Top 27 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Tahun 2021


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Top 27 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Tahun 2021


Sepanjang 10 tahun cx menceburkan diri dalam bidang penulisan sebagai blogger, pelbagai niche blogging yang cx jumpa dan baca.  Paling menarik bila kita ada kawan baru dalam kalangan blogger sendiri.  Ianya satu circle yang sangat seronok dan positif.  Seorang penulis blog memang akan selalu kongsikan pelbagai jenis cerita dan pengalaman.  Jadi tidak kurang hebatnya juga para blogger yang bergelar mommy.  Cx suka baca segala perkongsian pengalaman mereka.  Jadi, kali ini cx nak kongsi pula dengan korang antara Top 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Tahun 2021. 

Senarai mommy blogger Malaysia ini memang korang kena terjah.  Cx sarankan dekat korang untuk terjah sebab mommy blogger Malaysia adalah antara blog yang paling banyak dikunjungi oleh pembaca tau.  Ada antara mereka adalah antara top mommy blogger popular Malaysia lagi.  Memang seronok baca perkongsian dan pengalaman para mommy blogger Malaysia terkenal semua.  Okay Jom !


Blog Paling Banyak Dikunjungi
Top Mommy Blogger Popular Malaysia


Cx mula kenal nama siti awadah sejak setahun lepas kalau tak silap.  Atau dua tahun eh? haha! lupa.  Tapi cx panggil sis awa saja, lebih mesra sikit.  Sis Awa merupakan seorang ibu kepada enam orang cahaya mata.  Merupakan suri rumah sepenuh masa dan cx sangat kagum dengan sis Awa sebab pandai menjana pendapatan melalui blog melalui Adsense.  Cx memang tabiklah dengan sis awa sebab pandai sangat tentang adsense blog.  Mampu capai pendapatan sehingga empat angka tau setiap bulan! Terbaik! Blog berusia empat tahun sejak 2017.

Ardini Humaira lebih mesra cx panggil Dini di kalangan blogger.  Dini merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata.  Pernah melalui keguguran sebanyak lima kali.  Allah! besar sungguh dugaan dan kuatnya hati dini menghadapinya.  Dini pernah berhenti kerja demi keluarga ketika kehamilan anak kedua.  Dini minat menulis sejak zaman sekolah lagi.  Pada awal tahun 2008, Dini buat blog sekadar suka-suka umpama diari asalnya.  Namun sejak tahun 2010, Dini mula serius dalam dunia blogging sehingga kini.  Blog berusia 13 tahun sejak 2008.

Blogger yang mula blogging dengan perkongsian sebagai bakal pengantin sehingga bergelar seorang mama kepada tiga orang cahaya mata.  Sangat suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak.  Ianya dapat menjimatkan kos sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) semata-mata demi anak-anak mereka.  Blog berusia 14 tahun sejak 2006.

Baca Juga : Domain Baru Blog CX

Mrs Pip cx panggil sebagai Kak Pip.  Kak Pip merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak.  Kak Pip juga surirumah sepenuh masa yang suka layan drama korea.  Kak Pip berhenti kerja untuk menjaga anak sejak tahun 2013.  Kak Pip sangat rajin tulis blog tau.  Blog cx banyak datang trafik pon daripada blog Kak Pip. Terima kasih Kak Pip! Blog berusia enam tahun sejak 2015

Lea merupakan ibu kepada dua orang anak dan suri rumah sepenuh masa.  Lea mula ingin menjana pendapatan melalui blognya yang berkongsi tentang resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan berblogging.  Blog berusia tujuh tahun sejak 2013.

Mummy kepada tiga orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habiskan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga.  Blog berusia lapan tahun sejak 2012.

Cx panggil kak Fuzy saja.  Kenal bebetul masa dalam group Biters.  Kak Fuzy seorang Umi kepada enam orang anak.  Kak Fuzy adalah suri rumah sepenuh masa,  Kak Fuzy dulu mula tulis dekat blog hanya sebagai diari semata.  Ala-ala diari untuk berkongsi pelbagai cerita.  Antara perkara yang kak fuzy kongsi dan kupaskan dalam blognya adalah berkaitan kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resipi masakan dan mengambil upah sebagi penulis upahan, penulis konten serta pegawai media sosial (PMS). Macam-macam kak fuzy cerita.  Memang menarik.  Blog berusia 15 tahun sejak 2006.

Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan, review, resipi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun).  Blog berusia lapan tahun sejak 2012.

Kak Alia ini cx kenal sebagai seorang yang outspoken.  Suka lontarkan pendapatnya sendiri.  Teguh pendirianlah macam gitu.  Kak alia seorang Mommy kepada dua orang puteri.  Sangat suka memasak, travelling,.  Kak Alia mula blog sekadar suka-suka.  Kak Alia meluahkan perasaan dan tekanan masa zaman belajar dulu-dulu.  comel je kan? korang kena baca perkongsian Kak Alia okay. Blog berusia 13 tahun sejak 2008

Merupakan seorang ibu kepada seorang anak. Suri rumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana pendapatan bersama shaklee dan adsense. Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.  Blog berusia lapan bulan sejak May 2020


Mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja dan blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Johor Bahru, terus join JDT blogger dan buat blog baru.  Mula blog baru dengan niche lebih fokus kepada niche mommy blogger dan resepi. Blog berusia 10 bulan sejak Mac 2020

Mak kepada tiga orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka-suka update kisah peribadi, madah, dan macam diari.  Namun, sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah, blog pun kurang update. Disebabkan masih sayang kepada blog, maka kekallah blog www.ummizarra.com sehingga kini.  Blog berusia 13 tahun sejak 2008.
 

