sachet sebelum memulakan perjalanan.

  • Menyokong sistem imun yang berkaitan dengan selsema (rinitis) dan asma 

Imunnoglobuilin yang berasal dari kolostrum dalam susu lembu dan susu ibu memudahkan pengeluaran sel-T yang diperlukan untuk kesan perlindungan dalam perkembangan asma [4]. Sebenarnya, di kalangan pesakit yang mengambil suplemen kolostrum, tempoh pemulihan dari selesema adalah tiga kali lebih pendek daripada orang yang tidak mengambil suplemen kolostrum.

  • Gejala H. pylori

IGg yang berasal dari kolostrum telah dilaporkan berkesan dalam rawatan gejala H. pylori. [4] Penyekatan pengikatan H. pylori ke reseptor epitelium permukaan manusia menunjukkan kesan yang berharga mengenai penghapusan jangkitan ini.

  • Penyembuhan Luka

Aplikasi beta-1,3-glukan dapat memberi kesan penyembuhan pada luka yang terganggu. Misalnya diabetes mellitus dan jerawat. Ia bertindak sebagai agen penyembuhan untuk memperbaiki luka dengan regenerasi sel epitelium, pemendapan kolagen dan menghasilkan tisu granulasi. [3]

  • Membantu Anti-alergi / Ezcema 

Sensitiviti terhadap alergen tertentu dapat dikurangkan kerana IGg berpotensi mengikat bukan sahaja virus dan bakteria yang penting secara perubatan, tetapi juga kepada pelbagai alergen. Secara mekanik, antibodi IGg akan mengikat alergen sebelum mencapai reseptor sasaran untuk memulakan tindak balas alahan. Akibatnya, perencatan reaksi alergi meningkat apabila lebih banyak kompleks IG-alergen terbentuk.

  • Gejala usus yang mudah kerengsaan (iritasi) & Meningkatkan Pergerakan Usus

S. boulardii memberikan kesan yang baik dalam rawatan penyakit gastrointestinal seperti IBS telah disahkan oleh penyelidikan klinikal. [1] Ia mengaktifkan mekanisme mukosa tempatan dalam usus untuk mengurangkan cirit-birit dengan ketara. Joymix Yoghurt Yuja dapat membantu meningkatkan pergerakan usus kita kepada jenis 3 & 4. Pls merujuk kepada Bristol Stool Chart.

probiotic supplement
Pergerakan usus: Probiotic Supplement

Testimoni Sendiri Selepas Mencuba Probiotic Supplement Joymix Yogurt Yuja

Cx dah cuba sendiri ambil dan amalkan probiotic supplement Joymix Yogurt Yuja selama lima hari. Apa yang cx perasan, banyak juga kesan positif kepada cx sepanjang pengambilan probiotic supplement Joymix Yogurt Yuja ini.  Sehari cx amalkan dua sachet seperti yang disarankan.  Apa komen dan testimoni yang cx dapat kongsikan? Jom cx senaraikan di bawah. 

  • Rasa Sedap -  Rasa probiotic untuk immunity badan ini sangat sedap!  Kalau korang pernah makan gula-gula perisa oren dalam botol plastik kecil coca cola masa zaman kanak-kanak, itulah rasa yang sama sangat.  Rasa dia masam-masam manis.  Sedap! Kalau sejenis tak suka makan ubat, elok sangat ambil probiotic supplement Joymix Yogurt Yuja ini untuk amalan harian.

  • Melawaskan Penyahtinjaan -  Macam cx, selepas pengambilan satu sachet,  sekejap lagi dalam satu jam kedua jam macam itu, gerenti cx akan ke tandas.  probiotic ini bagus sangat.  Kalau korang ada masalah buasir atau sembeli dan cirit birit, eloklah ambil probiotic Joymix Yogurt Yuja ini.  Memang mudah nak membuang setiap hari. 

  • Masalah Bersin dan Selsema di Pagi Hari Berkurang -  Cx ada sedikit resdung.  Kebiasaaannya kalau bangun pagi memang akan selsema dan bersin.  Kemudian, bila makan panas atau habuk-habuk, hidung gerenti meleleh dan bersin.  Tapi bila cx dah mula amalkan probiotic untuk immunity badan, memang dah berkuranglah semua masalah dia atas.  Ini serius tau! 

