New bie Skincare Produk Lokal Berkualiti Tinggi

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


New.bie Skincare Produk Lokal Berkualiti Tinggi

New.bie merupakan jenama baru bagi produk penjagaan kulit . New.bie skincare ditubuhkan sejak tahun 2020 pada bulan Ogos. New.bie skincare meletakkan visi mereka untuk menghasilkan kualiti yang sangat baik, berkesan dan hanya menggunakan bahan disokong sains. New.bie skincare fokus mereka lebih kepada untuk mencapai target kepada rakyat Malaysia supaya semua orang dapat cuba dan gunakan New.bie skincare. Tambahan dengan merasai sendiri pengalaman dan memiliki produk yang baik dengan harga berpatutan. Ini selari dengan pengetahun yang diperoleh.

serum terbaik untuk jerawat
New.bie Skincare Produk Lokal Berkualiti Tinggi


Kalau korang nak tahu, pengasas New.bie skincare ini bukan sekadar mahu kenalkan produk yang berkualiti dan terbaik sahaja tau. Tetapi beliau sangat meninitik beratkan soal pengetahun dalam penjagaan kulit. Bukan sambil lewa ikut trend terkini untuk menjual produk penjagaan kulit. Pengasasnya menyediakan ilmu pengetahuan dan bantuan yang terperinci kepada semua penjual produk new.bie. Ini termasuklah semua stokis, ejen dan dropshipper. Tujuan utama mereka adalah untuk membantu pelanggan mendapatkan kulit yang menjadi impian mereka selama ini.

Jadi kali ini cx nak kongsikan dengan korang antara dua produk terbaik yang New.bie skincare ciptakan khas untuk kita semua.  Produk New.bie skincare tersebut adalah Serum New.bie Hydrating Glow Essence (HGE) dan Hydrating Calamie Sunshiled (Sunscreen)

Serum HGE New.bie Skincare Mengekalkan Kelembapan Kulit dengan 7 Jenis Bahan Terbaik

Produk pertama yang cx nak kongsikan adalah Serum Hydrating Glow Essence atau dikenali sebagai Serum HGE.  Serum HGE merupakan serum exfoliate atau pengelupasan yang mengandungi AHA iaitu Alpha Hydroxy Acid.  AHA ini sesuai untuk kulit yang ada masalah jeragat, bintik putih, kulit kasar, parut dan liang pori yang besar. Tambahan lagi, AHA dapat mengurangkan garisan halus serta kedutan di wajah. Kalau sejenis kulit normal to dry, memang sesuai untuk guna pakai AHA.

Baik, biasanya AHA, BHA or PHA adalah kandungan dalam produk exfoliator. Korang selalu tak dengar kalau nak kulit bersih, kena exfoliate terlebih dahulu kulit kita?  Mungkin juga korang pernah dengar bila kita pakai satu produk itu, tetapi ianya tidak memberikan kesan sedikit pon kepada kulit wajah kita.  Nampak sama sahaja sedangkan produk yang dibeli adalah bagus?  Haa, itulah salah satu sebab kenapa kita perlu untuk exfoliate kulit wajah.  

Exfoliate ini sebenarnya langkah asas untuk buang sel kulit mati yang ada dekat kulit muka kita tau.  Jadi, bila muka kita sudah bersih, barulah produk boleh dan akan menyerap masuk dengan baik serta memberi kesan kepada kulit wajah.  Korang dinasihatkan untuk guna serum HGE ini seminggu hanya tiga kali sahaja ya di waktu malam.  Ketika siang, jangan lupa untuk guanakan pelindung matahari.

serum terbaik untuk kulit kusam
Kebaikan New.bie Hydrating Glow Essence (Serum Exfoliate)

Kebaikan Serum Hydrating Glow Essence 

✔️ Bukan saja pantas dalam melembutkan kulit wajah, malahan kandungan lactic dan glycolic acid di dalamnya bertindak mencerahkan sengan sangat cepat
✔️ Tekstur air yang tidak melekat, ringan tetapi mudah meresap kedalam kulit wajah, namun sangat hydrating dan moisturizing
✔️ Mengandungi tiga jenis acid alpha hydroxy acid yang menjadikan kulit lebih anjal 
✔️ Melembapkan kulit daripada mengelupas dengan kandungan aloevera dan calendula
✔️ Mengandungi AHA (gabungan Lactic, Glycolic dan Citric Acid) dengan tujuh jenis humectants.