Mommy blogger malaysia terkenal
Mommy Blogger Malaysia

Ciktom seorang ibu kepada sepasang cahaya mata.  Ciktom adalah blogger sepenuh masa.  Ketika awal berblog, ciktom banyak kongsikan tips, tutorial blogging, dan cara buat duit secara atas talian.  Menarikkan?  Sekarang ini ciktom lebih banyak cipta kesedaran tentang parenting, homeschooling dan emas sebagai hobi.  Blog berusia 11 tahun sejak 2010. 

Yaya Azura seorang ibu kepada dua orang anak lelali.  Mula membuat blog sebagai diari dalam menceritakan hal anak-anak.  Kemudian mula menjadikan blog sebagi medium untuk menambah pendapatan .  Blog berusia 11 tahun sejak 2010. 

Rozita, ibu kepada lima orang anak iaitu empat lelaki dan seorang puteri.  Bekerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan.  Rozita suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah. Menulis blog bermula sebagai hobi,  menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resipi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak. Suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti,  tempat makan dan tempat menarik untuk dikunjungi. Blog berusia 13 tahun sejak 2008.

Bonde kepada seorang puteri, Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resipi, review novel, drama, produk kecantikan dan kesihatan serta fesyen .  Blog berusia 11 tahun sejak 2010

Meksah ini cx kenal masa dalam Biters.  Meksah yang tolong cx setup domain baru dekat cxopportunities.com.  Terima kasih Meksah! Okay, Meksah ialah Ibu kepada seorang anak lelaki berumur tiga tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman. Blog berusia lapan bulan sejak 2020

Fadzi merupakan mak kepada dua orang anak lelaki, Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah.  Blog berusia enam tahun sejak 2014

Mama anak tiga. Asal menulis blog sekadar suka-suka dan kongsi tentang penyusuan anak.  Kemudian jadi blog bisnes sekejap. Selepas itu, kongsi tentang aktiviti seharian dan sekolah  Blog berusia 13 tahun sejak 2007

Atul merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.  Blog berusia lima tahun sejak 2016

Zaza Azman dikenali masa dalam Biters.  Zaza seorang yang sangat agak berseloroh orangnya.  Kelakar-kelakar dan kuat sakat juga berdasarkan posting dan perkenalan kami di dunia blog serta media sosial.  Zaza kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna nama samaran sebagai Mama monsta, Mama untuk sepasang anak-anak monsta yang comel. Suri rumah sepenuh masa, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yang mengisahkan tentang perkembangan anak-anak .  Zaza juga pandai berbahasa mandarin tau ! Kagum! Blog berusia setahun sejak 2020

Cx kenal Marina masa kami sama-sama dapat satu job yang sama.  Kami banyak bertukar pendapat dan kongsi sedikit sebanyak tips.  Marina merupakan ibu bekerjaya kepada tiga anak dara. Marina selalu kongsi mengenai persekolahan anak. tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak. Blog berusia dua tahun sejak 2019

Ibu kepada tiga orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea daripada kacamata seorang wanita, ibu dan isteri. Blog berusia 11 tahun sejak 2010

Cx kenal kak Ida masa dalam biters tapi jadi lebih kenal bila kami sama-sama ada satu job di Melaka.  Daripada situ, cx tahu siapa kak Ida dan seronok berborak dengan kak ida.  Lembut sahaja orangnya. Kak Ida ialah Ibu kepada dua orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai. Blog berusia 11 tahun sejak 2010

Cx kenal hana masa tiba-tiba Hana whatsapp cx pasal perkongsian cx dekat youtube pasal thumbnail. Sungguh cx tak sangka.  hehe.  Hana Ibu kepada dua orang anak.  hana seorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka kongsi pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak. Blog berusia 14 tahun sejak 2017


Mommy blogger malaysia
Top 27 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Tahun 2021

Ibu kepada sepasang anak, edan eshal. Dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki katanya, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips. Blog berusia 11 tahun sejak 2010.

Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil.  Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji.  Sekarang tambah minat kepada bidang photography.  Suka sangat ambil gambar flatlay dan pelbagai.  Cx seorang yang agak tegas dalam sesuatu tetapi berlembut hati juga dengan orang lain.  Suka kongsikan tips, resipi, pengalaman sendiri di blog.  Tidak suka kongsi hal peribadi kepada umum.  Biar orang kenal melalui penulisan dan nama sahaja. 

Blog Paling Banyak Dikunjungi Adalah Mommy Blogger

Jadi, inilah dia senarai top 27 mommy blogger malaysia paling best tahun 2021.  Memang tak rugi kalau korang terjah senarai blog paling banyak dikunjungi di Malaysia.   Kamilah para mommy blogger di Malaysia ini tau yang selalu kongsi pengalaman sendiri.  Tunggu apa lagi? Ajom terjah dan follow para mommy bloggger malaysia terkenal. Gitu kan! hihi kbai

Ibu Adalah Syurga
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

4 Comments

Ardini Humaira said…
🤩 wahhh ramainyaaaa. Memang best baca blog blog mommies. Sebagai mommies kita harus bersatu! Ehhh 😆😆😆 hahaha... Mommies suka cari info, kan... Bila share info di blog terus ralit kita nak baca.
Ywahh tersenarai juga ya hihi
Atie Zieya said…
im not a mother, not yet a wife hehe