  • Badan Lebih Ringan - Gejala ini cx tak berapa pasti memandangkan bulan puasa kita kurang makan.  Tetapi melalui apa yang cx rasa, badan memang lebih ringan.  Yalah, kalau korang baca kebaikan probiotic ini pon adalah untuk menyahtoksin toksin kan? Jadi bila kita lawas setiap hari, toksin-toksin dalam badan dapat dinyahkan dengan baik.  Tapi sungguhlah, najis kita akan ada sedikit haruman yang kurang enak.  Agak kuat baunya.  Toksin kot! hihi

  • Luka lebih mudah sembuh - Jari cx sejak alah pakai sabun basuh pinggan dulu, memang kulit jari menipis.  Pantang tersagat atau terlebih gunapakai air terlalu lama, memang akan cepat luka tau.  Kadang-kadang itu cx tak perasan pon , tiba-tiba dah luka.  Tapi sungguhlah, luka cepat sembuh dan baik sediakala.
probiotic supplement
Probiotic Supplement for Immunity 



Jadi, inilah antara kesan yang cx rasa dan alami sepanjang mengamalkan probiotic supplement Joymix Yogurt Yuja untuk immunity badan cx.  Alhamdulilah serasi.  Korang patut cuba okay!

Kebaikan Joymix Yogurt Yuja Berbanding Vitamin C

Joymix Yogurt Yuja menggunakan bahan-bahan aktif seperti colostrum, yeast beta glucan (YBG) dan S Boulardii iaitu yis.  Manakala Vitamin C pula menggunakan ascorbic acid yang merupakan bahan larut air yang tinggi antioksidan.

Perbandingan daripada segi mekanisme kekebalan pula adalah, Joymix Yogurt Yuja mempunyai mekanisme penting yang mana mengaktifkan sel imun yang tidak aktif.  Tujuannya adalah untuk mencari dan membunuh bakteria atau virus asing.  Manakala asid askorbik adalah sejenis antioksidan kuat. Ianya berfungsi untuk melindungi sel imun dari kerosakan akibat radikal bebas. Jika sel-sel imun tidak merosakkan, peluang imuniti lebih baik.

Kelebihan Joymix Yogurt Yuja adalah lebih berkesan dalam meningkatkan imuniti kepada tiga lapisan perlindungan.  Vitamin C pula, ianya murah dan larutan air.  Ianya mudah untuk dicampur dengan perisa lain. 

Kekurangan Joymix Yogurt Yuja adalah harganya agak mahal jika dibandingkan dengan vitamin c.  Tetapi, kekurangan Vitamin C adalah ianya agak berasid dan boleh menyebabkan gastrik.  

Tambahan lagi, vitamin C hanya membantu untuk melindungi sel imun daripada rosak oleh radikal bebas.  Jadi, ianya agak kurang berkesan dalam melindungi badan daripada diserang oleh bakteria jahat dan virus.  Manakala Joymix Yofurt Yuja akan membekalkan lebih proaktif dengan mengaktifkan sel imun untuk membunuh bakteria jahat dan virus. 

joymix yogurt yuja for immunity
joymix yogurt yuja probiotic supplement terbaik untuk immunity badan

Cara Pengambilan Joymix Yogurt Yuja

Cara pengambilan Joymix Yogurt Yuja sangat mudah dan pantas.  Kita hanya perlu buka atau koyakkan sachet .  Kemudian tuangkan ke dalam mulut dan minum sedikit air.  Pengambilan sachet adalah seperti berikut:  Namun jika kita ada alergi kepada makanan atau eczema, makan Joymix Yoghurt Yuja sebelum makan makanan yang boleh menyebakan alergi.

Dewasa : 2 sachets
Kanak-kanak : 1 sachet

Harga bagi sekotak Joymix Yogurt Yuja adalah RM50.00 dan mengandungi sebanyak 20 sachet.

Probiotic Suplemen yang Terbaik untuk Kesihatan Seisi Keluarga

Probiotic suplemen JOymix yogurt yuja ini memang terbaik dan merupakan pilihan tepat untuk menjaga dan melindungi kesihatan seisi keluarga.  Banyak kelebihan yang boleh membantu kita seisi keluarga untuk lebih sihat dan terlindung daripada bakteria jahat serta virus. Lagipun pada cx, benda baik dan bagus, kita boleh cuba sendiri demi kesihatan yang lebih baik di masa akan datang.  Tambahan lagi, mencegah itu lebih baik daripada merawat.  Inshaallah kita cuba yang terbaik.  

Tambahan lagi, ianya stabil. Jomix yoghurt yuja tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk sedangkan banyak suplemen probiotik lain mesti disimpan di dalam peti sejuk kerana haba boleh membunuh probiotik hidup.


Post a Comment

2 Comments

Zati Salim said…
Info yg bgus.. Kena cuba ni..
Nadia Johari said…
Banyak kelebihan dia.. Bahan kanfungan pun bagus