Sunscreen Hydrating Calamine Sunshield Memberikan Perlidungan 3 Kali Ganda Terhadap Sinaran UVB

Hydrating Calamine Sunshield merupakan pelindung matahari yang diformulasikan untuk menangani masalah pengguna.  Antara masalah yang menjadi fokus adalah kulit berjerawat (kulit yang terdedah kepada keadaan berjerawat), kulit beminyak, kombinasi, sensitif dan melasma (tompok-tompok coklat di bahagian muka).  Hydrating Calamine Sunshield mengandungi filter mineral sebanyak 8% (zinc oxide + iron oxide) dan 8% titanium dioxide.  Kedua-dua filter ini sangat selamat untuk jenis dan keadaan kulit yang disebutkan di atas.   

Tambahan lagi, Hydrating Calamine Sunshield juga dirumuskan agar mengambil berat tentang minyak, keadaan yang tidak selesa, tekstur berat, masalah kesan putih di muka ketika memakai pelindung matahari.  Faktor ini dipandang serius kerana apabila kita memakai sunscreen atau pelindung matahari, semestinya penting untuk menjaga kulit yang sihat.  Jadi, pemakaian semula pelindung matahari selepas beberapa jam adalah sangat penting untuk perlindungan harian.  

Rumusan untuk Hydrating Calamine Sunshiled juga telah diperbaiki dengan perlindungan 3X ganda peningkatan terhadap sinar UV, terlindung daripada bluelight, dan inframerah yang menjadi pencetus panas kepada melasma. Lagipun, calamine itu sendiri berfungsi untuk menenangkan keadaan kulit, menghilangkan jerawat, mengurangkan keradangan punca daripada jerawat, panas matahari atau panas api dapur.  Korang tahu tak yang panas ini boleh membuatkan melasma melantun keluar dengan banyaknya?  Kulit kita akan terasa sejuk setelah disapukan pada kulit wajah, ia dapat menyejukkan panas yang datang daripada cahaya matahari atau bahang api kepada kulit kita.

New.bie Skincare
Kebaikan New.bie Sunscreen Hydrating Calamine Sunshield

Kebaikan Sunscreen Hydrating Calamine Sunshield

  • SPF 50, PA++++ : Perlindungan yang cukup untuk kulit wajah
  • No essential oil, No fragrance, No alcohol
  • Sunscreen New.bie sesuai untuk semua jenis kulit. 
  •  3x ganda perlindungan terhadap  UVA, UVB, Infrared, Blueray : Bahan utama adalah titanium dioxide, iron oxide, zinc oxide.
  • Tekstur losyen : Sangat cepat menyerap. Meminimalkan whitecast. Melembabkan dan tidak menampakkan kulit wajah berminyak ketika pakai. 


Pandangan Peribadi tentang Produk New.bie Skincare

Pada pandangan peribadi cx tentang produk New.bie skincare ini sangat menarik dan bagus.  Antara sebab utamanya adalah pengasasnya bermatlamat jelas dalam memasarkan produk New.bie skincare dalam pasaran Malaysia.  Maksud cx bermatlamat bila pengasasnya sentiasa berkongsi pengetahuan dan segala ilmu berkaitan produk kecantikan.  Inaya satu ilmu yang baru juga untuk cx.  Banyak terma yang selama ini cx tidak tahu dan apa fungsinya.  Tetapi dengan produk New.bie, cx belajar sesuatu. 

Selain itu, harga seunit bagi setiap New.bie adalah sangat berbaloi.  Bila cx dah tahu apakah fungsi bagi setiap bahan yang digunakan, dan dilihat kepada harga, maka pada cx, ianya memang berbaloi.  Tambahan lagi, New.bie skincare hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti sahaja untuk menciptakan produk mereka.  Cx suka teksturnya yang seperti air paip tetapi apabila disapu ke muka, kulit terasa lembut dan selesa . 

Tambahan lagi, rumusan produk New.bie Skincare juga dirumus khas agar mencapai piawaian setiap pengguna agar berpuas hati melihat hasilnya. Lagipun, penjagaan kulit wajah yang baik hendaklah mengikut langkah-langkahnya dan menggunakan produk yang bagus. Digabung dengan pengetahuan dan bantuan daripada New.bie Skincare, cx yakin produk mereka mampu pergi jauh dan berjaya. 

Perbandingan New.bie Skincare dengan Jenama Lain

Apa perbandingan yang boleh cx ceritakan dekat korang?  Okay, cx fokus kepada serum HGe terlebih dahulu ya.  Jadi, apa beza serum HGE yang ada AHAs ini berbanding produk lain yang turut claim ada AHAs juga?  Cx senaraikan setiap satu okay. 

  • New.bie serum HGE menggunakan enkapsulasi iaitu tindakan menutup atau menjaga sesuatu dalam bentuk seolah-olah serupa kapsul.  Makanya bila enkapsulasi dipilih, tidak berlaku masalah iritasi.  Malahan, serum HGE ini akan terus fokus dan target kepada masalah kulit kita. 
  • Penghidratan yang terbaik untuk kulit wajah kita.  
  • Kesan yang cepat dalam masa jangka pendek dapat dilihat
  • Membantu dengan berkesan untuk mencerahkan kulit wajah.  
  • Mampu mengurankgan masalah jerawat dan jeragat.  AHA adalah salah satu langkah penting untuk mengurangkan jeragat.

Perbandingan kedua cx kongsikan tentang sunscreen Hydrating Calamine sunshiled pula.  Baik, apa perbezaan yang ada jika nak dibandingkan dengan produk jenama lain. 

  • Tekstur ringan dan tidak melekit ketika digunakan
  • Perlindungan penuh yang mengelakkan kulit muka terkena sinaran matahari.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur 
  • Calamine control acne
  • Mudah di-blend 


Visi dan Impian New.bie Skincare Terhadap Industri Kecantikan Malaysia Memberikan Inspirasi Positif dan Baik

Cx sangat suka visi dan impian New.bie Skincare terhadap industri kecantikan Malaysia tau.  Ianya sangat memberikan inspirasi positif dan baik keapada semua pengguna. Mana tidaknya, pengasasnya sangat menitik beratkan soal pengetahuan berkaitan produk yang kita guna.  Yalah, kalau kita tidak ada ilmu tetapi main redah sahjaa pakai sebab ikut orang atau mungkin bila tengok kesan dekat orang lain elok, kita pon nak cuba.   Tetapi tidak kaji dan ambil tahu pon tentang produk tersebut.  Ianya sangat rugi dan boleh memberi kesan buruk kepada kulit wajah kita jika ianya tidak serasi. 

Akhirnya kita salahkan pengasas dan produk tersebut.  Padahal, kita yang tidak ambil tahu.  Jadi, pendekatan visi New.bie skincare ini memang sangat bagus.  New.bie skincare sangat bertanggungjawab dalam memperkenalkan produk mereka dengan siap ilmu sekali.  Barulah kita rasa yakin dan tidak was-was untuk menggunakan produk New.bie Skincare.  Betul tak?   Ianya menjadi inspirasi juga kepada cx sebab tak semua orang sudi kongsi ilmu pengetahuan dan bantuan tentang asas kecantikan ya.  Jadi, sangat syukur bila jumpa New.bie skincare ini. 

Semoga New.bie skincare akan terus maju ke hadapan dan gemilang hendaknya dalam mencapai visi serta impian mereka terhadap industri kecantikan Malaysia. Baik, di bawah ini, cx lampirkan sekali rujukan untuk korang kaji dan nilai sendiri kualiti yang mereka berikan. 


Post a Comment

4 Comments

NARDtheNERD said…
wahh baru.. patut belum pernah tgk :)
Aisya Ismail said…
Ai selalu hope ada skincare local yang berkualiti and sesuai dengan kulit ni. Produk local murah sikit dari obersea. Hihih!
Mar Mansor said…
produk yang bagus dan menarik
Cikza Com said…
Produk menarik kena cuba ni. Mcam best je.